Thursday, May 24, 2018

Mukhriz mula mesyuarat Exco pertama

Mukhriz mula mesyuarat Exco pertama
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempengerusikan mesyuarat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pertama di Wisma Darul Aman, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.30 pagi itu dihadiri kesemua 10 Exco yang mengangkat sumpah, sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Sebelum mesyuarat Exco itu bermula, Mukhriz menyertai sesi bergambar bersama barisan Exco negeri pertama yang di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Buat kali kedua, Mukhriz mempengerusikan mesyuarat Exco sebagai Menteri Besar Kedah selepas kali pertama ketika bersama BN sejurus parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas melalui PRU13.


Bagaimanapun beliau mengumumkan melepaskan jawatan itu susulan krisis kepemimpinan yang berlaku dalam Umno Kedah, sebelum digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada PRU14, Adun Jitra itu telah menerajui Harapan untuk memenangi 18 dari keseluruhan 36 kerusi Dun. BN yang hanya memenangi tiga kerusi, manakala Pas memenangi 15 kerusi.

Harapan membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah, berdasarkan kelebihan kerusi yang dimenangi pakatan empat parti itu berbanding Pas yang memperoleh 15 kerusi Dun dan BN yang meraih tiga kerusi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...