Tuesday, December 11, 2018

Benarkah PH dah gadai TABUNG HAJI kepada cina DAP seperti kata walaun?

Aset Tabung Haji Diletak Di bawah Seliaan dan Kawalan Bank Negara Malaysia

Bermula Januari tahun depan aset TH bernilai 19.9B akan diletak di bawah seliaan dan kawalan Bank Negara Malaysia sebahagian daripada langkah pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

Penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) pada bulan ini bagi mengambil alih, memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset yang menunjukkan prestasi lemah.

Menurutnya, antara langkah yang akan diambil SPV berkenaan adalah menjual aset yang tidak menunjukkan prestasi baik bagi memulihkan kedudukan kewangan TH.

Secara tiba-tiba, timbul isu para Lebai bangkitkan institusi memegang deposit terbesar orang Islam Malaysia akan diletak di bawah kawalan menteri bukan Islam, saya percaya dirujuk kepada Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng.


Sebelum kita keliru dan tersalah arah dengan dakyah tanpa asas ini, ingin dijelaskan bahawa Bank Negara Malaysia adalah sebuah entiti dan institusi yang bukan di bawah kawalan Kementerian Kewangan.

Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa monetari yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara.

BNM dtubuhkan pada 26 Januari 1959, dan dikawal selia perjalanannya di bawah Akta Bank Negara 2009.

Antara objektif penubuhannya adalah:

✅ Menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh

✅ Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan

✅ Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut

✅ Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan Negara

Bank Negara Malaysia diketuai lapan ahli Lembaga Pengarah, ahli ex-officio Lembaga ini termasuk Gabenor, Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Gabenor BNM dilantik Yang Dipertuan Agong dan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Sebelum membuat sebarang tuduhan melulu, semak dan cari fakta yang betul sebelum kita dianggap naif dalam memahami sesuatu isu dilontarkan dan ditelan bulat-bulat tanpa sebarang proses semak dan nilai.

Mohd. Fikri Abd. Rahman
Kanun Kedah
11 Dis 2018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...