Berikut kes dan insiden pemimpin dan ahli PAS yang kalah saman Fitnah dengan AMANAH sejak 2017:
1. 10 Nov 2017 - Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200k terhadap DS Nizar.
2. 26 Jun 2018 - Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah.
3. 7 Sept 2018 - Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima Dana UMNO
Thursday, June 27, 2019
Wednesday, June 26, 2019
Seronok sungguh kondem kerajaan PH nak ajaq SEKS kat YouTube!
Maaf. Saya tak pasti Tuan perolehi screenshot ini dari siapa. Dan saya tak pasti adakah Tuan mendengar keseluruhan isi berita atau hanya sekadar melenting membaca tajuk berita seperti netizen yang lain.
Sejak 2 tahun lepas saya bertemu puluhan ribu kanak-kanak di seluruh Malaysia. Ada yang telah dicabul sejak tadika, yang mencabul itu abangnya sendiri, bapanya, datuknya, bapa sedara dan orang yang dikenali.
Saya jumpa budak darjah satu yang telah beromen bawah meja di sekolah. Bercium dan meraba rakannya. Punca terdedah dengan pornografi yang ditonton dari handphone yang diberi oleh bapa.
Saya juga pernah bertemu seorang pelajar lelaki tingkatan 3 yang mengaku seorang biseksual. Puncanya menjadi mangsa ketika berusia 6 tahun. Dipaksa melakukan oral seks oleh anak pengasuh.
Sunday, June 23, 2019
'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada Ahad menafikan dakwaan tersebar yang kononnya suruhanjaya itu telah mengarahkan para jemaah haji yang ditaja pada tahun 2011 hingga 2018 untuk memulangkan semula wang tajaan itu.
Selain itu arahan menerusi laman Twitter kononnya beliau mengarahkan jemaah haji untuk mengembalikan semula wang tajaan hasil wang curi dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) juga adalah tidak benar sama sekali.

Friday, June 21, 2019
Apabila GOBIND lena, TV3 pun manipulasi cerita..
Wawancara Bloomberg dgn Tun M dlm ni sgt menarik. Ikuti rakamannya. Beri perhatian pd minit 22:50 dan selepasnya. Tun sebut "The debts is too big for the country. We need to REDUCE".
Tapi tajuk berita di TV3 ialah "PM mahu SELESAIKAN hutg negara sebelum undur diri". Sebelum ia jadi isu kontroversi, lebih baik kita highlight dulu perkara ini. Sbb nak selesaikan hutang sebegini byk mungkin memerlukan masa sehingga sekitar 2038.
To reduce adalah utk "mengurangkan" BUKAN "selesaikan".
Apa niat TV3 dgn Tajuk pemberitaan yg kurg tepat dan berbeza dr yg dipaparkan secara Live oleh Astro Awani? Wallahualam.
- Zus Din
21 Jun 2019
Link ASTRO AWANI :
http://www.astroawani.com/video-malaysia/cerita-sebalik-berita-sidang-kemuncak-perniagaan-asean-2019-476708
Saturday, June 1, 2019
Selepas 2 syarat utama dipinda kerajaan PH, Lynas dibenar operasi semula.
Malaysia benarkan kilang Lynas terus beroperasi
BERNAMA | 30 May 2019
TOKYO - Malaysia akan membenarkan kilang memproses nadir bumi Australia, Lynas Corp untuk terus beroperasi di negara itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengumuman oleh perdana menteri itu menamatkan ketidakpastian yang menyelubungi masa depan kilang Lynas bernilai AS$800 juta (RM3.35 bilion) di Gebeng, Pahang selepas pembaharuan lesen operasinya digantung sementara.
"Ya, kami akan perbaharui lesen Lynas," katanya pada dialog dan sidang media dengan Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) di sini, hari ini.
Akhir tahun lepas, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim mengenakan dua syarat bagi pembaharuan lesen kilang Lynas Advance Materials Plant (LAMP), termasuk menghantar sisa bahan radioaktif keluar daripada negara itu.
LAMP juga perlu memastikan sisa buangan Water Leached Purification Residue (WLP) mengandungi bahan radioaktif dihantar keluar daripada Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)