Saturday, September 15, 2018

Pas, Umno terpaksa bersama

 Umno Pas
SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan Umno dilihat sebagai satu perkara yang terpaksa dilakukan dalam jangka masa pendek bagi berhadapan dengan PH.

Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd berkata, kerjasama itu menarik seandainya gabungan Pas dan Umno menjadi polisi rasmi.

“Apa yang kita lihat daripada undi popular di PRU14, sebenarnya gabungan ini akan memberi kesan kepada negeri-negeri yang mempunyai majoriti Melayu.

“Jadi Pas perlu memikirkan dalam keadaan untuk survival dan sebagainya. Tapi pandangan saya, Umno lebih memerlukan Pas dalam keadaan sekarang sebenarnya,” katanya pada Siaran Langsung ‘Pas Pasca PRU : Apa yang berlaku?”, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, pada masa sama, parti tersebut perlu mengambil kenyataan bahawa kemenangan PH pada PRU14 itu bukanlah atas dasar kepartian.


“Kemenangan PH kerana ada undi protes, undi atas pagar dan adanya undi mereka yang marginal yang bukannya berpaksi kepada parti politik

“Impaknya kita akan nampak daripada eksperimen-eksperimen yang dilaksanakan selepas pilihan raya kecil (PRK) di Port Dickson,” katanya.

1 comment:

  1. Betul,PH menang dan berjaya jadi Kerajaan kerana undi atas pagar yg benci pada BN...cuma beza nya majoriti pengundi atas pagar tidak akan memilih PAS...kerana PAS jelas dipimpin oleh kumpulan Mr Bean yg pakai Ketayap,Serban dan Jubah... ada otak tapi takdak akai..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...