Sunday, July 15, 2018

Zaman Mahathir SAR ditutup, Zaman Tun M sekolah cina nak diiktiraf!!


Pemimpin Politik masih sembang atas soal bangsa dan agama, Soal Cina dan Melayu...Malam ni aku tak nak sembang pasal UEC.. tapi nak sembang pasl 4 Thanawi.. pasal I'dadi, dan Sijil STA(sijil Tinggi Agama)..

dulu Sijil Sijil Sekolah Arab ni tak Diiktiraf.. jangan kata nak masuk Universiti.. nak Kerja Kerajaan Pun tak laku..Jgn kata Sekolah Arab, banyak Sekolah dan maahad tahfiz Negeri dulu pun tak laku walaupun nama dia Diploma..tak percaya tanya Kazim, dia Sijil tahfiz Negeri jer..Gelaran al-hafiz tu bubuh sendiri.. Dulu dulu sapa sekolah Arab, ada mak bapak hat kata.. esok besar nak kerja apa..?

lepas tu barulah ia diangkat kedalam sistem pendidikan Negara.. Zaman aku dulu STA.. lepas tu jadi STAM.. masa tu STA ni tak laku.. Masa tu hat kelulusan ni cuma mampu pi Ngaji Al Azhar jer.. Jordan pun syarat dia ketat.. Hat tak mampu, Mak Bapak hantar pi Yaman, Syria.. ada hantar ke Madrasah kat Pakistan..ada pergi ker Acheh..



Bila Balik.. nak kerja Kerajaan tak boleh hat takda SPM.. jadi hanya mampu mengajar sekolah Agama Rakyat.. Gaji adalah RM 600-800.. Paling kuat jadi Guru Kafa.. jadi Imam ngan Bilal..

Bila Mahathir nak hapuskan SAR masa tu.. habis semua pakat marah,masa aku ngaji Izzudin, masa tu Senior.. Guru guru ajak demo bantah, Kononnya Mahathir nak hapuskan Sekolah Agama.. nak tindas Islam..walhal Mahathir nak naik taraf mutu pendidikan depa..

Bila Mahathir berhenti, Paklah jadi PM, Paklah mula perkenalkan program JQAF.. dari program ni lah hat dulu, Guru guru Sekolah SAR diterima masuk ke Sekolah kebangsaan.. Guru hat Sijil tak laku pun, diberi pemudah cara agar depa dapat jadi Guru Sekolah kebangsaan.. diberikan mereka kursus tambahan..

Ramai hat sertai JQAF ni lah sokong PAS.. hat Dulu belajaq Azhar, Pakistan dan Acheh.. Hat belajar kat Pakistan, Azhar ni majlis Konvo pun takda.. Sijil rasmi pun takda..pakat balik bawa sijil kertas jer.. takda sapa iktiraf..ramai dari depa kawan2 aku jugak.. hat ajak aku Demo lawan Mahathir kononnya nak hapuskan Islam..

Hat Ustaz hat jerit jerit nak pertahan kan Islam, bila dah diberi peluang jadi guru JQAF, hat diserap ke Sekolah bantuan kerajaan.. hat dulu gaji RM 600-RM800.. dah jadi gaji RM 2000- RM 3000.. hat ada Ijazah dapat lah RM 4 ribu.. Ustaz2 hat mcm ni ada lagi dalam PAS... tak sedar diri.. depa ajak lawan Kerajaan dulu sebab kata Tun nak hapus SAR..hari ni dah jadi Guru Kerajaan.. depa pulak jadi Hero bantah UEC.. tak sedar asal usul.. depa pun asalnya kelompok yang tak di iktiraf..

Lepas pada tu ramai Ustaz2 terjun lari dari SAR.. jadi Guru bantuan penuh kerajaan, Sekolah Kebangsaan.. sampai ada SAR terpaksa tutup dan pengurusan depa diserah kepada Kerajaan.. takda sapa nak kerja dengan SAR sebab gaji rendah.. rupanya ustaz hat sembang deras dulu.. rupanya Tuhan uji gaji tinggi sikit habis lupa diri.. gelap mata.. hat dulu bawa motor Honda petak, dah pakai Honda Civic..

Sekarang berapa kerat sekolah SAR kekal? banyak dah diserah kepada kerajaan.. hat Pemimpin,Mudir,Guru ni hat jerit Mahathir nak hapus kan SAR.. dan hari ini berlaku perkara yg sama..ada guru,mudir jerit Tahfiz nak dihapuskan.. Puak begini sentiasa muncul walaupun kebaikan nak diberikankepada depa dan Negara,,

Satunya aku bukan nak cakap pasal SAR... aku nak kembali kepada isu UEC, kenapa orang Melayu..orang Islam tak boleh berlaku adil ? dulu Sekolah agama juga tak diiktiraf kerajaan.. Dalam isu UEC ni,kita boleh setuju..boleh jugak tidak.. tapi berbincanglah secara Ilmiah.. bagaimana sistem pendidikan mereka boleh diintergrasi dgn sistem pendidikan Nasional..

apa masalah kita hari ini.. ramai sangat Ulama Jahat, Kelompok Khawarij..atas semua perkara depa nak nak mainkan isu kaum, soal bangsa dan Agama, bukan mereka berfikir apa yang terbaik untuk Pendidikan Negara..

Cuba fikir.. kalau takda Program JQAF.. takda pengiktirafan Kerajaan keatas lulusan pakistan,Aceh dan Al Azhar... apa jadi nasib depa hari ini ? jadi berfikir lah sebagai rakyat Malaysia ..berfikir lah demi negara.. kalau ada Kepakaran dari sistem UEC, kelebihan yang ada kita gunakan.. kalau ada kelemahan dgn hasrat pendidikan negara kita bantu dan perkuatkan agar dia selari dengan falsafah pendidikan negara... :)

Ahmad Muslim Badawi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...