Monday, August 20, 2018

DATUK MUSTAFA ALI SEKOLAHKAN PEMIMPIN PAS ERTI POLITIK MATANG

(17 Ogos 2018)

1. Kenyataan Datuk Mustafa Ali dalam wawancara di sebuah portal hari ini berkenaan janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi satu tamparan paling kuat kepada pemimpin PAS. Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat PAS itu seperti yang disiarkan dalam Malaysiakini hari ini, kegagalan kepada kerajaan itu adalah perkara biasa dan rakyat tidak boleh menghukum kerajaan sebagai 'penipu'.

2. Katanya lagi, HARAPAN dilihat cuba menyelesaikan perkara-perkara yang dijanjikan dan ada perkara yang dilaksanakan dengan begitu drastik seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

3. Kenyataan Datuk Mustafa Ali sama sekali bercanggah dengan kenyataan beberapa pemimpin tertinggi PAS termasuk kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam. Datuk Tuan Ibrahim dengan nada angkuh terus memberikan markah D kepada kerajaan HARAPAN seolah-olah kerajaan telah gagal dalam peperiksaan dan perlu mengulangi kertas peperiksaan itu.

4. Nampaknya Datuk Mustafa Ali lebih berpijak di bumi nyata dalam isu politik negara. Beliau adalah tokoh cerdik yang tahu landskap politik semasa berbanding pemimpin politik PAS yang lain. Boleh dikatakan majoriti pemimpin PAS mengambil sikap semberono (janji boleh serang atau tembak kerajaan HARAPAN) tanpa tahu fakta dan realiti. Bahkan, pemimpin PAS banyaknya emosional dan hanya mengikut rentak sentimen semata-mata. Walaupun kerajaan telah memberi banyak hujah yang perlu dalam menangguhkan kesemua janji 100 hari kerana kekangan masa, faktor kewangan di mana hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terlalu banyak serta memerlukan proses undang-undang tetapi pemimpin PAS terus bersikap bebal untuk memahami realiti.

5. Namun dengan hujah rasional Datuk Mustafa Ali memberikan sokongan kepada kerajaan bahawa untuk memenuhi janji tidak semua dapat dipenuhi seperti mana yang disebut sebelum ini, sebab ada perkara yang di janjikan tetapi berdasarkan perspektif masa itu. Beliau juga akui keseriusan dan kesungguhan menteri melaksanakan tugas. Selain itu, untuk menunaikan kesemua janji itu ia memakan masa, melibatkan proses undang-undang dan kos. Beliau dengan tenang 'sekolahkan' pemimpin PAS agar berfikiran lebih matang, cerdik dan memandang ke hadapan.

6. Pandangan dan kenyataan Datuk Mustafa Ali pasti tidak disukai oleh pemimpin PAS. Mungkin ada yang memberi pandangan bahawa itu kenyataan peribadi beliau dan tidak mewakili suara parti keseluruhannya. Walau apa pun, Datuk Mustafa Ali telah menjawab segala helah yang sengaja ditimbulkan oleh PAS bagi menimbulkan keributan politik dalam negara. Sebagaimana rakyat terbanyak, beliau optimis dan berfikiran positif demi kemakmuran negara. Semoga PAS masih ada lagi pemimpin cerdik dan bijak berpolitik seperti Datuk Mustafa Ali.

Dato Sabtu Bin Awab
Ketua Parti Amanah Negara
Kawasan Wangsa Maju

3 comments:

  1. dlu lain, sekarang lain...

    kinkohyo.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  3. Hello Everybody,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...