Saturday, November 30, 2019

Dana kutipan Tabung Harapan Malaysia telah digunakan membayar hutang 1MDB

Dana THM RM205 juta digunakan bayar hutang 1MDB

Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), demikian menurut Kementerian Kewangan.

Menterinya Lim Guan Eng berkata kerajaan pada 28 Nov telah menggunakan keseluruhan dana THM dengan pembayaran sebanyak RM61.68 juta bagi pelunasan bayaran faedah sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note).

“Pembayaran sebanyak RM61.68 juta yang dibiayai oleh dana THM adalah hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta. Baki sebanyak RM82.07 juta telah dibiayai melalui dana pemulihan aset 1MDB yang berjumlah kira-kira RM1.45 bilion setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanjung Piai, dalam kalah, ada menang utk PH..


Tg Piai, dlm kalah, ada menang utk PH.

PH kalah di Tg Piai.. satu dunia tahu. Yg menangnya BN. Yg menangnya MCA, bukan PAS. Pun satu dunia tahu.

Tapi yg PAS seronok lebih dari MCA tu perhal? PAS tak sedar ker, analisa pengundi, tak sampai 2% pun pengundi PAS mengundi Wee Jeck Seng. Yg lainnya...undi Berjasa atau tak keluar mengundi.

Yg membuatkan WJS menang besar adalah org cina. Org cina, depa cerdik politik. Asal ada benda tak kena dgn kaum depa, depa akan hantar mesej. Depa tahu...dgn hantar mesej melalui menangkan WJS, kerajaan tak terjejas pun.

Apabila orang Agama, ustaz dan lebai sendiri Jahat percayakan penyamun!!


Rupanya tak habis lagi pasal Bendera.. Lepas melibatkan program persatuan Bola Keranjang, Kali ni melibatkan Taekwando.. dah tentu sasaran depa ni, Main kan sentimen kaum dan Agama... lagi teruk kerja nak menyalahkan Kerajaan PH..

Yang mula bawa fitnah ni Logo Kejohanan Taekwando yg dirasmikan ds Anwar Ibrahim dari Page Najib Razak, Penyamun 1MDB.. tapi Ustaz, Lebai cukup beriman dengan fitnah Najib.. mcm depa percaya dengan fitnah Wee Ka Siong masa fitnah NAFAS..

Tapi Najib memang pandai buat persepsi Jahat sama mcm Wee ka Siong..Bukan Jahat jer sama..Muka pun lebih kurang sama..Inilah hasil dari ketaksuban kepada Pemimpin depa yg penuh dengan Dendam dan Benci, sampai tak boleh berfikiran waras....

Friday, November 29, 2019

Pesanan Ikhlas Untuk Pemimpin dan Menteri PH yang ada sifat bodoh sombong!


Ada Menteri yang sibuk bicara soal Kereta Terbang, Ada Timbalan menterikan katakan Kenaikaikan harga minyak, tidak akan menjejaskan rakyat..

Ada Timbalan menteri memberikan alasan ketiadaan ahli parlimen didalam dewan Rakyat kerana Kesejukan.. manakala ada Ahli Parlimen memberikan alasan keletihan...Mungkin kata kata Menteri itu benar, tapi kurangnya kebijaksanaan..

Ada Timbalan Menteri yan sibuk Post sinis kepada rakan parti lamanya di Facebook.. Ada Menteri berlawan komen di Twitter, Sehingga mereka ini tidak dapat bezakan kedudukan depa sebagai Menteri dengan masyarakat awam apalagi seorang pemimpin biasa... Bukan hanya gagal mengurus pentadbiran, hatta mengurus Persepsi awam..

Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit di Selangor


S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat subuh di Selangor dilewatkan?

J1: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian ini mendapati bahawa waktu bermulanya fajar sadiq, iaitu waktu bermulanya subuh, berlaku pada sudut matahari berada di kedudukan 18⁰ di bawah ufuk. Ia berbeza dengan waktu yg digunapakai sebelum ini iaitu pada sudut matahari 20⁰. Jadi ia perlu dilewatkan.

S2: Kenapa lewat 8 minit?

J2: Sudut matahari pada fajar sadiq diubah dari 20⁰ ke 18⁰. 20⁰-18⁰ = 2⁰. 1⁰ mewakili 4 minit. Oleh kerana beza 2⁰, perbezaan waktu ialah 8 minit.

S3: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J3: Ia akan dilakukan oleh negeri lain bila tiba masanya. Sedikit latar belakang:
Hasil kajian telah dibentangkan di Jawatankuasa Penyelidikan Fatwa Jakim. Laporan kajian ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa tersebut. Peringkat seterusnya, laporan akhir kajian ini dibentangkan di Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada 20.11.2019 lalu. Laporan kajian yg dibentangkan di peringkat MKI dipersembahmaklumkan kepada DYMM Sultan atau Raja negeri masing-masing. Justeru, pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan berkenaan di peringkat negeri masing-masing. Selangor telah membuat pemakluman lebih awal dari negeri lain iaitu pada hari ini 28.11.2019 dan mengumumkan tarikh kuatkuasa pada keesokannya iaitu pada 29.11.2019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...