Wednesday, December 12, 2018

PH Perintah 7 bulan tapi menteri penerangan dengan unit media mereka dianggap GAGAL & LEMBAB

Buat pemimpin2 PH
DI MANA KELEMAHAN PH?

Bila PH menguasai kerajaan sepatutnya BN dan PAS mudah dilumpuhkan dlm ingatan dan kesetian org Melayu tetapi sebaliknya berlaku walaupun pada hakikatnya UMNO Sabah kini hampir lumpuh.

Pertama Tun Mahathir sebagai PM juga mempunyai kelemahannya walaupun beliau dilihat hebat berjaya mengetuai PH menumbangkan BN. Tun silap melantik beberapa Menteri Kabinetnya sepertimana dia akui tersilap melantik Pak Lah dan Najib dahulu. Tun dilihat tidak berbisa seperti dahulu... mungkin faktor usia.

Antara kesilapan besar Tun apabila dia melantik Gobind Singh sebagai Menteri Multimedia. Ia sebenar adalah Kementerian yg sgt penting dlm membantu meningkatkan imej PH dan melemahkan BN.

Gobind Singh bukan org media, bukan org Melayu dan bukan pakar strategi politik yg baik. Lebih parah RTM sendiri dikuasai oleh org Melayu yg masih ramai pro kpd BN.


Peranan media sgt penting utk org Melayu. Byk isu 'bola tanggung' tetapi gagal dimanfaatkan oleh PH menerusi Stesen RTM mahupun TV3. Memang kita mahu mengubah dasar kpd pro demokrasi di mana pembangkang boleh muncul di kaca TV. Saya setuju tetapi bukan membenarkan mereka menghentam kerajaan setahun jagung ini.

Hinggakan DAP makin dibenci.. sepatutnya inilah masanya kerajaan PH menggunakan Media utk memulihkan imej DAP yg dicalarkan BN yg bertahun tahun lamanya membina persepsi hingga org Melayu percaya Cina DAP itu jahat. Sedangkan 80% pengundi MCA dan Gerakan berubah angin mengundi DAP utk perubahan Malaysia.

Gobind mesti melantik bekas2 org Media yg pro PH utk mengambil alih tugas sebagai Penerbit Berita mahupun Pengarah di Kementerian tersebut. Selain melantik Editor2 pro PH bagi memastikan strategi BN diguna pakai oleh PH.

Contoh isu ICERD. Bila Hadi menerangkan himpunan itu Fadhu Ain sedangkan dulu dia mengharamkan demontrasi diadakan ( sebagai contoh ) ... wartawan2 RTM mahupun TV3 ( walaupun TV3 di bawah Media Prima tetapi masih dlm kawalan Menteri Multimedia dan KDN ) dikerahkan utk menemubual Mufti2, Ustaz2 dan Pensyarah2 dan org ramai yg pro PH. Ini tidak... yg lebih di war warkan kerajaan membenarkan himpunan diadakan. Sedangkan dulu Himpunan Bersih selama sebulan di Buletin TV3 rakyat ditakut takut dgn tangkapan oleh pihak polis.

Lihat akhbar Berita Harian hari ini memainkan gambar perkahwinan Dyana dan Zairil dgn meletakkan gambar Lim Kit Siang sedang menepung tawar... akhirnya netizen menyindir adakah Lim Kit Siang yg menikahkan mereka. Siapa Lim Kit Siang dlm kerajaan utk gambar dipilih oleh akhbar Berita Harian? Sedangkan MB Perak, MB Selangor, Menteri dan Timbalan Menteri hadir pada majlis tersebut. Media cuba melahirkan persepsi . Org bukan Media mungkin menganggap gambar itu biasa tetapi saya sebagai bekas org Media ia bukan sekadar gambar biasa. Ia gambar yg nakal.

Sedangkan byk perkara2 yg baik telah dibuat oleh kerajaan PH tetapi tidak dihebahkan dgn secara meluas. Contoh betapa prihatinnya PH bila menghapuskan GST, betapa prihatinnya PH bila mengawal harga minyak, betapa prihatinnya PH bila mendengar suara rakyat mengenai IPTTN dan prihatinnya PH bila menolak ICERDS.

Bila tgk akhbar dan berita seolah olah kerajaan tidak berubah. Berita hanya melaporkan. Tidak seperti dulu merencanakan pelbagai isu utk memastikan org Melayu menolak kerajaan PH.

Kerajaan PH mesti ingat yg mengundi mereka dahulu org Melayu hanya 40% yg kebanyakkan golongan profesional atau yg tinggal di bandar. Kemenangan PH banyak dibantu bangsa Cina dan India serta rakyat Sabah.

Kini dgn mudah BN memperkotak katikkan PH. PH tiada strategi media. Hanya mengharap 'editor/penerbit bertalam dua muka'. Selepas 13 Mei kerajaan BN dahulu sgt cekap dlm mengawal sensitiviti kaum dan juga begitu cekap memainkan isu perkauman mengikut masa dan keadaan.

Dlm perkiraan saya ada 30 kawasan Parlimen dan berpuluh puluh kawasan DUN bakal ditawan oleh BN dan PAS.

Jika BN berjaya memecahkan PH dgn membodohkan ( mempengaruhi ) PAS... kerajan PH masih bermimpi dgn slogan demokrasinya...

Lebih parah yg lebih jelas mereka2 dahulu yg byk menulis menghentam BN kini diam membisu bila diberi pelbagai jawatan oleh parti. Yg org mcm kami inilah yg hari2 menulis mempertahankan kerajaan 'lembab' ini. Akhirnya ramai juga rakan2 saya yg mengundur diri daripada menulis secara aktif.

Pemerhati PH

1 comment:

  1. Betui tu....Dlm Hal media....PH mmg lembak....menteri x ada idea..dok sibuk on internet charge...contoh RTM Perlis masih lgi bawah BN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...