Saturday, February 23, 2019

RAFIZI : TUMPUAN PERBAIKI KEADAAN RAKYAT

TUMPUAN PERBAIKI KEADAAN RAKYAT

Rafizi Ramli

Saya mengambil sedikit masa untuk mengemas dokumen-dokumen mahkamah saya. Saya masih ada beberapa kes di mahkamah dan kertas-kertas kes mahkamah perlu disusun baik.

Saya terjumpa satu surat peguam 1MDB iaitu Wong & Partners untuk mengambil tindakan undang-undang atas kenyataan saya mempersoalkan pemindahan dana RM7 bilion oleh 1MDB ke akaun di Kepulauan Cayman.

Surat ini istimewa kerana ini surat saman pertama yang saya dapat mengenai 1MDB. Surat yang tarikhnya salah (29 April 2013, bukan 29 April 2012) dihantar oleh 1MDB untuk menutup mulut saya setelah saya mengeluarkan kenyataan beberapa minggu menjelang PRU13 dalam tahun 2013.

Wednesday, February 20, 2019

PAS 'KEKASIH' YANG TAK SETIA ATAU HANYA MAHU MEMECAH-BELAHKAN PH?


Secara nyata dan difahami umum, Pas adalah rakan kerjasama kepada UMNO, walaupun tidak secara rasmi dan tidak juga dengan cara masuk menyertai BN.

Sebelum PRU14 lalu, kerjasama itu dilakukan dengan cara menjadi kuasa ketiga serta bertanding bersendirian dengan harapan dapat memecahkan undi yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.

Pertimbangan menjadi kuasa ketiga itu adalah susulan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pertembungan tiga penjuru telah memberi keselesaan kepada BN meraih kemenangan.

Sunday, February 17, 2019

Tiba masanya kita tahu hakikat tentang Tabung Haji!


Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.

BERITA pelupusan subsidi haji kepada jemaah pengiring yang tersebar sejak 10.00 malam hari Jumaat 15 Februari, sebenarnya bukan satu kejutan bagi wartawan yang sudah mengikuti dilema kewangan yang dihadapi Tabung Haji (TH).

Pada Mac 2018, enam minggu sebelum PRU14, isu ini sudah diperkata. Dalam satu pertemuan tertutup antara barisan kepimpinan tertinggi TH dan media massa di Cyberjaya – isu ini sudah dikemukakan.

Cuma pada masa itu kenyataan mengenai kemelut ini adalah rahsia. Mengapa rahsia?

Thursday, February 14, 2019

‘NABI TIDAK ADA IJAZAH’ - MUJAHID MAHU SAMAN HADI AWANG & HARAKAH

‘NABI TIDAK ADA IJAZAH’ - MUJAHID MAHU SAMAN HADI AWANG & HARAKAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengancam untuk mengambil tindakan saman ke atas Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan lidah rasmi parti itu, Harakah kerana didakwa memfitnah beliau.

Dalam satu artikel yang dimuatnaik oleh Harakah yang turut merujuk kepada kenyataan Presiden PAS bertajuk ‘Ijazahnya ada, akalnya kerdil’ dipercayai ditujukan kepada Menteri Agama itu berikutan satu gambar yang telah di edit mendakwa Dr Mujahid menyebut Nabi Muhammad SAW juga tidak ada ijazah.

Dr Mujahid telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dr Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini berkata;

Sekali lagi diingatkan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan atau membuat tuduhan (fitnah) akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Harap Media Rasmi PAS menarik balik artikel (http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/9724-ijazahnya-ada-akalnya-kerdil) berunsur tuduhan (fitnah) terhadap Menteri atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang. - Admin

Dasar baru MOA pentingkan kebajikan rakyat

Dasar baru MOA pentingkan kebajikan rakyat
RENCANA KHAS

BERSEMPENA dengan valentine day, (hari mengingati kekasih) 14 Februari, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, (MOA) Salahuddin Ayub akan meluncur dan membentangkan dasar kementeriannya secara rasmi.

Walaupun sebelum ini beliau telah mengumumkan beberapa pendekatan atau langkah akan dipraktikan di kementerian itu selari dengan aspirasi kerajaan PH, namun hala tuju atau dasar lengkapnya akan dapat diketahui pada hari tersebut.

Dasar dan hala tuju bagi sesebuah kementerian sangat penting. Ia merupakan blue print dan wawasan menterinya. Sepanjang tempoh itu nanti, apa yang dirangka dan wawaskan itulah akan dilaksanakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...