Wednesday, July 31, 2019

Rupa-rupanya lesen Kedai TOTO yang PAS bantah diluluskan zaman PAS perintah Kedah dahulu!


Dok tengok gambar orang share, Geng geng Lebai, usung orang tua, orang kampung bantah kedai Sport Toto Di Pokok Sena, Sebab kawasan Kedai tu dalam Parlimen Pokok Sena, Pakat angkat Poster salahkan Mahfuz Omar, Depa pi tanya Mana Mahfuz Omar..apa kena mengena dengan Mahfuz Omar..?


2- Ni nak Habaq, Nak lulus kedai dan premis Judi ni, bukan bawah bidang kuasa ahli Parlimen,tapi Bawah Kerajaan Tempatan.. Lesen jer bawah Menteri Kewangan, Itu bukan lesen baru, Tapi perpindahan Lokasi baru premis Judi.. Lesen tu depa dapat zaman UMNO dan PAS memerintah.. Maksudnya Menteri Kewangan masa tu Najib lah..

3- Nak Luluskan Premis Judi ni,apalagi nak pindahkan Premis Kena dapat kebenaran PDRM serta Majlis Kerajaan Tempatan, Takda kena mengena dengan Ahli Parlimen.. Kalau ikut rekod, Pemilik premis Judi tu dapat lesen zaman 2011, masa tu Menteri Kewangannya Najib, Dan MB Kedahnya Ustaz Azizan Razak dari PAS..


Ustaz Azizan kalah masa PRU 13... tahun 2008-2013 MB nya Azizan razak dan Kerajaan nya, Kerajaan PAS, dan Menteri kewangan Najib.. Jadi boleh kah kita salah kan PAS sebab Syarikat tu dapat lesen tahun 2011 ?

4- Sudah sudah lah memperbodohkan Rakyat, Orang Melayu.. Zaman Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan lah dia beku dan kurangkan lesen Judi, Naikkan Cukai syarikat Judi, ikutkan zaman hat banyak lulus zaman Menteri Kewangannya rakan Taawun PAS hari ini...

5- Kalau Ahli Parlimen mcm Mahfuz ada kuasa luluskan pusat Judi, dah lama Kasino Kat genting tu dah tutup.. Tapi takda sapa salahkan Ahli Parlimen PAS..Ahli Parlimen UMNO sebab ada Kasino kat Negeri majoriti Ummat Islam di Pahang tu..

Ingat lagi, Masa ustaz Azizan jadi MB, UMNO main kan Poltiik yang sama, Kerajaan PAS dituduh sebab tidak menutup kedai Judi dan Pusat Hiburan bila depa memerintah.. Dan ketika itu Ustaz Azizan mempertahankan tindakan Kerajaan PAS mengekalkan premis Judi dan Hiburan..

6- Dosa Al Maysir dan Al Qimar ini di dalam Quran Allah meletakkan persoalan dosa dan Manfaatnya bersama dengan Arak..

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

" Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya' "

Surah Al Baqarah : ayat 219

Jadi kalau PAS takut dengan Dosa dan azab akibat Judi, Apakah Kerajaan Kelantan mengeluarkan dan mengekalkan beratus lesen Arak di Kelantan, lesen menjual Arak di Kelantan itu petanda PAS redha dengan Dosa Arak ? Apakah Almarhum Tok Guru Nik Aziz akan diazab di dalam kubur kerana kerajaan nya meluluskan lesen Arak

Bukan kah Kelantan Negeri 95% Muslim, Kenapa ada lesen arak ? itu kalau nak ikut logik mereka bandingkan dengan komposisi kaum dan pengundi di Pokok Sena..

7-Aku harap pengikut lebai PAS, UMNO dah boleh mulakan kempen tutup Kasino di Gunung genting, Pahang tu, rasa aku takda masalah MB Pahang adalah UMNO rakan tawwun PAS.. ramai pulak Adun dari PAS dikalangan Ulama di Pahang.. apa lagi YDP Agong hari ini dari Pahang.. Lagi mudah PAS nak minta tolong YDP Agong sebagai ketua Agama menutup Kasino di puncak genting tu..

Try lah tanya Tuan Ibrahim..Mokhtar senik ker..Berani tak, Tu tanah Lahir dan tumpah darah depa tu.. :)

Ahmad muslim badawi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...