Monday, February 26, 2018

Najib janji kosong, terdesak untuk terus berkuasa.

http://mb.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2018/02/tolm-675x400.jpg
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghapuskan tol hanyalah janji kosong dari kerajaan yang terdesak untuk terus berkuasa.

Menurutnya, rancangan memansuhkan tol adalah satu lagi janji pilihan raya dibuat Najib dan bukan pertama kali ditabur kepada rakyat.

"Dalam manifesto BN pada PRU13 BN berjanji kurangkan tol secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun. Janji itu masih gagal ditunaikan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pada Oktober 2015, 18 tol yang dikendalikan oleh 11 pemegang konsesi dibenarkan menaikkan kadar bayaran dengan beberapa jumlah kenaikan, sehingga RM2.30.

"Kata Najib, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain membenarkan kadar tol meningkat kerana pemansuhan memerlukan bayaran ganti rugi yang besar.

"Dan terus mengancam rakyat Malaysia, cukai perlu ditingkatkan sekiranya kerajaan menghapuskan tol," katanya.

Media sebelum ini

melaporkan Najib semasa sesi perkongsian Belanjawan 2018, berkata tol tidak memanfaatkan warga Malaysia dan seharusnya dimansuhkan.

“Kalau boleh, di mana tol yang boleh saya mansuhkan, saya akan buat. Ia hanya menyebabkan sakit hati dan kesesakan lalu lintas,” kata Najib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...