Monday, September 30, 2019

Terbukti Pas khianati rakyat bila mengaku berpakat pertahan regim kleptokrasi


ZAKARIA MUSA
September 29, 2019 9:41 pm

 Terbukti Pas khianati rakyat bila mengaku berpakat pertahan regim kleptokrasi
Terbukti Pas khianati rakyat bila mengaku berpakat pertahan regim kleptokrasi

Kempen perpaduan atau penyatuan ummah, yang digerakkan oleh dua seteru ketat Umno-Pas nampak berjalan lancar, malah kelihatan mudah dan cepat serasi sekali.

Agak ajaib juga bagaimana pakatan penbangkang Melayu ini boleh menyelaras kerjasama politik untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dengan begitu pantas. Seolah-olah ada sesuatu yang magis bagi mengetepikan segala perbedaan dan permusuhan sejak lebih enam dekad lalu.

Apakah formula luar biasa yang diguna pakai atau penawar paling berkesan bagi meredakan dua kumpulan mega penyokong dan pendukung parti-parti yang saling bertegang leher merebut kuasa dan pengaruh selama ini?

Walaupun ada sekumpulan pemimpin Pas, yang digelar “profesional, progresif ala-Erdogan” mendakwa segelintir teraju parti yang berpengaruh, berhasrat membentuk “kerajaan perpaduan” di negeri Selangor dan Perak, sejurus PRU2008, ia disifatkan tohmahan tidak berasas.

Sunday, September 29, 2019

Kenapa PAS terima Mahathir, tolak Anwar?


IZWAN ABDUL HALIM
25 September


KUALA LUMPUR: PAS berpendirian menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi memastikan kerajaan membuat dan melaksanakan dasar yang menguntungkan negara serta mensejahterakan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menjelaskan, menyokong Tun dan menyokong kerajaan adalah dua perkara berbeza di mana sikap PAS itu mesti difahami dari prinsip dan konsep politik dipegangnya.

Terang beliau, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) digagaskan telah meletakkan PAS terbuka untuk menyertai sebarang medan yang tujuannya dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

Bahkan terdahulu menurutnya, PAS bersikap lunak kepada Kerajaan BN dengan memberikan pandangan-pandangan untuk kepentingan rakyat dan kini legasi sama diteruskan pula kepada kerajaan pimpinan Tun Mahathir.

"Kami melihat, Tun perlu diberi tempoh sewajarnya untuk memerintah negara supaya pentadbiran ini berjalan lancar. Sekarang inipun kita tengok macam-macam masalah. Belum lagi (sekiranya) berlaku pertukaran kerajaan.

Perlembagaan DAP canggah Perlembagaan Negara?

MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH
25 September 2019

BERAKHIR sudah perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim terhadap Bekas Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel di dalam akaun Facebook miliknya pada Januari lalu bertajuk ‘Teresa Kok Tidak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan’.

Saman yang dikemukakan oleh Teresa atas dakwaan artikel tersebut mengandungi perkataan-perkataan fitnah antara lain membawa maksud beliau adalah anti Islam, bersifat perkauman, menyalahguna kuasa sebagai Menteri Kabinet serta seorang yang tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Namun, Syarhan dalam penyataan pembelaannya yang difailkan pada 29 Mac lepas mendakwa artikel diterbitkannya adalah berasaskan fakta-fakta yang benar dan bersifat tindak balas politik yang munasabah terhadap DAP selain mendakwa ia tidak bersifat memfitnah plaintif (Kok).

Perbicaraan kes diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 September sehingga 25 September. Bagaimanapun, tarikh keputusan akan dibuat pada 4 Disember selepas Hakim membuat klasifikasi berhubung kes tersebut.

Sepanjang perbicaraan bermula sesama mendengar keterangan daripada plaintif, Teresa Kok melalui soal balas oleh peguam bela bagi pihak defenden iaitu Wan Rohimi Wan Daud, pelbagai persoalan balas yang diketengahkan oleh pihak pembelaan untuk menunjukkan bahawa kenyataan defenden itu (Ustaz Syarhan) adalah satu kesimpulan yang wajar.

Saturday, September 28, 2019

Harga Minyak Masak turun lama dah, bukan disebabkan #BMF..!

Aku bukan tak sokong produk muslim, sapa kenal aku tahu lah.. cumanya antara cerita dongeng dari puak BMF ni, Kempen depa dapat menurunkan harga Barang.. Tapi setiap kali nak bagi bukti dan contoh, dalam beribu jenis barang dah pasti harga minyak masak jadi bukti depa.. tadi dalam group Family aku share benda ni, Aku nak betulkan fakta depa..

Paling popular Depa kata apa ?, Zaman GST harga minyak masak RM 22, zaman SST RM 24, tapi BMF dapat turunkan sampai RM 16.. Depa kata dulu Tauke Cina ambik untung banyak.. nasib ada BMF, berapa ramai bani melayu ditipu dgn statement ni..? Inilah Perkara Tahyul dalam alam Melayu, disulam dengan senimen kaum dan Agama... Boleh dah masuk dalam rencana buku Mastika.. Pembohongan paling Nyata..

Kenapakah PAS begitu memusuhi AMANAH.....

KENAPA PAS BEGITU MEMUSUHI AMANAH SEHINGGA 'MENTARBIYYAH' AHLI DAN PENYOKONG MEREKA DENGAN MERATIB 'PAN' DAN 'KHADAM DAP' ?

1. Amanah dilahirkan kerana tidak setuju dengan 'jemaah' yang cuba membawa Pas secara sulit kepada Umno tetapi ditolak oleh ATGNA.

2. Usia Amanah yang baru berusia 4 tahun ini sudah pun menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat. Sedangkan Pas yang berumur lebih 60 tahun masih lagi kekal sebagai pembangkang.

3. Pas lebih dahulu memahami erti berkawan dan bersahabat dengan DAP sejak dari wujudnya Barisan Alternatif (BA) sehinggalah kepada Pakatan Rakyat (PR).

4. Waktu itu Pas sendiri sedar bahawa hubungan dengan DAP adalah atas dasar kerjasama politik dalam mencari titik persamaan bagi menentang BN. Lantaran BN/Umno merintis perbuatan mengejek dengan menggelar Pas sebagai barua dan boneka Dap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...