Thursday, March 29, 2018

Nidzam ganti Ramon Marcote?

https://assets.bharian.com.my/images/articles/RAMON_MARCOTE.jpg.transformed.jpg

KETUA Jurulatih Kedah, Ramon Marcote dilaporkan telah direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bermula hari ini.

Sumber KFA menjelaskan persatuan akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut dan Penolong Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof ditugaskan melatih Lang Merah buat sementara waktu.

Menurutnya, pengendali Sepanyol itu meninggalkan padang Stadium Sultan Abdul Halim petang tadi selepas dimaklumkan keputusan merehatkan beliau buat sementara waktu.

Beberapa keputusan tidak memberangsangkan pada saingan Liga Super selain tersingkir kempen Piala FA 2018 didakwa menjadi antara faktor KFA terpaksa mengambil keputusan tersebut.

Sesi latihan rasmi yang bermula hari ini diteruskan oleh Nidzam sebagai persediaan bagi menghadapi saingan Liga Sumber yang akan bersambung pada 13 April depan dengan menerima kunjungan Selangor di Stadium Darul Aman.

Sementara itu, Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin ketika dihubungi Sukan Sinar enggan mengulas lanjut perkara tersebut dan memaklumkan pengurusan tertinggi KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...