Thursday, November 29, 2018

Mapim seru Pas-Umno tidak teruskan himpunan bantah ICERD

Mapim seru Pas-Umno tidak teruskan himpunan bantah ICERD

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) har ini mahu penganjur demontrasi Bantah ICERD pada 8 Disember depan mengambil pertimbangan dan penelitian secara bijak sana sama ada meneruskan atau membatalkan perhimpunan umat Melayu dan Islam itu di Dataran Merdeka.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,memandangkan wujud konteks semasa yang tidak kondusif, perhimpunan tersebut adalah wajar dipertimbangkan semula.

“Adalah sangat penting suasana yang boleh disalahguna diambil kesempatan oleh golongan yang mahu mencetuskan huru hara perkauman dan agama untuk meneruskan ketegangan.

“Inilah masanya semua pihak mencari pendekatan damai dan tenang untuk meletakkan kepentingan negara pada keutamaan tertinggi.

“Setelah keadaan dapat dijamin, kami berpendapat isu Icerd boleh dihurai dengan lebih tenang, apatah lagi kerajaan telah memutuskan tidak meratifikasi Icerd.

“Ruang dan kesempatan lain boleh diguna untuk membincang dengan pihak kerajaan untuk menyemak semua perjanjian antarabangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.



Satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Penganjurnya Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mahu memastikan sekurang-kurangnya 500,000 berhimpun untuk membantah ICERD.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari dipetik berkata tiada keperluan untuk pihak yang berkenaan himpunan itu kerana kerajaan telah mengumumkan untuk tidak meratifikasi konvensyen itu.

Pada 23 November lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Icerd dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya dilaporkan berkata perhimpunan di Dataran Merdeka pada 8 Dis ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man juga dilaporkan berkata perhimpunan tersebut akan diteruskan walaupun Pas menyambut baik keputusan kerajaan tidak mengiktiraf ICERD.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pula dilaporkan berkata Umno akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda “terima kasih” terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD Umno.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/mapim-seru-pas-umno-tidak-teruskan-himpunan-bantah-icerd/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...