Sunday, June 30, 2019

Benarkah Islam sudah semakin terancam dikacamata PAS UMNO!

Mualaf cina ini lebih ada akal dari sesetengah Melayu-

Keliru kita bila memikir, macam mana Islam di Malaysia boleh terancam pada hal kita ada -

1. 13 orang Mufti yang dibayar Gaji untuk membimbing orang Islam.. agama lain tiada.

2. 9 orang Sultan dan seorang Agong yg dibayar gaji dan diberi kuasa penuh mengikut Perlembagaan negara untuk menjaga agama Islam supaya tidak di ganggu gugat. Agama lain tiada.

3. JAKIM, yang mempunyai bangunan indah dan tersergam, mempunyai pejabat disetiap negeri dengan ramai pegawai berkelulusan tinggi dibayar gaji untuk memajukan Islam. Agama lain tak ada.


4. YADIM yang mempunyai ramai pegawai dakwah berkelulusan ijazah dibayar gaji oleh kerajaan untuk melakukan kerja dakwah menarik minat orang kepada kesucian Islam. Agama lain tiada di peruntuk Dana.

5. IKIM.. Mempunyai ramai Sarjana dan ilmuan Islam dibayar gaji oleh kerajaan untuk melakukan kajian dan penyelidikan demi meningkatkan kemajuan, kefahaman Ilmu Falsafah serta Sejarah Islam yang sebenar.. Agama lain tiada.

6.IIUM, USIM, UNIZA, UIA dan macam macam lagi instituisi pengajian Islam yg memiliki ramai Professor dan pensyarah yang bijaksana untuk menjana insan insan terpelajar dalam pengajian Islam dan lain lain Ilmu agar Falsafah serta akhlak Islam tercambah. Agama lain tidak di peruntukan.

7. PAS dan UMNO diberi kebebasan penuh tampa halangan undang undang serta mendapat hak untuk bermaufakat dan berkerjasama untuk mempertahankan Agama Islam.

Saya berasa pelik dan Keliru masih ada orang merasa Islam terancam di Malaysia. 🤔 Wallah huak'lam.

Kamal Koh
🌹🌹🌹

3 comments:

  1. Sebenarnya Bukan Islam terancam. Tapi periuk nasi Yg terancam. Tgk akaun bank Setiap Hari Kurang Jumlah 0. Mau tak pening kepala. Bertahun tahun Cari duit dgn mudah. La ni Dah la yg ade makin susut,silap 2 kena rampas kerana tak Tau dtg Dari mane. Nasib baik la ade melayu islam yg Senang dibodohkan. Kalau tak, pupus Dah. Yg jual agama jgn cakap la. Cadang2 lepas pru lalu, merasa la duduk kerusi Kat putrajaya, tapi malangnya musuh kerat plak yg naik. Tu Sebab ujud cerita Lebai Malang... Utk tunjuk Kat kita jenis manusia mcm ni.

    ReplyDelete
  2. dedak sudah putus sebab kata Islam terancam...

    ReplyDelete
  3. Aku sbg melayu islam sgt malu apbl org bkn melayu islam beri komen spt ini. Org bkn melayu islam lbh luas pandangan mereka berbanding kita melayu islam. Sudah2lah mempolitikkan agama wahai tok guru sekalian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...