Thursday, April 18, 2019

Kerajaan PH jangan sekadar gila nak tukaq nama aja..!

JANGAN HANYA GHAIRAH TUKAR NAMA?

Sejak PH mengambil alih pentadbiran kerajaan, keghairahan menukar nama atau menjenamakan semula sesuatu perkara seolah-olah merupakan suatu keghairahan baru.

Satu demi satu perkara telah ditukar namanya.

Antara yang ditukar nama ialah:-

1. BR1M menjadi BSH atau Bantuan Sara Hidup.

2. Klinik 1Malaysia menjadi Klinik Komuniti.

3. RTC menjadi PKD atau Pusat Komuniti Desa.

4. JKKK menjadi MPKK atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

5. KRIM atau Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi HopeMart.



6. KADS1M atau Kad Diskaun Siswa 1Malaysia menjadi BPPT atau Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi.

7. SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menjadi APAD atau Agensi Pengangkutan Awam Darat.

8. Permata menjadi Genius.

Mungkin ada beberapa perkara lain lagi yang turut ditukar namanya di bawah di bawah PH ini yang terlepas pandang untuk disenaraikan di sini.

Terbaru, terdedah pula kertas mesyuarat Exco Negeri Selangor berhubung cadangan mahu menukar nama KLIA kepada SIA atau Sepang International Airport.

Kegilaan apakah ini?

Bukankah KLIA sudah dikenali di seluruh dunia yang merupakan lapangan terbang utama untuk Malaysia dengan mengambil sempena nama ibu negaranya?

Di mana logiknya ia mahu ditukar nama kepada SIA?

Apakah semua perkara di bawah BN perlu ditukar nama?

Apakah PH hanya pandai menukar nama saja?

Di mana perkara baru untuk rakyat yang lahir daripada idea mereka sendiri? (Shahbudindotcom 18/04/2019).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...