Tuesday, September 20, 2022

DOK KALUT 22 BLN PH BUAT APA.. NIE DIA NAK HABAQ!


 22 BULAN

Ada orang tanya, apa jadi dalam 22 bulan?

Ini saya tolong bentang fakta, supaya kita boleh hadap propaganda. 

✅ Ekonomi negara meningkat dengan jayanya. KDNK naik. KDNK per kapita meningkat. Rizab tunai negara bertambah. Pelaburan langsung asing dan Pelaburan keluar negara meningkat juga. Eksport negara tambah baik. Semua ini indikasi utama ekonomi negara. 

✅ Indeks Antarabangsa, Prestasi Malaysia bertambah baik. Antara skor terbaik yang pernah ada. Indeks Rasuah, Ease of Doing Business, Indeks Media. Prestasi terbaik Malaysia dalam masa 10 tahun. 

✅ Ketiadaan GST, menyebabkan harga barang rendah dalam masa 22 bulan. Buktinya tahun 2018-2020, inflasi kita dibawah 1%. Antara yang terbaik yang pernah ada. Tahun 2019, kadar inflasi Malaysia adalah yang terendah dalam rantau Asia Tenggara.

Monday, September 19, 2022

BN PN GAGAL URUSKAN NEGARA HINGGA KINI ALIH-ALIH RATIB PH YANG GAGAL..


 ALIH-ALIH

Mahiaddin Yassin yang merupakan pengerusi Majlis Pemulihan Negara lantikan Ismail Sabri berkata jika Ismail Sabri terus gagal pulihkan ekonomi lebih baik adakan segera pilihanraya agar rakyat dapat memilih sebuah kerajaan baru yang lebih cekap.

Ismail Sabri yang merupakan Perdana Menteri yang melantik Mahiaddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara pula menjawab jika dia dilihat gagal pulihkan ekonomi maka Mahiaddin juga turut menyumbang kegagalan itu kerana Mahiaddin ialah pengerusi Majlis Pemulihan Negara malah ada di antara anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri adalah pemimpin parti Mahiaddin.

Thursday, September 15, 2022

BERCELARU TULISAN HJ HADI....MANA DALIL, FAKTA DAN DATA..?


 NAK TOLAK PH PUN.. BAGI LAH DALIL ADA KAITAN.. BERCELARU TULISAN HJ HADI..

Tadi ada kawan bagi artikel harakahdaily tulisan Haji Hadi.. Tajuk dia PAS tolak PH.. Takpe lah Tolak.. Nak tengok jugak Hujjah dia.. Bila baca bersimpang siur sesat tulisan Haji hadi.. ayat Quran yg dia petik takda kaitan dengan Politik pun.. sampaikan ayat janji setia dengan Nabi..Kejadian alam pun mauk sebagai Hujjah... 

Politik adalah Politik.. Takda kaitan dengan urusan Aqidah, Janji setia.. Atau kaitan dengan Surah Ibrahim tentang Iman, Pegangan 2 Kalimah Syahadah dengan Politik.. Politik ini urusan Ijtihadi.. Bukan I'etiqad.. Kita bukan Syiah.. Politik, Konsep Imamah dijadikan urusan Iman.. Patut ada Ustazah kat Terengganu sorang hat mengaji kat Rusila anggap perlantikan PM baru ada kaitan nak lawan Kuffar dan org Munafiq.. Bila Tok Guru pun sesat kefahaman Beragama..Apalagi anak murid dan pentaksub..

Wednesday, September 14, 2022

ADA 15 MP UMNO SETUJU SOKONG ANWAR JADI PM TAPI BELIAU TOLAK!!



 

TH JUAL ASET - DAH 2X DIDAPATI FITNAH USTAZ PAS MASIH SEMBUNYI DAN MEMBISU..,


 SEMBUNYI

Setakat hari ini rasanya sudah dua (2) keputusan Mahkamah yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah PH yang DAP adalah Menteri Kewangan tidak menjual aset Tabung Haji kepada bukan Islam seperti yang ditohmah puak PAS dan Umno.

Sebelum ini Mahkamah di Kelantan putuskan menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Jeming Hassan.

Hari ini Mahkamah Sesyen Shah Alam juga menolak saman fitnah Dasuki Rani terhadap Dr. Mujahid berkaitan isu yang sama.

Mahkamah memutuskan bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada bukan Islam seperti yang dimainkan oleh Dasuki justeru menolak tuntutan fitnah beliau. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...