Thursday, July 19, 2018

AMANAH, buktikan kamu parti Islam terbaik

 
Islam bermula dari pertengahan abad ke tujuh masihi. Sejak dulu lagi, parti politik bukanlah wacana yang boleh digunakan untuk mendukung cita-cita luhur Islam.

Malah konsep konsep seperti kabilah, kaum, mazhab, malah dinasti, pula yang tidak putus-putus dikaitkan dengan Islam dalam pelbagai acuan

Apa yang ketara dari kesan-kesan ini adalah Islam yang berpecah belah, bukan sahaja dari segi mazhab sahaja tetapi visi kesuluruhannya.

Misalnya konsep ummah. Seharusnya umat Islam harus bersatu, dan berdasarkan penyatuan sebegini membantu umat lain yang mungkin papa kedana, atau mengalami segala malapetaka duniawi, biar dari segi perperangan atau bencana alam.

Tapi realitinya pula agak berlainan. Umat Islam merupakan umat yang kucar kacir. Malah OIC atau “Organization of Islamic Cooperation” langsung tidak bermaya untuk menjadi sebuah organisasi yang boleh membela nasib umat Islam.

Pada saat ini, AMANAH merupakan sebuah parti politik yang berwibawa. Dengan lebih 11 menteri, iaitu menteri (5), timbalan menteri (5) dan ketua menteri (1), AMANAH merupakan satu-satunya parti Islam yang boleh menonjol lagi.

Hamas di Palestin telah tersepit di Israel. Ikhwan Muslimin sedang dikekang oleh Presiden Al Sissi di Mesir serta Saudi Arabia dan sekutunya.


Eh Nahda di Tunisia belum menunjukkan taringnya sebagai sebuah parti yang berkaliber. Malah Jamaat Islami di Pakistan belum matang lagi. Pas di Malaysia kelihatan hilang pedoman sama sekali kerana ingin bersekongkol dengan Umno.

Sekiranya AMANAH menjadi sebuah parti yang kakinya berpijak di bumi nyata, maka peluangnya untuk menjadi simbol Islam yang moden dan berkeupayaan amatlah tinggi sekali.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sopan dan tidak mempunyai perangai yang melulu. Timbalan presidennya Salahuddin Ayub pula amat berbudi bahasa. Khalid Samad pula tegas, dan sedang menangani pemasalahan Kuala Lumpur.

Ketiga-tiganya juga mempunyai hubungan yang akrab dengan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh.

AMANAH juga dihormati Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah, serta suaminya Anwar Ibrahim yang bakal menganti Tun Dr Mahathir Mohammad satu hari kelak.

Tetapi, AMANAH juga berada dalam situasi yang agak berbahaya. Sekiranya para menterinya tidak boleh memimpin kementerian mereka dengan telus, maka ketajaman mereka akan menjadi tumpul pula. Situasi ini boleh menganggu kelancaran pergerakan AMANAH.

Tun Dr Mahathir ingin mencapai hasratnya untuk membangunkan Malaysia dengan secepat mungkin. Pada ambang 93 tahun, kerjaya politik Dr Mahathir mungkin boleh bertahan sepenggal sahaja.

Dalam penggal ini, bukan manifesto 100 hari sahaja yang harus direalisasikan tetapi Visi 2020 juga, di mana Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bermoral dan membangun juga menjadi sasaran beliau.

Intinya, Tun Dr Mahathir tidak boleh mencapai segala gala ini selain daripada bantuan yang boleh diberikan tanpa berbelah bagi oleh AMANAH.

AMANAH merupakan tombak yang bakal menebusi kubu Pas dan Umno juga, dan sekali gus memecahkan monopoli mereka terhadap orang Malayu dan orang Islam yang masih terbawa-bawa dengan arus politik yang menyebelahi puak bangsawan, dan ahli ahli yang menpunyai pemikiran yang kuno.

Sekiranya AMANAH boleh membebaskan orang Melayu, dan umah Islam sejagat dari belenggu pemikiran yang terlalu konservatif, maka AMANAH akan menjadi tunjang pemikiran Islam yang terbaru di Malaysia dan seluruh dunia.



*Phar Kim Beng pernah menjadi pensyarah kanan Asia Timur dan perhubugan antarabangsa di Harvard University. Dia pernah berlajar sejarah, ekonomi antarabangsa dan teori strategi di University Cambridge.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...