Thursday, August 20, 2020

APA HUKUMAN BILAMANA MENTERI LANGGAR S.O.P, DEPA KATA BOLEH HILANG JAWATAN!!

 Naratif Mantri Pekak

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :

kehilangan kelayakan menjadi ahli parlimen

48. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 

Apabila seorang Menteri dilaporkan pulang ke tanahair dari lawatan luar negara, mengikut Peraturan Operasi Standard, beliau wajib menjalani kuarantin wajib 14 hari tidak kira semasa pemeriksaan di pintu masuk negara ketika pulang adalah negatif atau positif.

Ketua Pengarah Kesihatan dilaporkan berkata jika positif, penama tersebut akan terus dikuarantin di hospital manakala negatif akan diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin khas bukan lagi kuarantin kendiri seperti sebelum ini.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dua orang kenamaan iaitu seorang Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri didakwa dan mengaku salah serta membayar denda di Mahkamah kerana melanggar SOP PKP.

Kemudian seorang Mak Cik dijatuhi hukuman denda RM8,000 atas kesalahan ingkar kuarantin kerana keluar di khalayak awam dalam tempoh kuarantin dengan bergelang merah jambu seperti bibir Najib.

Terkini penyebab kluster sivagangga dijatuhkan hukuman penjara 5 bulan dan denda RM12,000 juga kerana ingkar kuarantin.

Menteri yang sedang hangat di pasaran sawit dan buluh sekarang telah ada laporan polis terhadap beliau kerana tidak jalani kuarantin.

Mengambil duluan kes-kes sebelum ini, Pihak Pendakwa hendaklah memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat. Bukan dengan ayat skima biasa iaitu “mohon hukuman setimpal”.

Mahkamah juga wajar mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman yang berat melebihi kes sedia ada atas alasan :

1) penama adalah seorang menteri persekutuan,

2) sebagai menteri, mesti menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat,

3) sebagai pemimpin parti berteraskan agama, sewajarnya menjaga imej agama yang dibawa

Jika Mak Cik biasa dijatuhkan hukuman denda RM8,000, maka Menteri ini wajar dijatuhkan hukuman denda RM16, ribu sebagai pengajaran.

Hujahan mitigasi bahawa dia sudah insaf tidak boleh diterima kerana dia ni bukan jenis insaf.

Jika denda melebihi RM2,000 maka hilanglah kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat... berguguranlah dia seperti daun buluh dimamah dekan.

Kesian AbahCow lantik menteri pekak badak ni.. menyusahkan...

Yak pur.....

Zulhazmi Shariff 

Tuesday, August 18, 2020

TERKINI COVID-19 - KLUSTER TAWAR 1 & KLUSTER SALA 2 manakala KLUSTER SIVAGANGA tiada.

 
Alhamdulillah...hari ini kembali ke 1 angka dimana 3 wrganegara dan 4 import... dari 3 tersebut ianya dari KLUSTER TAWAR 1 manakala KLUSTER SALA 2.. 

Untuk KLUSTER SIVAGANGGA sudah tidak ada kes buat masa ini....

PERINCIAN KES BAHARU (7)
 
KL - 4
1 kes WN pulang dari United Kingdom
1 kes WN pulang dari Bangladesh
2 kes BWN tiba dari Bangladesh
 
KEDAH - 3
2 kes WN Kluster Sala
1 kes WN Kluster Tawar

MAHU LULUS PERUNTUKAN TAMBAHAN UNTUK ELAUN MENTERI KERAJAAN PN, SEBAB ITU PEMBANGKANG TIDAK SOKONG

PENJELASAN KENAPA PEMBANGKANG TAK SOKONG RUU PERBEKALAN PERUNTUKAN SEMULA PERBELANJAAN 2020 UNTUK MENTERI 

RUU PEMBEKALAN YG DI LULUSKAN
ADALAH UNTUK
GAJI ELAUN MENTERI KERAJAAN UMNOPAS
BUKAN UNTUK BANTUAN RAKYAT
Perbelanjaan yang pembangkang tolak semalam
bukan untuk rakyat atau Covid19

tapi pengstrukturan semula kementerian untuk menampung 70 orang menteri dan timbalan menteri kerajaan abah. 

Nak menipu pun cerdik la sikit.
#membazir

Apabila penyokong kerajaan PN dok fitnah PH tolak usul bantu orang miskin..!

 

Saya tengok status Bani Lebai hari ... teruk sangat dan memalukan. RUU yang diundi semalam itu bukan untuk peruntukan membantu rakyat disebabkan Covid-19, tetapi RM7.2 bilion itu adalah untuk dibelanjakan bagi menampung kos penstrukturan serta pertambahan kementerian dan menteri.

Masa jadi pembangkang bohong orang, dah jadi kerajaan pun bohong jugak. 

Itupun ada juga lagi walaun tadak otak yang percaya dan ikut membuta tuli.

Kesian pun ada, menyampah pun ada.

Jamzuri Ardani

Ini Keratan Usul Tambahan tersebut


PENJELASAN MB SANUSI BERKENAAN VIDEO SUARA KATA DIA TAK HORMAT RAKYAT KEDAH

Viral rakaman suara seorang lelaki tentang MB Kedah Tak Beradab- Ini penjelasan saya.

Saya berada di Kuala Lumur pada 13 hingga 15 Ogos 2020 untuk Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), mesyuarat dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan beberapa urusan lain. Pada 14 Ogos, lebih kurang jam 8.30 malam, ketika perut sedang menyanyi, saya menaiki grab dari Hotel Tamu Kampung Baru ke Restoren Wadi Hadramawt di Ampang untuk makan malam bersama pegawai saya, Shahril Rizal Ismail. 

Dalam perjalanan ke sana seorang rakan lama, bekerja sebagai salesman kereta berbangsa cina menghubungi saya, ajak minum kerana dia mendapat maklumat saya ada di Kuala Lumpur. Kata saya dia telah terlambat kerana saya sedang menuju tempat makan. Dia maklumkan akan ke restoren itu jika sempat.

Saya masuk ke restoren dan seorang rakan lama, Ir Khairul Faizi (rakan sebilik di Mekah dan masuk PPBM, kerja terakhir di UPM Holding) menerpa keluar dari dalam restoren menyapa saya. Dia sedang makan dengan ramai ahli keluarganya. Selepas berbual seketika, saya mengambil tempat di bahagian luar di sebelah kiri restoren. 

Selang satu meja di hadapan saya ada tiga atau empat lelaki (kelihatan seperti India Muslim) sedang makan. Saya mengangkat tangan dan senyum tanda persaudaraan. Waktu itu juga, pelayan restoren datang membawa buku menu dan mengambil pesanan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...