Tuesday, July 17, 2018

Kelakuan Keluar Dewan.. Dah dikatakan ia kelaku jebon kenapa pakat ikut pula..!

RESPON KEPADA SYED AHMAD FADHLI (2)

(b) Urusan penamaan bukan melalui media tetapi Setiausaha Dewan "

Persoalan inilah yang sepatutnya SU Dewan jawab ketika YB Kota Bharu bangun bertanya meminta penjelasan.

Mengapa SU Dewan buat tidak endah apabila YB Dato' Takiyuddin bangun tadi.?

Tidak ada sebarang bukti pun ditunjukkkan yang memang benar Kerajaan sudah hantar surat pencalonan pada 2 Julai 2018.



RESPON

Apabila Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihanraya, urusan pertama Dewan ialah melantik Yang di-Pertua. Rujuk Peraturan Mesyuarat 1 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

1. Pada hari mula-mula diadakan mesyuarat Majlis selepas Pilihan raya dan setelah ahli-ahli berkumpul pada waktu dan di tempat yang ditetapkan dan setelah ahli-ahli duduk di kerusi masing-masing menurut syarat-syarat Peraturan Mesyuarat 2, maka Setiausaha hendaklah membacakan Pemasyhuran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memanggil mesyuarat dan kemudian daripada itu urusan-urusan yang hendak dijalankan pada hari itu termasuklah—

(a) Memilih Tuan Yang di-Pertua;
(b) Tuan Yang di-Pertua mengangkat sumpah mengikut seperti yang dibentangkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan;
(c) Ahli-ahli Mesyuarat mengangkat sumpah mengikut seperti yang dibentangkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan;
(d) Memilih Timbalan-timbalan Yang di-Pertua; dan
(e) Usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu-lalang kepada ahli-ahli Dewan,

dan setelah selesai urusan-urusan ini, maka Majlis akan ditangguhkan kepada apa-apa tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memasyhurkan sebab-sebabnya Baginda bertitah memanggil Parlimen.

Proses atau prosedur pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 4.

Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:

(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat.

(2) Seseorang ahli dengan berucap kepada Setiausaha, hendaklah mencadangkan seorang ahli lain atau seorang lain yang hadir jadi Tuan Yang di-Pertua dan hendaklah dikeluarkan usul “Iaitu .....................................................................................
(sebutkan nama ahli itu) dipilih jadi Tuan Yangdi-Pertua”. Cadangan ini hendaklah disokong tetapi tidak dibenarkan dibahas.

(3) Jika hanya seorang ahli atau seorang lain sahaja yang dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Setiausaha hendaklah memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena pilih, dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat. Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat.

Yang menjadi persoalan pihak Pembangkang semalam ialah “Adakah nama Yang di-Pertua diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 14 hari sebelum sidang bermula”

Mereka bangun terpekik terlolong dalam keadaan matang dan sejahtera berlandaskan dasar Islam yang mereka bawa membangkitkan Peraturan Mesyuarat 4 (1).

Persoalannya, adakah mereka faham perjalanan Dewan? Jika mereka faham Peraturan Mesyuarat 1, jelas bahawa semalam adalah proses melantik Yang di-Pertua Dewan, dan mengangkat sumpah. Apabila Yang di-Pertua Dewan yang mengendalikan Mesyuarat Dewan masih belum dipilih dan dilantik, Yang menjalankan proses tersebut adalah Setiausaha Dewan. Setiausaha Dewan tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan persoalan yang dibangkitkan kerana tugas Setiausaha hanya mengendalikan urusan memilih, melantik dan mengangkat sumpah Yang di-Pertua.

Syed Ahmad Fadhli merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 24 Jun 2013 semasa permulaan Majlis Mesyuarat Penggal Ke-13 di mana Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang ketika itu iaitu Shah Alam, Pokok Sena dan Sepang bangun mempertikaikan proses dan membangkitkan Peraturan Mesyuarat. Dalam Penyata tersebut jelas dan jelas juga yang di-Pertua ketika itu berkata :

"Datuk Setiausaha, sebelum kita meneruskan saya ada komen sedikit. Ahli-ahli Yang Berhormat ini mengenai dengan Peraturan Mesyuarat di bawah Perkara 59(1) Perlembagaan kita, pada hari pertama ini sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berhak untuk menyuarakan point of orders sebelum mengangkat sumpah, [Dewan riuh], sebelum mengangkat sumpah.

Kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat di sini adalah atas jemputan untuk memilih Tuan Yang di-Pertua dan tidak lebih daripada itu"

Syed Ahmad Fadhli hendak menunjukkan bahawa Shah Alam, Pokok Sena dan Sepang ketika sebagai Pembangkang juga melakukan perkara yang sama, jadi tindakan Pembangkang termasuk Kota Bharu semalam adalah wajar dan munasabah.

Syed, Pokok Sena, Shah Alam, Sepang itu adalah JEBON!!! Tindakan mereka ketika menjadi Pembangkang dulu adalah tindakan JEBON yang TIDAK MATANG dan TIDAK SEJAHTERA sebab itu mereka dihapuskan dari PAS selepas kejadian itu. 24 Jun 2013 mereka semua masih bersama PAS dan tindakan mereka tidak disenangi PAS ketika itu.

Bukan tindakan itu sahaja, Syed juga perlu buka Hansard Parlimen yang lain apabila JEBON-JEBON ini bangun keluar Dewan memboikot Bajet dan sebagainya, mereka dituduh TIDAK MATANG dan TIDAK SEJAHTERA.

PAS dan penyokong PAS seperti Syed mengkritik tindakan mereka yang keluar Dewan. Tetapi sekarang apabila Ahli Parlimen PAS tidak bersetuju dengan proses lantikan Yang di-Pertua Dewan, Ahli Parlimen PAS turut keluar Dewan kononnya boikot dan merujuk tindakan Jebon-Jebon dahulu mewajarkan tindakan Ahli Parlimen PAS semalam.

Kenapa mengikut cara JEBON keluar Dewan jika JEBON-JEBON itu tidak matang dan tidak sejahtera? Adakah Ahli Parlimen PAS sekarang ini sudah menjadi JEBON? Adakah sekarang baru sedar tindakan JEBON-JEBON itu dulu wajar?

Tindakan JEBON-JEBON itu dulu tetap tidak betul tetapi itulah JEBON. Sekarang yang memaki JEBON ikut jadi JEBON.

Peraturan Dewan tetap Peraturan Dewan. Yang salah tetap salah. Jangan hanya kerana dulu salah tak boleh sekarang bila kena kat awak, salah pun tak apa.

Proses Lantikan Yang di-Pertua Dewan

Pakatan Harapan telah menyerahkan nama Datuk Mohamad Arif Md Yusuf sebagai calon Yang di-Pertua Dewan kepada Setiausaha Dewan pada 2 Julai 2017.

Kemudian pada 6 Julai 2018 PH bermesyuarat untuk membincangkan calon Yang di-Pertua tersebut. Semasa mesyuarat, dimaklumkan tentang manifesto bahawa Yang di-Pertua hendaklah dari kalangan Ahli Parlimen, jadi nama Datuk Arif dibekukan walau pun telah dihantar kepada Setiausaha Dewan. Kemudian setiap parti mencalonkan nama lain. Apabila disedari bahawa tempoh 14 hari tersebut sudah tamat, maka hanya ada nama Datuk Arif yang diserahkan.

Adapun kenyataan2 di media oleh pimpinan parti hanya semata-mata melayan media yang bertanya.

TIDAK SEMUA yang dibincangkan dalam mesyuarat perlu didedahkan.

Zulhazmi Shariff
Batu Caves

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...