Sunday, November 4, 2018

KULIAH SUBUH YANG MEMBAZIRKAN MASA UMMAH


Saya memohon maaf kepada saudara Islam yang menjadi AJK dan ahli kariah Masjid An-Naajihin, Bandar Baru Permaisuri, W. Persekutuan kerana atas komen saya di sini mengenai kuliah Subuh yang disampaikan pada pagi Ahad (4 Nov 2018).

1. Penceramah tiada kualiti! Beliau merapu membazirkan masa jamaah yg sangat bernilai!

2. Beliau cuba membawa "politik Islam" bersifat kepartaian ke dalam ceramahnya, tetapi oleh kerana kekurangan ilmunya mengenai fakta dan kefahaman yang sempit dan ketinggalan bas, ceramahnya sangat boring dan tidak bernilai bagi penduduk bandar!


3. Terdapat unsur tidak sihat di mana ayat-ayat Quran mengenai ancaman masuk neraka telah dibacakan dan dirujuk kpd politik semasa dalam negara! Walaupun tidak sebut nama parti, amat jelas sindiran yg tidak menasabah telah dilemparkan kepada kerajaan HARAPAN!

4. Nama seorang menteri perempuan bukan Islam telah disebut dikaitkan fitnah dakyah Kristianisasi.

Saya berharap JAWI ambil tindakan tegas dan segera mencegah perkara sebegini berulang di Masjid An-Naajihin dan juga mana-mana masjid dan surau!

Kamal Koh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...