Saturday, March 24, 2018

Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata lebih baik bekas perdana menteri itu membetulkan kerosakan lalu daripada berdoa semata-mata.

Mufti Pulau Pinang berkata taubat paling baik buat seorang ahli politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad ialah kembali membetulkan kezaliman dan kejahatan yang dikaitkan dengannya.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata orang Islam harus faham bahawa taubat bukan sahaja diucapkan melalui kata-kata seperti beristighfar tetapi yang lebih utama dilakukan dengan perbuatan dan amalan.

“Jika seorang hamba Allah yang pernah menjadi pemimpin atau pemerintah dan banyak melakukan kezaliman dan kejahatan ketika memimpin rakyat jelata dan memerintah negara, maka taubat yang paling baik ialah dengan menegakkan keadilan dan melakukan kebajikan jika dia berpeluang kembali berkuasa.


“Jadi jika Dr Mahathir ada berniat untuk bertaubat dengan cara yang demikian maka eloklah jika dia kembali memegang kuasa dan menjadi pemimpin negara sekali lagi,” katanya .

Wan Salim mengulas kenyataan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin baru-baru ini, yang antara lain menyeru Dr Mahathir masuk sekolah pondok dan bertaubat atas dosa-dosanya semasa memerintah negara selama 22 tahun.

Dr Mahathir, 93, yang mempengerusikan Pakatan Harapan, adalah calon gabungan itu untuk perdana menteri.
Salim berkata orang Islam yang baik mesti bertaubat daripada segala dosa dan kesalahan sementara kesempatan masih ada.
Oleh itu, sekiranya Dr Mahathir ingin kembali ke arena politik dengan hasrat untuk memperbetulkan kesilapan, maka tiada salahnya dari sudut pandangan Islam.

“Tetapi jika tujuan beliau hanya untuk kepentingan diri, keluarga atau kroni maka tindakan sedemikian adalah salah dan merupakan suatu yg tidak wajar dilakukan,”
katanya.

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi. Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di no Wa 085-254-384-488 rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
    Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB NYATA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...