Sunday, June 10, 2018

Pusat Zakat Kedah melarang pihak kutip zakat fitrah tanpa tauliah

LARANGAN MENGUTIP ZAKAT FITRAH TANPA TAULIAH KEPADA UMAT ISLAM DI NEGERI KEDAH


Lembaga Zakat Negeri Kedah menerima aduan daripada orang ramai berkaitan kutipan zakat fitrah yang dijalankan menggunakan resit sendiri bukannya resit rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Perkara ini bertentangan dengan titah Ke Bawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah yang mewajibkan semua umat Islam di Negeri Kedah menunaikan Zakat dan Zakat Fitrah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah selaku amil rasmi yang dinaungi oleh Baginda melalui Enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah 2015.

Justeru, tindakan ini adalah melanggar undang-undang Negeri Kedah seperti termaktub didalam Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah iaitu :

Menghina Atau Mengingkari Pihak Berkuasa Agama


“Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah perintah atau arahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat dibawah undang-undang ini.

Lembaga Zakat Negeri Kedah
23 Ramadan 1439H
8 Jun 2018 M

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...