Wednesday, November 21, 2018

ICERD | Kenapa semalam baru Najib dedah hasil J/k Teknikal ICERD dizaman beliau?

ICERD | Kenapa semalam baru Najib Razak dedah hasil Jawatankuasa Teknikal ICERD dizaman beliau?

Bila suhakam dedah perangai kerajaan dulu berkaitan ICERD barulah Najib Razak keluar kenyataan hampir tengah malam tadi.

Rupanya zaman Najib Razak siap tubuh Jawatankuasa Teknikal berkaitan ICERD yang dipimpin sendiri oleh seorang ketua jabatan. Bukan setakat ditubuh malah turut dilapor dalam satu laporan jabatan tersebut pada 2015.

Najib Razak dengan bangga beritahu pada rakyat Malaysia khususnya melayu malam tadi selepas kajian dibuat maka kerajaan dahulu mengambil sikap untuk tidak memulakan ratifikasi berkaitan ICERD kerana ianya tidak sesuai untuk Malaysia.

Mengapa "hasil" kajian itu tidak didedah sebelum ini dan kenapa hanya malam tadi?


Begitulah bagaimana stratergi UMNO BN berjalan. Pasca PRU 14 melihat UMNO BN hanya berlegar dalam isu sentimen melibatkan bangsa dan agama. Bermula dengan Peguam Negara sehinggalah ICERD mereka hanya mahu sentimen rakyat khususnya melayu dibuak-buakkan.

Mereka menggunakan kelemahan itu sebagai alat untuk berkuasa semula pada PRU 15 nanti. Namun mereka lupa ada isu lebih besar yang perlu mereka jawab. Lihat bagaimana Khairy Jamaludin dalam temubualnya bersama Utusa menegaskan bahawa selagi isu 1MDB tidak seleai maka selagi itu rakyat tak akan percaya pada UMNO dan BN.

Sebab itu saya dari dulu menulis perlunya rakyat dididik dengan ilmu berbanding sentimen. Mengapa kita hanya melihat Perlembagaan Persekutuan tanpa kita melazimi Rukun Negara.

Muhammad Syafiq Azmi

1 comment:

  1. Tgk isu 2.6b. 1mdb Contoh terbaik Kenapa najib umum benda ni. Mungkin Dia ni pahat kot. Sekali ketuk baru jln, Dan kalau tak ketuk. Mati hidup balik pun tak ambik pot. Org jenis dah tunjuk bukti, tonyoh Kat Muka baru nak mengaku. Kalau org tak Dedah, Dia diam je la Pasal dpt keuntungan. Org sebok dgn rasis hingga lupa dgn kes mahkamah yg melambak lambak. TaK lupa wak Jahit ni. Dia champion la kes mahkamah. Tu point Dia la. Yg puak lebai plak. Ade isu, buat himpunan. Jual air liur, masyuk... Tin Milo.... Yg bodoh pentaksub melayu. Dah la kena keluar duit sendiri, Minyak, makan, berjemur. Tin Milo nak kena hulur. Itulah Malaysia ku... Org dulu berhimpun utk kebaikkan, melawan perosak negara. Yg ni utk Cetus pergaduhan sesama rakyat Malaysia. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...