Thursday, November 1, 2018

Mahkamah Tinggi tolak rayuan Bendahari Pas batal bayaran denda RM200K kepada Timb Pengerusi AMANAH Perak


Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan menolak rayuan Bendahari Pas Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pesuruhjaya Pas Perak itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

Walaubagaimanapun peguam Razman memohon agar bayaran ganti rugi sebanyak RM200 ribu ditangguhkan kerana pihak Razman ingin merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...