Cerita arak
1. Kami memang setuju arak itu haram bagi orang Islam, tiada khilaf tentang itu. Sama ada kami pembangkang, atau kerajaan, atau jadi pembangkang semula, pegangan itu konsisten.
2. Cuma kami menghormati hak2 orang bukan Islam untuk minum arak kerana bagi mereka tiada hukum haram bagi arak. Kecuali hukum haram mabuk ketika memandu, ia mesti diterima oleh semua rakyat, muslim atau non muslim, kerana ia undang-undang negara.
3. Ketika kami memberi pandangan bahawa kilang dan kedai arak tak boleh ditutup kerana orang2 bukan Islam pun ada hak, kami dikecam sebagai liberal, munafiq, khadam Dap, walak kuffar oleh pengikut Pas dan juga Umno (ketika itu cytro Umno hanya mengambil kesempatan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu kepada kami, bukan benci arak sangat pun, kerana mereka dulu pun benarkan arak dijual.. heheh).
Walau kami bawa hujah khalifah Umar bin Abdul Aziz pun tak tutup terus kilang dan kedai arak di zaman pemerintahannya yang soleh dan warak itu pun, kami tetap dilabel khadam Dap. Beberapa orang pimpinan difitnah dengan poster yang mengandungi kata-kata yang mereka tak pernah kata.
Wednesday, April 8, 2020
Sunday, April 5, 2020
Benarkah Kilang arak diberi kebenaran beroperasi semula dalam musim PKP COVID19 nie..??
Patutlah sejak PN ambik alih kerajaan kemalangan jalan raya berkurang.. ini disebabkan KILANG ARAK pun TUTUP sebab dibawah perintah KAWALAN PKP...
Tapi selepas 14 hari PKP dilaksanakan kini didapati ada sepucuk surat yang berlegar di media sosial memperlihatkan kebenaran semula KILANG ARAK tersebut beroperasi..
Jika benar KILANG ARAK diberikan kebenaran beroperasi semula ia merupakan satu langkah membawa murka ALLAH di musim musibah yang ALLAH turunkan ini...
MANA HILANG NYA suara ulama-ulama hebat dalam PAS yang sebelom ini merupakan pejuang HALAM HARAM bab arak ini..
Kepada Kamarul & Dr Maza, Jika "JANTAN" ayuh kita bersilat di gelanggang politik..
Kamarul Yusoff janganlah naif sangat kalau nak provoke pun. Penghinaan Dr Maza ke atas Amanah adalah serangan politik dari seorang yang bukan pemain politik. Amanah tidak mahu bergaduh dengan Dr Maza secara terbuka kerana Dr Maza bukan pemain politik. Kalau Dr Maza secara rasmi masuk mana-mana parti politik atau menubuhkan parti politik, barulah kita ada gelanggang yang betul untuk bertempur secara politik.
Serangan politik mestilah dihadapi secara politik. Serangan Dr Maza bukan serangan peribadi ke atas mana-mana pemimpin parti Amanah. Tuduhan beliau juga bukan tuduhan yang mensabitkan Amanah dengan perlakuan jenayah, perlakuan curang atau salahlaku integriti.
Dr Maza cuma tuduh Amanah 'terlalu setia dengan DAP'. Itu kenyataan dan tuduhan politik, dan ianya tidak melibatkan maruah individu. Tapi sekiranya tuduhan tersebut menjejaskan maruah individu, pemimpin Amanah tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Ramai pemimpin PAS dan Umno yang sabit kesalahan fitnah dan dikenakan hukuman bayar saman oleh mahkamah. Jadi, komen Dr Kamarul tidak relevan dengan apa yang saya tulis.
Saturday, April 4, 2020
ULAMA SYAITAN PADA PANDANGAN IMAM GHAZALI..
Benar lah apa yang ditulis oleh Imam Al Ghazalie di dalam Kitabnya Bidayatul Hidayah, kelompok ke 3 dikalangan orang berilmu, A'lim mereka ini kelompok yang tertipu dengan tipudaya Syaitan.. Mereka ini mengejar kedudukan dan pangkat dan akhirnya merosakkan Manusia..
Apa yang disebut Imam Ghazalie ?
ورجل ثالث استحوذ عليه الشيطان؛ فاتخذ علمه ذريعة إلى التكاثر بالمال، والتفاخر بالجاه، والتعزز بكثرة الأتباع،
" Seseorang yang terperdaya dengan tipudaya Syaitan . Dia mempergunakan ilmunya sebagai satu jalan untuk memperbanyak harta, serta untuk berbangga dengan kedudukannya dan menyombongkan diri dengan ramai dan besarnya jumlah pengikut..."
يدخل بعلمه كل مدخل رجاء أن يقضى من الدنيا وطره، ن وهو مع ذلك يضمر في نفسه أنه عند الله بمكانة، لاتسامه بسمة العلماء،
وترسمه برسومهم في الزى والمنطق، مع تكالبه على الدنيا ظاهرا وباطنا
" Ilmunya menjadi jalan meraih kepentingan duniawi. Dan bersama dengan dia itu Perasaan Bangga seolah olah hanya dia adalah kelompok yang di redhai disi Allah dengan cara dia berpakaian, dan kepandaian berbicaranya yang mana seperti ulama, padahal ia begitu tamak kepada zahir Dunia dan Jiwanya.."
Apakah kita merasakan kelompok ini akan Bertaubat ? Sudh tentu tidak sebagaimana ada sifat (Al Kibr) kepada kelompok Iblis..
Friday, April 3, 2020
APA KAITAN MICRO DROPLET, AIRBONE, PAKAI FACE MASK & PUBLIC DISINFECTING?
𝐌𝐈𝐂𝐑𝐎 𝐃𝐫𝐨𝐩𝐥𝐞𝐭𝐬 - Kajian yg diusahakan oleh Saintis Jepun antaranya ialah Dr. Kazuhiro Tatakeda dari Pertubuhan Penyakit Berjangkit Jepun sedang mencari bukti COVID-19 turut berada dlm Micro Droplets yg boleh terapung di udara.
.
.
𝐀𝐈𝐑𝐁𝐎𝐑𝐍𝐄 - Sesuatu yg boleh terapung dan bergerak dalam udara atau dibawa angin.
.
.
𝐅𝐀𝐂𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊 - Menahan Droplets akibat batuk atau bersin terutama dari individu yg sakit drpd tersebar ke udara. Melindungi hidung dan mulut pemakai dari tersedut "particles" atau abuk dan dari menyentuh mulut dan hidung secara tidak sengaja.
.
.
𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐅𝐄𝐂𝐓𝐈𝐍𝐆 - Disinfeksi Awam di kawasan-kawasan dalam bangunan dan luar yg byk dipersoalkan oleh "the so called pakar" di Malaysia sbgai suatu "𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐳𝐢𝐫𝐚𝐧". Cara disinfeksi ini jika disembur ke atas jalan mugkin suatu pembaziran, tapi jika disembur ke udara yg berkemungkinan tercemar dengan COVID-19, adakah ia membazir?
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)



