Sunday, May 12, 2019

AGUS : KERJASAMA UMNO-PAS SEPERTI OPERA CINA

KERJASAMA UMNO-PAS SEPERTI OPERA CINA
~Prof.Agus Yusoff

1. Semalam semasa berucap di Kerdau, Temerloh, TGHH menyatakan PAS dan Umno akan bergabung menjelang PRU-15. Katanya, usaha itu boleh berjaya kerana PAS dan Umno sudah bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

2. Kata TGHH lagi, perpecahan serius dalam kalangan masyarakat Melayu terjadi kerana ada individu yang ekstrem dalam PAS dan Umno. Antara individu yang beliau namakan ialah DSAI yang dibawa menyertai Umno oleh Dr Mahathir.


3. Saya setuju PAS-Umno hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama PAS-Umno sekarang seperti opera Cina. Kenapa saya kata Opera Cina? Ini kerana secara secara faktanya, PAS tidak pernah setia dengan rakan. Saya yakin menjelang penamaan calon PRU-15 semasa pembahagian kerusi nanti, Umno akan menjadi mangsa terbaharu.

4. Gabungan PAS-Umno sudah boleh dibuat kerana PAS-Umno sudah bersih dari individu bermasalah. Bila bersihnya? Realitinya, ramai yang sedang didakwa sekarang masih dalam Umno. Manakala orang PAS yang profesional dan tidak taksub pula, sudah ramai yang meninggalkan PAS. Yang masih bersama dengan Pas ialah ‘walaun’ dan ‘waluntit’, yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi bila memberi komen dan meraikan perbezaan pendapat, tidak menunjukkan akhlak Islam.

5. Perpecahan dalam masyarakat Melayu kerana ada individu ekstrem dalam Umno dan PAS dan hendak dipersalahkan pada DSAI. Bila pula DSAI ekstrem? Yang ekstrem pada saya ialah yang menuduh orang yang tidak sehaluan sebagai kafir dan pelbagai gelaran seumpamanya.

6. Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam. Selagi PAS-Umno mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama PAS-Umno ini sama seperti menonton Opera Cina.

Selamat berbuka.

https://www.facebook.com/1324102718/posts/10219300830374559/

5 comments:

  1. Memang pas x pernah setia dgn rakan politiknya....atas alasan syarie...pas kafirkan org islam juga atas alasan syarie...pendek kata apa yg pas buat semua ada alasan syarie....skrng ni sokong perasuah dan penyamun pun sbb syarie.....tu sbb pemimpin pas suka ahlinya kurang cerdik ...senang di kawal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HBM, jangan kata saja, balaslah alasan syarie oleh PAS dengan alasan syarie anda. Anda ada alasan syarie bila bergabung dengan DAP? Atau anda tak peduli syarie atau tak syarie........mmbujur lalu melintang patah.....

      Delete
    2. Kami tak perlu pun jual agama utk menghalal kan ape saje yg dirasa betul. Agama bagi kami utk panduan, bukan utk kepentingan. Sebab tu, jika nampak seorang pomen pakai baju yg terlalu kotor, jgn sangka dia pomen yg bagus, kekadang cuma org suruhan aje. Dan jgn ingat pomen baju sentiasa nersih, cuma terpalit minyak sikit, tu malas. Org mcm tu la ilmu penuh didada. Dia boleh selesaikan kerosakkan tanpa guna tenaga yg banyak. Cuma skill dan prngalaman. Kudrat kurang, kotor kurang, tapi lori tetap boleh jln. Tu cuma contoh.

      Delete
  2. Nasihat la kat ustaz tu. Kalau tak sihat, serah jawatan pada orang lain yang lebih sihat. Kalau minda rosak pun tak elok utk maslahat, kesian org bawah.

    ReplyDelete
  3. Mohon untuk tampal komen saya di blog KD.

    --------------

    john doeFriday, May 10, 2019 12:02:00 PM

    Sdr KD, 

    Ketika Al-Arqam Tersungkur Di Pintu Syurga di tangan pasukan yang diketuai oleh PM-4, sebahagian di antara ahli-ahli hardcore pasukan ini masih berharap dan percaya mereka akan buat come back dan kemudian menang ke atas kerajaan pimpinan PM-4. Walaubagaimanapun harapan ini semakin hari semakin kelam dan akhirnya hancur berkecai. Hari ini mereka hanya tinggal di dalam lipatan sejarah. 

    Demikianlah hari ini UmNo pula telah Tersungkur Di Persada Takhta di tangan pasukan yang diketuai oleh PM-7. Sebahagian ahli-ahli mereka yang rindukan zaman dedak masih berharap UmNo akan membuat come back dan menewaskan PH pimpinan PM-7. Ia adalah harapan palsu sama seperti harapan Al-Arqam dulu mahu membuat come back dan menewaskan PM-4.

    Tidak lama lagi UmNo akan mengalami nasib yang sama yang menimpa Al-, Arqam iaitulah lenyap sama sekali dan hanya tinggal sejarah selepas 'tersungkur'. Hanya masa yang memisahkan. 

    Sdr KD juga telah berkata : "Rekod menunjukan MAHATHIR selalu gagal mengawal Dan mengekang PAS kerana orang Melayu masih ditahap menghayati Islam secara kosmetik".

    Jawapan saya ialah ini tak betul. PAS telah sebenar-benarnya dikekang oleh Tun daripada memperolehi kuasa yang utama di negara ini sejak Tun menjadi PM-4 sehingga ke hari ini. 

    Setakat menguasai satu negeri dan memiliki beberapa kerusi di Parlimen, ataupun berjaya menghasilkan sekumpulan pemberontak yang membunuh anggota keselamatan tetapi telah ditewaskan habis selepas itu, ia bukanlah satu "kemenangan". Ia hanya berstatus 'kacau daun'. 

    Kemenangan sebenar pada setiap pertempuran adalah di tangan Tun dan pasukannya yang kekal menang dan kekal memegang kekuasan Perdana Menteri, kuasa eksekutif tertinggi di negara ini yang hanya akan dapat diatasi oleh YDPA di dalam situasi darurat. 

    Sekiranya Tun telah tewas kepada Tiga Serangkai yang menggelar diri mereka sebagai 'Kepimpinan Ulamak', sudah tentu negara ini akan ditadbir oleh golongan khawarij takfiri yang mengkafirkan orang Muslim yang lain di atas alasan perselisihan pendapat pada perkara-perkara yang dibenarkan untuk berselisih. 

    Sekiranya Tun telah tewas kepada UmNo pula sudah tentu negara ini akan kekal ditadbir oleh sebuah kerajaan kleptokrat. 

    Tun telah menang ke atas PAS, menang ke atas UmNo, dan malah menang ke atas kesemua lawan-lawannya yang pernah bertembung dengannya. 

    In shaa Allah apabila mereka semua bersatu untuk jatuhkan Tun, mereka akan kena checkmate serentak oleh Tun dan pasukannya. Hanya itulah sahaja alasan dan sebab musabab yang kelihatan pada pandangan saya mengapa kedua-dua pasukan yang telah tewas ini masih dibenarkan untuk membuat 'kacau daun'. Ia adalah tempoh untuk bersukaria sebelum mereka merasai pula tempoh berputus asa. 

    Sampai masanya mereka akan benar-benar tinggal di dalam lipatan sejarah, sama seperti Al-Arqam pada hari ini, in shaa Allah. 

    Que sera sera. 

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...