Tuesday, October 9, 2018

Oktoberfest: Kerajaan tidak terima sebarang permohonan, kata Menteri Wilayah

Oktoberfest: Kerajaan tidak terima sebarang permohonan, kata Menteri Wilayah

Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan untuk diadakan Oktoberfest yang diterjemahkan sebagai ‘pesta arak’ oleh sesetengah pihak, kata Menteri Wilayah , Khalid Samad.

Jika kerajaan menerima permohononan pun, pihak penganjur perlu mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, garis panduan perlu dipatuhi untuk memastikan umat Islam tidak menghadiri pesta itu dan bukan diadakan dikhalayak ramai, yang diadakan di premis berkenaan.

“Jika mereka mahu menganjurkan acara itu, mereka mesti membuat permohonan terlebih dahulu. Dan jika mereka membuat permohonan, maka mereka perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai sambutan Oktoberfest di dua lokasi yang akan diadakan di Mid Valley dan Kepong.


Kata beliau lagi, pihaknya akan mengesahkan sama ada pesta arak itu akan diadakan di dua lokasi terbabit.

“Kita akan pastikan dahulu… jumpa pihak yang akan anjurkan Oktoberfest. Jika nak buat kena buat permohonan dan ikuti sebagaimana di Selangor.

“Pertama sekali, kami akan mengesahkan berita mengenainya terlebih dahulu sama ada pesta itu diadakan atau tidak,”katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, setakat hari ini DBKL tidak menerima sebarang permohonan dakwaan Oktoberfest itu akan diadakan di mana-mana premis di Mid Valley atau Kepong.

Bagaimanapun ketika diajukan pertanyaan dakwaan penganjur sudah pun mendapat kebenaran daripada DBKL untuk mengadakan sambutan Oktoberfest di Kepong, beliau yang baru dilantik sebagai Datuk Bandar berkata, perkara itu tidak dapat dipastikan dan pihaknya akan mengesahkan terlebih dahulu dakwaan tersebut.

“Setahu saya kita pastikan mereka perlu mendapat lesen dahulu sekiranya mahu menganjurkan Oktoberfest dan ada garis panduan yang perlu diikuti,” ujar Nor Hisham ringkas.

Pada 17 September tahun lepas DBKL menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijadualkan diadakan pada 6-7 Oktober tahun itu.

DBKL dalam kenyataannya ketika itu berkata, ia menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos 2017 untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam tetapi tidak meluluskannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...