Wednesday, December 5, 2018

Selepas ICERD dikatakan nyamuk denggi, agenda Freemason kini Hadi kata lembu tak disembelih pula..!

Selepas memberikan perumpamaan ICERD seperti nyamuk denggi, agenda Freemason, Hj Hadi sekali lagi memunjukkan Kejahilannya bila memberikan perumpamaan ICERD bagai Lembu tidak disembelih.. Begitu Tingi Mantiqnya ketika mana meluahkan rasa Dendam..

Dibahaskan pula kenyataan Tun Mahathir tentang perkataan Mustahil, ditakwilkan ICERD umpama sifat mustahil bagi Allah dan Rasul.. apa lagi sifat mustahil bagi makhluk berbeza.. lepas tu kata Hj hadi, perjuangan menentang ICERD umpama Fardhu ain.. Dah standard guru KAFA pulak Hj Hadi ni bicara soal Fardhu Ain dan Kifayah..


kalau Haji hadi tak faham, meh aku nak bagi faham..

2- BEZA PERKARA I'TIQADI dan IJTIHADI..

Jangan letak rendah sangat kelimuan TG Hj Hadi tu.. Dalam soal ICERD ini, ia bukan menyentuh Soal Aqidah, atau dipanggil perkara I'tiqadi.. tetapi menyentuh soal perlaksanaan, Iaitu perkara Ijtihadi..

Mengikut kaedah Fiqh..Persoalan Siyasah sama dengan Muamalah.. dalam Soal Muamalah, asal sesuatu perkara melibatkan hukumnya adalah harus.. ia haram bila datangnya dalil mengharamkannya..

الاصل في المعا ملة الاباحة الا ان يدل دليل علي تحريمها ...

Bila tidak datang satupun dalil Qati'e atau perintah dari Quran dan Sunnah atas "haram" sesuatu perkara maka hukumnya adalah harus..

Begitulah dalam soal haram dan halal sesuatu perkara.. bila tidak ada satu dalil yg jelas, hukum bole berubah.. Sebagaimana kaedah Fiqh menyebut..

لاَ يُـنْـكَرُ تَـغَـيُّرُ الأَحْـكامِ بِـتَـغَـيُّرِ الأَزْمَـان

Tidak boleh ditolak bahawa perubahan hukum hukum dengan perubahan zaman....

Begitu juga perubahan Tempat dan suasana keadaan..

بتغير الزمان والمكان والأحوال ...

3. HARAM LIDZZATI dan LIGHARIHI..

sama seperti haram Babi ,Haram arak dan Rokok.. Biarpun Ulama menfatwakan haram merokok, bukan disebabkan zat Rokok itu haram.. tetapi faktor selainnya terutama menyentuh kesihatan dan pembaziran yg jadi amalan Syaitan..

Di dalam Fiqh ada perbahasan Haram lidzzati atau haram Ligharihi.. Begitu juga Haram aini dan haram sababi.. ada Haram atas sesuatu itu atas zat dia seperti babi dan arak, ada pulak haram atas sebab tertentu.. sama lah perbahasan Haram dan hukum dalam menyentuh Anjing..

Bukan kah PAS sendiri menyentuh dalam Soal Politik ia perkara Mutaghayyirat.. Dalam konteks iCERD, Jika sifat Mustahil yg disebut Hj Hadi disamakan mustahil bagi Allah dan Rasul, dah pasti negara Islam lain seperti Saudi,Qatar,Iran,Palestine termasuk Indonesia tidak meratifikasikannya..apakah ini negara islam yg ditaja Freemason ?

sebenarnya ia takda kaitan pun dengan sifat mustahil bagi Allah, entah mcm mana Hj Hadi boleh tergelincir sampai ke situ..

4- ANTARA ICERD DAN RUU 355

Jika mudah fahamnya.. samalah dalam soal da proses Taqnin(RUU355), dan meminda Akta355(RUU 355).. begitu juga dalam konteks ICERD, tidak mustahil bagi Saudi melaksanakan Undang2 Isalam(Hudud), dan mustahil bagi Malaysia atas sebab Waqi' uruf setempat.. bukan soal Akta 355 itu fardhu ain atau Kifayah, Perlaksanaan itu adalah perara Ijtiadi..

Kata Hj Hadi, dia nak ajar menteri.. kerana ada yang masih berbicara soal ICERD, Hj Hadi kena jelas.. Keputusan Kerajaan itu kalau bab hukum Fiqh, dah kira Ijma', atau dikira sebagai pandangan Jumhur(menteri Kabinet).. Jadi terima sajalah.. kalau ada pandangan selain itu.. ia perkara biasa dalam mana mana mazhab pun...

5- MUSTAHIL DARI SUDUT PERLEMBAGAAN

Sama lah ketika Pakatan Rakyat dan bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud, sebab apa ? sebab Mustahil bukan sebab kita menolak Quran dan Sunnah.. Tetapi sebab mustahil dalam konteks perlaksanaan, mustahil disebabkan ada halangan dari sudut perlembagaan, hatta ICERD pun yg jadi pertikaian menyentuh soal tafsiran perlembagaan..

jadi fahamkah Hj Hadi, maksud Mustahil dimaksudkan Tun mustahil dari sudut perlembagaan, bukan mstahil dari Sifat Allah dan Rasul..Itu dah melalut..

Seperti aku kata sebelum ini ICERD pada sudut prinsip nya baik, tapi dari sudut Politik.. bimbang akan ketidakstabilan Politik, persediaan kerajaan.. mengambil kira kaeda Fiqh sadd adz-dzari’ah (سد الذريعة) , elok lah ia dibatalkan..

6- PANDANGAN MENTERI LAGI HIKMAH DARI HJ HADI..

Kalau nak ajar Menteri langsung tak boleh bercakap dan memberi pandangan...kena keputusan kolektif sebagai Kerajaan, dulu masa dalam Pakatan Rakyat, Jumhur Presiden Majlis Pakatan setuju Wan Azizah jadi MB Selangor..tapi Hj Hadi juga berbeza pandangan, sampai mengatakan taknak sokong Wan Azizah sebab taknak heret ahli PAS ke Neraka Jahannam.. kenapa masa tu Hj Hadi tak taat keputusan bersama ? siap menentang lagi..

Dalam soal RUU 355 pun dulu.. Bila Pakatan Rakyat ada keputusan bersama, Pemimpin PAS..parti PAS masih bebas bercakap..memberi pandangan tentang Hudud.. Itu kami pun takda masalah.. itu bukan pendirian Pakatan rakyat..sama lah seperti ICERD..

Jadi sebelum Hj Hadi nak ajar Menteri kononnya, didik lah nafsu sendiri..jangan Bongkak,Takbur dan sentiasa merasakan aku lah yang paling betul.. aku lah yang paling Alim.. sampaikan soal dan ritual agama lain pun nak disentuh..

Jangan Nanti jadi seperti kelompok Ruwabidhah.. Bila ditanya kepada Nabi, Siapa kah kelompok ini.. jawab Nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ..

“Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat umum...”

Ipohmali

1 comment:

  1. Aku akan menang kalau berhujah dgn Cerdik Pandai , Tapi Aku akan kalah jika berdebat dgn manusia Yg jahil. Dari dulu benda ni dah Ada. . Ape nak heran...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...