Monday, April 16, 2018

Pengurusan Negara isu pokok PRU, kata Anwar

MALAYSIA DATELINE

Pengurusan Negara isu pokok PRU, kata Anwar
Rakyat diseru agar bangkit dan menolak rasuah dan kezaliman. dengan menolak Umno-BN dan memberikan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) menerajui dan mengangkat semula martabat Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya hari ini Ketua Umum PH itu berkata, BN meninggalkan isu paling utama yang mencengkam rakyat dala dua manifesto mereka iaitu Manifesto BN dan Manifesto Belia BN.

“Rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang terutama kerana perlaksanaan GST yang lemah dan menekan rakyat. Pengangguran meningkat, perumahaan rakyat terabai; kesenjangan dikalangan golongan kecil kaya-raya dan rakyat terbanyak terus melebar.

“Munasabahkah pemimpin BN berjanji lagi? Manifesto BN dengan sendirinya mempamerkan kegagalan mereka sendiri.

“Jika dirumuskan permasalahan yang diutarakan, kelemahan ketara adalah pengurusan kerajaan; kelemahan pemimpin dan kegagalan institusi pemerintahan di bawah pengendalian mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah negara, nama negara khusus Perdana Menteri, dicemarkan semua media utama antarabangsa apa yang pernah diungkapkan oleh The Economist sebagai “skandal terbesar yang melibatkan dana negara yang disiasat oleh lima buah negara.

Katanya ia sungguh mengaibkan apabila nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib diheret secara berterusan tanpa sebarang penjelasan munasabah.

“Apa yang dilakukan adalah kenyataan bahawa PAC – Parlimen telah membersihkan nama Perdana Menteri.

“Namun sejak itu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, keputusan mahkamah Singapura, siasatan Jabatan Peguam Negara Switzerland terus mengaitkan nama Jho Low dan bahawa 1MDB adalah di bawah kelolaan Perdana Menteri sendiri.

“Kedua, adalah skandal Felda, Lembaga yang dibanggakan kerana menyelamatkan masyarakat desa dari belenggu kemiskinan.

“Pendedahan beberapa tahun lalu menggempurkan kerana membuktikan wujudnya pengkhianatan di kalangan pimpinan dan pengurusan tertinggi Felda merompak harta peneroka.

“Mengapa penyiasatan terpendam dan kerugian berbilion ringgit dana Felda cuba dipadamkan dengan hanya siasatan dalaman.

“Maka suara pembela Profesor Melayu yang sentiasa mencanang soal hak dan ketuanan? Apakah pengkhianatan sebegini besar mampu dipandang ringan tanpa penyiasatan terbuka?

“Kita belum saksikan kesungguhan SPRM di dalam kedua-dua kes 1MDB dan Felda,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...