Friday, July 13, 2018

Nasib 2 presiden parti yang jadi pembangkang, Hadi kekal Najib out!!

Nasihat untuk pembangkang terutama sekali PAS

Aku mula-mula ingat bila dah habis PRU , pembangkang akan muhasabah la diri dan buat post mortem kenapa rakyat Malaysia tolak mereka dalam PRU. Tapi nampaknya UMNO sahaja yang berani mengakui skandal 1MDB and Najib Razak adalah punca kekalahan mereka.

Yang PAS pulak, dah la kalah hampir kesemua kerusi di Selangor, jumlah kerusi yang menang pun makin berkurang. Tak ada seorang pun yang berani dalam PAS yang suruh Presiden PAS untuk letak jawatan. At least dalam UMNO lebih berani sebab tu Najib Razak akhir nya akur dan letak jawatan.

Bila dah kalah, makin hari makin banyak pulak isu yang di mainkan oleh pembangkang. Semuanya 3R; Race, religion dan royalti. LGE jadi Finance Minister, TT jadi AG, Richard Malanjum jadi ketua hakim negara pun PAS nak bising atas alasan bermasalah pada umat Islam. Food for thought, mereka dipilih berdasarkan merit, seniority dan yang paling penting sekali DIBENARKAN DALAM PERLEMBAGAAN.



Sekarang ni apa yang penyokong PAS boleh buat ialah desak 18 MP PAS terutama sekali haji Hadi supaya bawa RUU persendirian untuk ubah perlembagaan negara yang mana Jawatan Menteri, Ketua Hakim, Peguam Negara kena semua Islam; kalau bukan Islam mesti terdiri dari kalangan Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. Itu pun kalau haji Hadi tak ponteng lagi la. Apa? Tak cukup majority nak bawak RUU persendirian? Dalam siding parlimen lepas pun tak cukup majoriti jugak tapi boleh aje Haji Hadi bawak RUU persendirian akta 355? Time tu bagi alasan “dah cuba, yang lain terserah pada Allah”, takkan kali ini berbeza? Cuba aja bawak RUU ubah perlembagaan supaya hanya orang Islam yang boleh pegang jawatan yang penting. Takkan tak percaya pada kuasa Allah pulak? Lagi satu kenapa time bawak akta 355 tu yang di sokong oleh Menteri Azalina, PAS tak persoalkan pulak jantina Azalina tu ; lelaki ker perempuan? Ker sebab time tu tengah sedap bertaawun dengan UMNO, sampai tak kisah tentang jantina Azalina?

Kalau penyokong nak tau itu fungsi sebenar Ahli Parlimen ialah untuk berdebat dan bahas undang2 negara. Bukannya di pilih jadi MP , lepas tu ponteng buat tahnik bayi , kuliah agama la. Parlimen juga tempat untuk membangkit kan isu rakyat, bukan macam Nik Abduh yang berkokok dalam facebook, tapi dalam parlimen macam kucing siam. Dah masuk parlimen buat homework. Janji jadi macam tantawi, orang bahas pasal kewangan asing, tantawi bising pasal pendatang asing . BTW, apa akan jadi bila SPRM siasat kes Audio Nik Abduh yang mengaku ambil duit UMNO ( Duit SRC) ? Mesti akan ada PRK pulak sebab duit yang di guna dari hasil haram adalah salah di sisi undang2 pilihanraya. Dr Sam, Takiri, Haji Hadi semua bersiap sedia lah untuk pilihanraya kecil.

Nak cerita pasal manifesto pulak. Majoriti yang sokong PAS di pantai timur ni sebab PAS berjanji nak laksanakan hudud. Infact hudud sebenarnya dah gazet dalam Dun terenggau dan PAS Terengganu dah berjanji nak laksanakan hudud kalau menang negeri. Tiba2 bila dah menang, hudud tak ke mana, boleh pulak dapat pelancong pakai bikini. Kenapa tak ada pun penyokong PAS yang keluar ayat Quran bantah kenyataan pelancong boleh berbikini di Terengganu?

Pasal LGBT, PAS ni macam budak nakal bawak tong kosong keliling kampung. Apa pun tak ada tapi bunyi bising aje lebih. Bila Menteri Agama ulas pasal LGBT haram tapi hak2 mereka sebagai rakyat tak boleh di nafikan, melompat puak PAS tuduh Menteri sokong LGBT etc. Tapi bila 2 orang pondan (scammer produk kecantikan timbang kati) Safiey dengan Sajat bergambar di Instagram yang lokasi nya di Kelantan, KENAPA TIADA TIDAKAN DARI JABATAN AGAMA ISLAM KELANTAN? Tangkap aje lah mereka berdua tu, kata Kelantan Negeri Islam. Ha tau pun bila dah jadi kerajaan, bukan semua benda boleh reteorik macam bila jadi pembangkang.

Pastu bila Menteri kata nak dekati golongan LBGT, PAS kata jangan bagi muka etc. Tapi bila dewan ulama PAS cakap benda yang sama 2015, tak ada pun PAS buat bising. Kenapa double standard? Ini lah yang di kata kan penjual agama. Contoh macam Siti Kasim tu, PAS bangga kata banyak ulama dan teknokrat, ajak la Siti Kasim berdebat dengan mana2 ulama PAS yang hebat. Baru kita boleh tengok kemampuan ulama2 PAS. Takkan syiah di iran boleh siap nak damaikan sampai haji hadi jual nama syeikh qardawi. Habis tu nak suh Ustaz2 wahabi macam ustaz salman jugak yang berdebat dengan siti kasim?

Pastu pembangkang bising pasal manifesto PH, yang mengundi PH macam aku tak kisah pun, bagi aku kalau PH dah boleh deliver 50% dari apa yang di promise pun itu 1000 kali lebih baik dari zaman BN. Cuba bayangkan kalau BN dan PAS menang tempoh hari dan PAS boleh jadi king maker macam perancangan haji hadi. Mesti sampai sekarang kita takkan tahu yang najib ada simpan duit sampai 1 billion dan haji hadi pulak boleh berpeluk2 dengan Najib atas dasar tawwun. Kalau la jadi king maker tu, AG, Menteri Kewangan, Ketua Hakim negara masih Islam tapi Islam yang korup.

Aku pun tak faham apa objektif penyokong PAS bermain dengan api perkauman. Adakah penyokong PAS suka huru hara yang mana setiap kaum akan prejudis terhadap satu sama lain? Islam mana yang PAS bawa? Bukan ker Islam yang ATGNA bawak dulu rahmatan lil alamin? Sejak bila pula perjuangan PAS jadi perjuangan bangsa? Yang pelik nya bila jamil khir salah guna duit zakat, PAS senyap. Bila Azeez salah guna duit tabung haji, PAS berpuas hati. Lepas tu 1MBD salah guna duit KWAP ( duit pencen penjawat awam yang majority orang melayu) pun PAS boleh berpuas hati.

IMHO, antara LGBT, petualang bangsa dan penjual agama; penjual agama lah lebih merbahaya untuk masyarakat. Fatwa mereka menyesatkan, mereka berbaik2 dengan pemimpin yang zalim, fatwa berubah2 ikut kepentingan tembolok mereka dan mereka sangat cintakan dunia. Kalau LBGT ni dosa bagi diri mereka sendiri dan kalau mereka bertaubat, itu urusan mereka dengan Allah. Petualang bangsa lebih kurang dengan penjual agama tapi sekurangnya mereka tidak menjual ayat2 Allah demi menghalalkan maksiat mereka.

Mohd Mukhlis Mohd Syarif
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155627614993317&id=504573316

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...