Monday, August 17, 2020
TERKINI - Kluster Tawar dan Kluster Sala..!!
Friday, August 14, 2020
Kenapa Tipu Kami Dalam Hubungan Pas-Umno – Ahli Pas.
“Kami sekarang keliru. Sekarang kita akhirnya mengaku usaha menyatukan Pas dan Umno dah lama dah. Sejak 2011. Masa tu Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Tok Guru pulak kita pun tahu menentang keras penyatuan Pas dan Umno. Jadi adakah tuduhan PAN (Parti Amanah) kepada kita selama ini betul dan bukannya fitnah?” kata seorang ahli PAS Abdul Karim Mahussin, 58, ketika ditemui di Kota Bharu.
“Sekarang puak PAN tu dah bersorak gembira sebab ternyata yang mereka kata selama ni adalah benar dan pimpinan kita (PAS) yang duduk nafi selama ini tu bercakap tidak benar dan menipu arwah Tok Guru dan seluruh Ahli PAS. Selama ni kita kata geng Mat Sabu dan Husam ni dok fitnah kata PAS nak bersatu dengan Umno. Rupa-rupanya memang ia adalah betul.
Bawalah usul masa tu ke muktamar jika benar dan berani sebagai anak jantan. Bincang kat situ dan buatlah keputusan. Ni sampai pecah parti, balah sama sendiri ahli PAS. Sebab ada yang duduk berunding dalam gelap dan sedap makan pitih.
Tapi Pimpinan (PAS) pulak dok nafi. Kita ahli di bawah ni terpinga-pinga macam bodoh sangat . Kita sekarang, bila jumpa dengan puak PAN ni malu muka berasa sebab memang betul rupanya lama dah ada usaha Pas nak bersama dengan Umno dan duduk tidur sekali” Ujar beliau lagi.
Rakan beliau pula, Mohtar Said, 50 yang ahli PAS sejak puluhan tahun lagi, memang terasa bodoh sangat dan tertipu dengan mainan pemimpin PAS setelah ketiadaan Arwah Tok Guru Nik Aziz.
"Umno ni musuh kita (PAS) lama dah... Apa yang dia (Umno) tak buat kat kita orang-orang PAS ni. Yang kerja kerajaan kena tukar ke hulu dabong. Tanam padi takleh bantuan Baja dan mace mace lagi... Tanam getah takleh bantuan, memang sengaja menyusahkan ahli PAS...sapa ada yang bercerai dan sanggup mati... Tiba-tiba pimpinan nak suruh kita duduk sekali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mintak maaflah, saya tak boleh terima ke arah tu...apatah lagi Hadi sanggup menipu kami dan Arwah ( Tok Guru Nik Aziz )” Kata Mokhtar.
“Pimpinan (PAS) janganlah buat kami ahli di bawah ni macam tak ada nilai, sesuka hati demi perut mereka. Kami pun ada harga diri. diKelantan sebelum ni, kami sanggup bergaduh dengan puak PAN tu kerana tuduh kami khianat perjuangan Tok Guru dan dah nak baik dengan Umno. Kami lawan puak PAN ni pilihanraya umum baru ni bermati-matian.
Kami percaya bila Ustaz Nik Amar kata hanya orang bodoh percaya PAS nak bersatu ( bergabung ) dengab Umno. Akhirnya, rupa-rupanya semua berita tu betul, apatah lagi diakui oleh Pimpinan tertinggi PAS hari ini. Kecewa lah kami macam ni.” Ujar beliau bagi menutup perbincangan.
Monday, August 10, 2020
Akhirnya PAS mengaku mereka sudah bercinta dengan UMNO sejak 2015 lagi!!
PAS TERHEGEH-HEGEHKAN UMNO SEMENJAK 2015
Kalau mengaku begini semenjak awal iaitu 2015 bukankah senang? Ini tidak. Apabila kami kata, Pas sedang berselingkuh dengan Umno ketika itu, berapi-api penafian dibuat.
Bahkan kami pula yang dituduh memberi nyawa kepada Umno. Kami pula yang dilabel khianat, bukan saja khianat kepada parti bahkan kepada Islam dan perjuangannya.
Tahun 2020, baru mengaku usaha itu sudah berlaku semenjak 2015. Pada tahun itu, kenapa nafi? Hanya pemimpin Pas yang tahu sebab sebenar, tapi saya agak sebab Umno tak berapa nak layan Pas ketika itu.
Ketika itu Umno tak perlukan Pas. Hanya Pas yang terhegeh-hegehkan Umno. Pas tak beritahu awal takut pengikutnya lari. Jadi pemimpinnya bersilat lidah untuk mengelak hal itu berlaku.
Apabila Umno kalah tahun 2018, Pas juga tidak menang besar, barulah secara jelas Pas berani mengaku. Itupun setelah jadi kerajaan bersama Umno. Jika tak jadi kerajaan, sampai kesudah Pas tak akan mengaku parti itu terhegeh-hegehkan Umno.
Dari Sivagangga ke Napoh, akhirnya TEMCO
Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat.
Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu.
Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu.
PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara.
Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.
Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau melanggar arahan kerajaan.
Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.
Namun, ini bukan lagi masa menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM.
Tuesday, August 4, 2020
TH PLANTATION RUGI disebabkan siapa sebenarnya.. PH atau BN.. Sampai terpaksa jual aset..!!
1. Utusan Malaysia hari ini melaporkan tentang kerugian besar sebuah anak syarikat Tabung Haji (TH) iaitu Tabung Haji Plantation (THP) dengan kerugian terkumpul sebanyak RM 1.24 bilion.




