Thursday, May 2, 2019

MENGAPA WAJIB LAWAN DAP DAN WAJIB SOKONG UMNO?

Mokhtar anak Senik kata, hanya orang buta saja yg tak nampak kemungkaran Dap. Apa kemungkaran Dap? Berikut adalah kemungkaran Dap, mungkin itu yg dimaksudkan oleh olamak Fikah ini:

1. Dap sejak dulu byk rembat tanah rezab Melayu.

2. Dap yang mengakibatkan kematian Ibrahim Libya di Memali.

3. Dap yang menipu warga felda agar menyertai saham FGV untuk menjadi jutawan segera.

4. Dap yg menyebabkan tergadainya tanah felda di Felda Sg Buaya, Felda Cahaya Baru, Felda Sendayan dan Felda Labu Johnson.

5. Dap yg memungkiri janji untuk menyediakan rumah generasi kedua felda, tapi banyak yg terbengkalai dan duit habis.


6. Dap yang terlibat dalam kes NFC, duit untuk ladang lembu habis, ladang tidak wujud, lembu dalam kondo.

7. Dap yg wujudkan syarikat 1MDB bermodal satu juta, buat pinjaman berbilion ringgit dan kerajaan jadi penjamin, duit hilang disapu oleh pemimpin Dap iaitu MO1 anak beranak termasuk Jho Low.

8. Dap yg urus Tabung Haji, rugi bertahun2 tapi tetap bayar Hibah kpd pendeposit guna duit pendeposit.

9. Dap yang sapu duit KWAP serta LTAT.

10. Dap yang majoriti dalam Dun Kelantan telah menolak Hudud sampai sekarang Kelantan tak boleh buat Hudud.

11. Dap yang bawa usul RUU Akta 355 masuk Parlimen, tetapi Dap juga yang minta tangguh dan tidak mahu bahas.

12. Dap yg telah makan duit Umno tetapi tidak mengaku dan menyaman Sarawak Report tetapi tarik balik saman dengan cara membayar RM 1.4 Juta kepada Sarawak Report untuk setel kes.

13. Dap yang telah keluarkan Amanat Kit Siang dengan menyebut, " Kita lawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kita lawan Umno kerana Umno kekalkan perlembagaan kapir, jika kita lawan puak2 ini (Umno) perjuangan kita adalah jihad, dan kalau kita mati dalam perjuangann menentang puak2 ini (Umno) mati kita adalah mati syahid" - Amanat Kit Siang, di Banggol Peradung, Terengganu. Tetapi sekarang, Dap berkawan dan membantu Umno.

14. Pemimpin Dap terlibat dengan skandal pembelian kapal selam Perancis sehingga berlaku tragedi pembunuhan Altantuya.

15. Pemimpin Dap yg telah menonton filem lucah (PPV) di hotel sewaktu lakukan tugas resmi di German.

16. Pemimpin Dap yg telah terkantoi tunjuk "scud' kpd seorang lelaki yg menyamar wanita bernama 'Fikah" melalui mesengger.

17. Pemimpin Dap juga menjadi pengikut Al-Maunah, ajaran sesat yg pernah ditangkap dulu.

malas dah nak taip...banyak sangat dosa Dap ni.....sebab itu wajib sokong Umno yg suci lagi menyucikan. Betul tak syeikh??

WFAUZDIN NS

Note : hangpa paham2 ajalah yaa..

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tak kisahlah DAP tak buat semua kejahatan tu ka apa ka, yang lebih penting ialah DAP tak pegang kunci syurga.

    Kunci syurga ada pada pemimpin PAS, jadi kalau nak masuk syurga kenalah sokong PAS dan ikut saja pemimpin PAS.

    Kalau pemimpin PAS kata UMNO kafir, maka kena ikut jangan banyak soal nanti tak dapat masuk syurga.

    Kalau pemimpin PAS kata haram undi UmNo, wajib undi DAP sampai kiamat pun jangan banyak soal, nanti tak dapat masuk syurga.

    Kalau kemudian pemimpin PAS tukar lagi fatwa kata haram bersama DAP dan wajib bersama UmNo jangan banyak soal juga nanti tak dapat masuk syurga.

    Kesimpulan : sokonglah PAS di dalam apa juga keadaan kerana PAS adalah parti yang memegang kunci pintu syurga.

    "Sudah menjadi dasar PAS untuk memperingatkan para penyokong PAS akan perjuangan parti PAS, dan syurga adalah balasan bagi orang-orang yang menyokong PAS" (inilah amanat seorang bekas Presiden PAS yang saya semat kukuh di dalam memori saya sampai la ni).

    TAKBIR !!!

    ReplyDelete
  3. ada jugak parti pegang kunci syurga.silap haribulan terpegang kunci pagar tempat orang2 sewel kat tanjung rambutan

    ReplyDelete
  4. Betul! DAP lah yang memperjuangkan Islam selama ni.....

    ReplyDelete
  5. Tak habis2 memperkatakan penyelewengan kebendaan oleh UMNO. Otak dan minda fikirkan kebendaan sahaja.
    Tak fikir langsung fasal akidah. Siapa yang paling jelas menentang hudud, mempertikaikan Zakir Naik, memperjuangkan pesta arak oktober fest.
    Kenapa diamkan benda ni......semata2 sebab DAP tak rembat duit.......Duit saja yang anda fikirkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak kamu senget ke... rasuah itu paling utama ditentang dalam Islam. Bukan pasal kebendaan semata2. Banyak sangat belajar ugama sampai rasuah pun tak peduli.... rasuah sudah membarah dalam negara. Jangan kan kebendaan... negara pun boleh hancur pasal rasuah ni... Islam ke mana... kamu ke mana...

      Delete
  6. asal bangang ja mesti lebai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...