Saturday, March 17, 2018

Parti bersekongkol dengan DAP ibarat lembu kenyang: Hadi

Parti bersekongkol dengan DAP ibarat lembu kenyang: Hadi
SITI FATIHAH AWANG & ROSMIZA KASIM

KOTA BHARU - Parti-parti komponen yang bersekongkol dengan DAP ibarat ‘lembu kenyang’ apabila tidak berani untuk mempertahankan Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP secara terang-terangan menolak Islam dan oleh sebab itu Pas mengambil pendekatan bersendirian bersama Ikatan berdepan PRU14 kali ini.

“Kita akan bertanding bersendirian dengan Ikatan. Semua parti yang tidak pedulikan Islam, kita akan lawan. Berapa penjuru pun kita akan lawan.


“Mereka sudah memerintah terlalu lama. Pas bersama mereka semasa perjuangankan kemerdekaan, bersama perjuangankan agama Islam sebagai agama persekutuan. Maka bila Islam agama persekutuan, maka sepatutnya Islamlah yang memerintah,” katanya.

Beliau berucap di Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang dihadiri penyokong parti itu dari seluruh negara, malam tadi.

Lebih 10,000 rakyat negeri ini meluangkan masa kira-kira tiga jam untuk bersama-sama solat Isyak dan hajat seterusnya mendengar ceramah pada progam tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...