Tuesday, January 8, 2019

Duhai pimpinan PH.. Jujurkah Malaysia Baru?

Di sebalik kebanggaan Malaysia Baru, ada gejala tidak sihat apabila sebahagian Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen bukan Melayu dilihat masih terkepung dalam sentimen perkauman.

Buktinya?

Sidang media pada 26 November 2018 di lobi Parlimen yang menyalahkan polis ekoran rusuhan ganas di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya dihadiri oleh:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy - pernah memfitnah di Belanda menjaja penganut Hindu teruk kena diskriminasi.

2. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar

3. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo


4. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran - pernah panggil Melayu pendatang.

5. Ahli Parlimen Jelutong, R S Rayer - sebut Kepala Bapak di Parlimen.

Sementara itu, majlis perasmian Sekolah Tinggi Chong Hwa Kuala Lumpur dan pelancaran Dataran Chong Hwa di Kuala Lumpur, 5 Januari lalu pula dihadiri oleh:

1. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

2. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merangkap Ahli Parlimen Segambut.

3. Ahli Parlimen Kepong yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng.

4. Ahli Parlimen Cheras dan Duta Khas ke China, Tan Kok Wai.

5. Seorang wakil Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Nampak?

Pemimpin PH sendiri berfikir dalam kerangka sentimen dan kepentingan kaum masing-masing bukannya mengutamakan kepentingan nasional.

Wujudnya pengasingan mengikut kaum. Mereka hadir bukan atas kapasiti yang relevan dengan isu yang diutarakan atau kena mengena dengan majlis yang berlangsung.

Soalnya:

1. Adakah Malaysia Baru ini hanya 'tugas' orang Melayu sahaja untuk terus dan terus apologetik dengan melonggarkan hak dan jati diri Melayu mereka demi mencapai "perpaduan" dalam masyarakat majmuk di negara ini?

2. Adakah pemimpin dan masyarakat Cina dan India bersedia untuk meletakkan kepentingan nasional di tangga teratas manakala kepentingan kaum mereka di nombor dua?

3. Apa makna Malaysia Baru jika masih tidak berbunyi pun suara untuk mereformasi sistem pendidikan kebangsaan dengan menghapuskan sekolah beridentitikan kaum?

4. Tidakkah kita masih 'Malaysia Lama' hanya tukar baju apabila meneruskan polisi BN menyalurkan puluhan juta ringgit kepada sekolah berkiblatkan Taiwan dan berbahasakan bahasa rasmi negara Republik Rakyat China?

5. Adilkah peruntukan kerajaan sebanyak RM12 juta lebur hangus untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang melanggar sistem pendidikan kebangsaan bahkan sudah sedia ada mewah didanai taikun-taikun ketika banyak lagi Sekolah Kebangsaan daif dan memerlukan dana kerajaan?

6. Adakah Malaysia Baru ruang untuk Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen bukan Melayu melindungi kaum mereka walaupun wujud kes jenayah bahkan cubaan membunuh seperti awal-awal disebutkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir?

Arif Atan
#MalaysiaBaru
#KeadilanBuatAdib
#UtamakanSekolahKebangsaan
#TolakUEC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...