Tuesday, April 27, 2021

SELEPAS UMUM SOKONG KERAJAAN PN, TERUS KERTAS SISATAN SPRM DISEJUKBEKUKAN..!


 24 Februari 2021: SPRM sah siasat bekas menteri PH, Xavier berhubung dakwaan rasuah RM78.2 juta.


13 Mac 2021: Xavier umum keluar PKR, sokong PN


26 April 2021: "Hari Yang Indah ini dapat bersama teman-teman seperjuangan Bersatu."


Lamanya siasat. 


https://www.facebook.com/xavierjayakumar/posts/3424083527692552


najib razak

Friday, April 23, 2021

AMBIK DUIT KWAP, JANGAN GADAI MASA DEPAN NEGARA


 JANGAN GADAI MASA DEPAN NEGARA


Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ditubuhkan pada 18 Februari 1988 dengan satu matlamat, penggunaan optima hasil sumber asli negara. Matlamat ini digariskan agar hasil sumber asli negara yang menyusut dapat memberikan pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang.


Ketika negara berhadapan dengan Krisis Kewangan Asia 1998, wang masa depan generasi akan datang ini tidak disentuh.


Pengumuman penggunaan wang ini oleh kerajaan amat mengecewakan dan menyerlahkan lagi kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional menangani Covid-19.


Walaupun dilengkapi dana Belanjawan 2021 yang melebihi RM300 bilion, terbesar dalam sejarah negara, kerajaan masih gagal memerangi Covid-19. RM3 bilion yang mencukupi menurut Menteri Koordinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, nampaknya tidak cukup.

Thursday, April 22, 2021

SAYOQ TAK MAKAN DEDAK TAPI KENAPA HARGA NAIK JUGAK..?


 Harga ayam melambung.

- Pemerintah salahkan peniaga.

- Peniaga salahkan pemborong.

- Pemborong salahkan penternak.

- Penternak salahkan harga dedak.


Last-last pemerintah kata harga dedak adalah diluar kawalan kerajaan sebab harga soya dan jagung dunia diimport untuk menghasilkan dedak turut mencanak naik.


"20 April 2021: Kenaikan harga dedak naik di peringkat global, di luar kawalan kerajaan"

https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/kenaikan-harga-dedak-berlaku-di-peringkat-global/


Adakah ini benar-benar di luar kawalan kerajaan?


Selain harga dedak, langkah kerajaan untuk tarik balik diskaun elektrik dan tidak meletakkan harga lantai bagi minyak tahun lepas seperti disaran saya bulan Mac lalu turut menyumbangkan kepada kenaikan harga semua barang. 


(Misalnya, sayur tak makan dedak tapi harga turut naik)


Sebab itu, BNM sudah memberi amaran bahawa inflasi akan melebihi 5% dalam suku ke-2 tahun ini - iaitu tepat pada masa Raya.


Tapi memang benar bahawa dedak merupakan antara bahagian kos terbesar bagi harga ayam dan memang kenaikan harga soya dan jagung menyumbang kepada harga dedak.

DALAM TEMPOH DARURAT JUMLAH PINJAMAN BARU YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN PN IALAH RM75BIL..



 Hutang oh hutang... kerja asyik menambah hutang.. nak masuk duit tak ada yg ada dok korek tabung sahaja.

Nampaknya suit tabung negara semakin hari semakin nipis duit tabung negara dikorek oleh kerajaan PN.

Ini pendedahan terbaru oleh DS NAJIB RAZAK berkenaan hutang yg dilakukan oleh kerajaan PN..

KENAPA PERLU PENYOKONG PH BERBALAH SESAMA SESAMA SENDIRI SEMULA, SIAPA PUNYA ANGKARA?


 Kebelakangan ini sebenarnya aku berasa agak lega. Bukan apa, aku melihat penyokong dan pendukung PH ramai yang sudah mula buat kerja yang betul, menyerang dan memberi penjelasan berkenaan kelemahan dan kesilapan kerajaan PN.


Majlis Presiden PH pun sudah membuat ketetapan menyatakan hanya DS Anwar sebagai calon tunggal dari PH untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU15 kelak. Ketetapan itu dilihat bakal menutup sama sekali segala pintu perpecahan dalam PH.


Namun secara tiba-tiba muncul pula idea mahu nenyerahkan memorandum menolak darurat kepada YDP Agong. Memorandum itu bukan satu keperluan mendesak pun kerana DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang telahpun menjelaskan kepada YDP Agong duduk perkara berkenaan ini.


Tapi seperti biasa, apabila DS Anwar tidak ikut serta acara penyerahan memorandum ini, parti belum cukup bulan, Pejuang, yang memang perjuangan utamanya menafikan sokongan terhadap DS Anwar untuk menjadi PM, mula menyerang DS Anwar dengan isu tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...