Monday, July 16, 2018

Kafirkah HADI selepas mengangkat sumpah hari ini?

KESAN ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN


Parlimen Malaysia Ke-14 sebentar tadi selesai dengan upacara mengangkat supah Ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini sesuai dengan Peraturan Mesyuarat 5 seperti berikut :

Sumpah yang hendak dilafazkan mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan hendaklah dijalankan oleh Setiausaha dan tiap-tiap orang ahli yang mengangkat sumpah itu hendaklah menurunkan tandatangan dalam sebuah buku yang akan disimpan kerana itu oleh Setiausaha.


Teks Sumpah di dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut :

"Saya,........................................................................................, setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segalaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.".

Semua 222 orang Ahli Dewan Rakyat sebentar tadi mengangkat sumpah dengan teks yang sama.

Apa kesannya?

Kesannya ialah orang yang dulu kata Perlembagaan Persekutuan adalah peninggalan penjajah yang perlu ditentang, hari ini mengangkat sumpah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan peninggalan penjajah.

Dulu :

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Hari ini :

"Saya, Abdul Hadi Bin Awang, setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segalaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

Dengan angkat sumpah tersebut, Abdul Hadi Awang bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

Sejak Amanat beliau dulu menentang Umno kerana mengekalkan perlembagaan penjajah sehingga pagi ini bersumpah melindungi dan mempertahankan Perlembagaan, Perlembagaan itu tidak pernah dipinda strukturnya. Perlembagaan yang sama dulu dan sekarang.

Selain itu, sumpah hari ini juga menyatakan bahawa "saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segalaupaya saya".

Ini sumpah bahawa semua Ahli Dewan akan dengan jujur menunaikan kewajipan mereka di Parlimen. Lepas ini JANGAN PONTENG kerana PONTENG itu tidak melaksanakan kewajipan yang disumpahkan.

Kafir ke tidak?

Zulhazmi Shariff
16/07/2018
Batu Caves

5 comments:

  1. Haha
    Bagus zul
    Bukan per peringat sikit kot kot lupa

    ReplyDelete
  2. Da lama.kot.ayat.sumpah.ni.digunakan...knapa dlu xpulak dipertikai..dioersoal..hati.dh gelap la tuu

    ReplyDelete
  3. Isshh...kalau Syiah pun kita kata masih Islam takkan lah orang yg selalu dok mimpi jumpa macam Hadi Awang ni nak jadi kafir kutt..sampai dia pergi Iran dulu pun sebab konon nya dapat arahan drp Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpi.. tapi ini tidak bolih dijadikan hujah.. begitu lah yg di kata olih pemimpin PAS...ini di beritahu sendiri oleh Hadi pada dia...maka tak mungkin Hadi ni dah jadi kafir...

    ReplyDelete
  4. Tak kira Hadi atau sapa-sapa jugak la...PAS hanya layak jadi NGO saja...tak layak langsung masuk politik...yg menang d Kelantan dan Teganu pun kerana puak sesuku dia saja...

    ReplyDelete
  5. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

    Hat tu yg menyebabkan jadi kafir. Yg lain idak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...