Saturday, March 3, 2018

Petronas komited bayar kerajaan BN dividen RM19 bilion

Bernama

petronas
Petronas memperuntukkan RM55 bilion bagi perbelanjaan modal berbanding RM44.5 bilion pada tempoh sama.

petronasKUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited membayar dividen RM19 bilion kepada kerajaan pada 2018, berbanding RM16 bilion pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas memperuntukkan RM55 bilion bagi perbelanjaan modal berbanding RM44.5 bilion pada tempoh sama.

“Petronas terus memacu pengeluaran lebih tinggi dan kecemerlangan operasi meletakkan syarikat di kedudukan kukuh untuk melaksanakan strategi jangka panjang,” katanya semasa taklimat media mengenai prestasi kewangan 2017 Petronas hari ini.

Beliau berkata, Petronas akan memanfaatkan sepenuhnya aset serta memperluas perniagaan minyak dan gas utama menerusi model perniagaan bersepadu selain menambah asas sumber menjamin masa depan syarikat.

“Strategi ini membolehkan Petronas berkembang di rantau strategik seperti Asean, subbenua India, Asia Barat dan Amerika,” katanya.

Keuntungan bersih Petronas pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 melonjak 91.2% kepada RM45.4 bilion daripada RM23.8 bilion pada 2016.

Perolehan turut meningkat 14.6% kepada RM223.6 bilion daripada RM195.1 bilion yang dicatat pada 2016.

Perolehan lebih kukuh itu didorong harga jualan purata direalisasikan lebih tinggi diraih produk utama di samping kesan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...