Saturday, March 31, 2018

Perjuangan dipajak Gadai UMNO..!

PERJUANGAN DI PAJAK GADAI UMNO


Berapa ramai guru-guru yang dihantar ke pendalaman, ada yang terpaksa berhenti kerja, anak-anak menjadi yatim, suami isteri berpisah kerana beranggapan inilah harga sebuah perjuangan.

Pimpinan begitu mudah khianat demi kelangsungan kuasa. Setelah penyokong bergolok bergadai, berhempas pulas menentang segala salah guna kuasa serta penyelewengan Umno selama puluhan tahun, hari ini mereka meneruskan misi berpakat dengan Umno dengan menggunakan pelbagai istilah seperti: Ta'awon, politik matang sejahtera dan terbarunya 'King Maker'..

Maka istilah-istilah ini di guna pakai sebagai satu cara 'hint' merujuk kepada urusan bersama Umno demi kelangsungan politik peribadi. Penyokong di perbodohkan demi mencapai hasrat naluri pemimpin yang tamakkan kuasa.


Suatu ketika dahulu ahli yang bertentangan dengan mereka di cop dengan pelbagai gelaran: Anwarinas, Jebon, Erdogan, agen DAP, barua, broker malah berlambak-lambak lagi sumpah seranah yang di lemparkan.

Kumpulan ini di tuduh sebagai pengkhianat serta menentang kepimpinan Ulama. Ulama sangatlah mereka kononnya dengan pelbagai 'make-up'. 'Caii' di gunakan ketika pemilihan untuk menyingkir ahli yang berlainan pendapat di peringkat cawangan, kawasan dan pusat.

Hari ini segala apa yang mereka lakukan semakin jelas. Akuan bersumpah Rafizi Ramli mahupun pertuduhan oleh Husam Musa "Pas terima duit dari Umno" langsung tidak pernah di cabar kesahihannya di Mahkamah. Tuan Ibrahim hanya mampu menyebut "Pas akan saman..!". Bila nak saman..? Kenyataan akhbar hanyalah retorik penyedap mulut.

Ahli bawahan di sogokkan dengan jawapan: "Ini fitnah.." Itu fitnah.." "mereka berniat jahat.." "jangan percaya pertuduhan palsu.." "Orang fasik membawa berita kena selidik dahulu.." Itu sajalah modal jawapan mereka untuk menyakinkan hati penyokong bawahan.

Apabila rakaman audio 'Pas ambil duit Umno' oleh Nik Abduh tersebar, apa jawapan beliau..? "Saya tidak akan saman.. kerana ingin mengumpul pahala.. ini fitnah sebagaimana video Anwar..". Lawak bukan..? Bicaranya terdengar kebudakan. Catatan dosa pahala menjadi pertaruhan.

Wahai Nik Abduh, kamu boleh menafikan apa saja tetapi sila ingat bahawa lambat laun kebenaran pasti akan menjelma. Itulah yang di lakukan pasti akan terbukti salah laku kamu secara terang.

Penyokong tegar kamu sudah mulai sedar dan rakyat mulai maklum bahawa kamu kini sedang berada di tebing kejatuhan setelah meletakkan perjuangan di pajak gadai Umno. Tunggu keputusan PRU14.

~#NieFeng

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...