Friday, February 23, 2018

Gelak, king maker dan psikik Melayu.

Oleh Arif Atan

Suara masyarakat bukan Islam jelas semakin tidak senang dengan dasar ekstrem pimpinan Pas mengeksploitasi sentimen Melayu-Islam.

Bila membaca komentar ini, teringat perbualan dengan seorang kawan Cina asal Kedah yang kini tinggal di Petaling Jaya, dulu sama-sama di UM meluahkan isi hatinya, "Aku menyesal betul angkat bendera Pas masa election lepas (PRU-13)!".

 Saya sekadar gelakkan dia dan dia pun gelakkan saya sebab dia pasti saya lagi 'gila' menyesal sebab pernah bekerja di organ parti Pas - Harakah! 
 
Malangnya, hari ini pimpinan Pas terus bersikap melampaui batas walaupun larangan 'melampaui batas' kerap diingatkan dalam al-Quran. Pimpinan Pas keterlaluan menabur angan dan mimpi kepada penyokongnya konon mampu berperanan sebagai 'king maker' dengan buat himpunan bela Palestin kononnya di Putrajaya selain 'ulama' dia sudah dijemput sepentas forum agama di TV1!
Padahal, keputusan PRU 2008 dan 2013 cukup membuktikan kerusi campuran yang memberi kemenangan kepada calon Pas.

Kalau tanpa undi bukan Melayu-Islam, Pas tak merasa jadi Adun dan Ahli Parlimen pun. Malah, Pas sendiri tidak arif tentang pemikiran dan budaya masyarakat Melayu yang rata-rata psikiknya bersederhana. Walaupun Islam itu sudah sinonim dengan Melayu, tetapi Melayu secara amnya tidak melampau faham kaum dan agamanya.

Kalau tidak, tentu negeri majoriti Melayu seperti Terengganu dan Kedah juga kawasan luar bandar di Perak, Johor dan utara Selangor sudah lama jadi deposit tetap Pas sebab termakan dengan agama yang 'dijual' oleh Pas! Pahit? Itulah realiti yang cuba Pas nafi.

2 comments:

  1. Biasanya orang muda panas baran. Bertindak tanpa berfikir. Menjaga adap dan akhlak jauh sekali.
    Sistem pondok yg digantikan dengan nama 'tahfiz' sekarang bercambah seperti crndawan tumbuh lepas hujan. Di 'Greater KL' kemunculan pusat tahfiz umpama industri baru dalam menampung graduan2 yg pulang dari Timur Tengah dan pondok-pondok di Kelantan dan di utara semenanjung.

    Bagi ibubapa yg siang malam mencari rezeki utk hidup di Lembah Klang ini, kemunculan pusat tahfiz dianggap jawapan kepada mengajar anak-anak terutamanya yg tak makan saman. Maka jadilah episod seperti di kebakaran di Keramat tak lama dahulu.

    Jangan terkejut ada budak 'drop out' tahfiz yg jadi gay akibat penangan tinggal diasrama pusat tahfiz. Walaupun akhlak meteka ini tak 'seberapa elok', tetapi mereka tetap menyokong apa saja yang berkaitan lslam. Sebab itu sudah ditarbiah dalam jiwa mereka.

    Maka tidak mustahil pengkaderan mereka dalam PAS yg menyebabkan pengikut PAS seperti apa yg ada sekarang ini. Perkara ini diburukan dengan tiada penekanan terhadap akhlak dalam PAS. Malahan, terdapat pemimpin senior PAS yg berkelakuan tidak menjaga akhlak menyebabkan perkara ini mrnjadi lebih buruk.

    Mana-mana org lslam yg betul pemikirannya akan tahu konsep 'king maker' ini tidak selaras dengan lslam. Sejak bila lslam mengajar umatnya menangguk di air keruh. Macam mana jika bersetuju dengan syarat PAS tetapi takkan PAS boleh menutup kilang Calsberg atau Kilang Guiness di Sungai Way? Kalau Genting Highland, tak payah tanya ler...

    Apapun, PAS lebih banyak beretorik dengan hajat yg tidak berpijak dibumi nyata. Memang Allah boleh jadikan apa saja tetapi Allah dah bagitau dalam Quran, Allah takkan mengubah nasib seseorang itu tanpa usahanya sendiri. Jadi, takkan bertanding 130 kerusi boleh mengubah nasib negara?? Nak jadi king maker utk tujuan tersebut? Mana prinsip lslam utk PAS jadi king maket?

    Memang tak menghairankan kalau ramai orang keluar PAS sebab perkara ini. Hanya yg tak cerdik sahaja yg akan wala' tak tentu hala dengan hala tuju PAS sekarang ni.....

    ReplyDelete
  2. Biasanya orang muda panas baran. Bertindak tanpa berfikir. Menjaga adap dan akhlak jauh sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...