Tuesday, August 28, 2018

Gabungan PAS & UMNO bakal menjadikan Hj. Hadi sebagai PM selepas PRU15


BN menuju ke arah perpecahan apabila MCA mengumumkan akan bertanding atas lambang MCA bukan BN di Balakong.

Peranan PAS dalam ketiga-tiga PRK di Selangor nampak significant. Di Sungai Kandis, PAS menyatakan sokongan kepada BN. Di Balakong PAS mengarahkan ahli-ahlinya mengundi MCA. Di Seri Setia UMNO turun membantu PAS sebagai membalas budi PAS kerana memberi laluan di Sungai Kandis.

Di saat kelesuan BN menguruskan rumahtangganya. Pemimpin UMNO yang baru dilihat tidak berdaya menarik minat parti-parti komponen untuk terus berada di bawah satu payung. Muncul Haji Hadi berbincang dengan MIC. Ini memberi satu nafas baru dan segar kepada parti-parti pembangkang.


Jika Dr Mahathir bijak mencaturkan PH dengan membentuk PH + PPBM dengan beliau sendiri menjadi Perdana Menteri, kini Haji Hadi sedang menggunakan pendekatan yang sama dengan membentuk usahasama di antara BN + PAS dengan Haji Hadi sebagai calon Perdana Menteri jika kerajaan dapat dibentuk selepas PRU15.

Jika PH ketandusan pemimpin apabila Anwar Ibrahim berada di dalam penjara, muncullah Dr Mahathir yang mengisi kekosongan itu. Kini BN pula seolah-olah terumbang-ambing ketiadaan pemimpin yang berwibawa. Muncul Haji Hadi bakal mengisi kelompongan dalam BN setelah Najib disisihkan dari BN.

Dengan sokongan PAS, BN akan menemui sentuhan baru untuk terus melangkah dan merampas kembali kerajaan persekutuan dengan syarat, Haji Hadi perlu dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tanpa sokongan PAS dan Haji Hadi, UMNO akan terus tersisih dari politik tanahair dan BN akan terbubar.

ZA

4 comments:

  1. semuga hadi tidak jadi PM Malaysia, kerana pendekatan islamnya yg mengelirukan umat. dan lebih penting kerana beliau sgt pro syiah iran.

    "jangan sesekali benarkan syiah bertapak di Negara kamu"... ini pesan Sheikh Ali Assoubuni ulamak sunni Syria yg didlm senarai hukum mati oleh bashar laknatullah.

    jika hadi berkuasa, mungkin dia akan mula bermesra dgn syiah terutama iran. ini sgt2 bahaya.

    semuga Allah swt melindungi Malaysia dpd syiah laknatullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga orang perasan yg puak ULARmak nie...macam ada pengaruh Syiah...! tapi penyokong taksub PAS tetap buta pekak dan bisu.. nak buat lagu mana bila dok kagum dengan cerita...mimpi jumpa Nabi...!

      Delete
  2. Hahahahahaha... Lawak... Lawak...

    ReplyDelete
  3. Ha ha hadi awang hanya layak pintu funfair je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...