Friday, December 7, 2018

Tuanku Sultan Nazrin tegoq kelompok Melayu yang taksub & ashabiyah!


Alhamdulillah.. Apa yang sentiasa diingatkan aku akan bahaya kepada masyarakat Melayu kelompok pentaksub dan Ashabiyah, dan aku ingatkan orang Melayu hanya mampu dibangunkan mereka dengan Ilmu dan kefahaman beragama.. Ummat Melayu harus keluarkan dari kemiskinan..

Akhirnya dititahkan oleh Sultan yang bijaksana, Sultan Nazrin Shah..Sunguh tajam dan halus apa yg cuba disentuh.. Dalam titahnya semalam.. dipetik Sultan Nazrin berkata..

“Tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah, kerana umat Melayu telah kehilangan semangat ukhwah, umat Melayu telah lemah jati diri, umat Melayu semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan, umat Melayu semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.


“Budaya berpolitik yang sedang berlaku di bumi warisan bangsa ini, telah menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah, menganjurkan pemikiran yang lebih mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan, daripada kepentingan menerima kebenaran; mencanai minda yang lebih mementingkan kumpulan, daripada kelangsungan ummah yang lebih menyeluruh.

“Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri,” titah baginda...

Ya inilah yang dingatkan Nabi.. Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga antara mereka yang memmbenci dan memerangi kelompok pentaksub dan Ashabiyah..

Nabi Mengingatkan kita..

ﻭﻣﻦ ﻗﺘﻞ ﺗﺤﺖ ﺭاﻳﺔ ﻋﻤﻴﺔ، ﻳﻐﻀﺐ ﻟﻠﻌﺼﺒﻴﺔ، ﺃﻭ ﻳﻘﺎﺗﻞ ﻟﻠﻌﺼﺒﻴﺔ، ﺃﻭ ﻳﺪﻋﻮ ﺇﻟﻰ اﻟﻌﺼﺒﻴﺔ، ﻓﻘﺘﻠﺔ ﺟﺎﻫﻠﻴﺔ

“Barang siapa mati di bawah bendera kebutaan(Panji Buta), Marah kerana ashabiyah, berperang kerana ashabiyah atau mengajak kepada ashabiyah, maka mati mereka seperti mati jahiliah”

(HR Ahmad dan Muslim )

Telah bertanya kepada Nabi.. Seorang Sahabat kepada Nabi..Daripada Wa’iah bin al-Asqa’ katanya :

قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ الله! مَا العَصَبِيَّةُ؟ قَالَ : أَنْ تُعِيْنَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ

Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah itu Ashabiyah?. Lalu sabda baginda , Engkau menolong kaum mu di atas dasar kezaliman...

Tazkirah Jumaat 7 Disember 2018

Ipohmali..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...