Friday, August 9, 2019

Bodohnya Kerajaan PH bilamana tak tiru apa yang Kerajaan PAS lakukan ini!

Dalam minggu ni aku perhatikan, rasanya hampir setiap hari ada Iklan satu muka surat Penuh, kadang2 2 Muka surat program Zakir Naik di Akhbar SInar Harian, dah pasti belanja untuk Iklan saja sudah menelan perbelanjaan puluhan atau boleh pergi ke ratusan Ribu...Bukan sikit perbelanjaan depa..

Selain itu seluruh Institusi Pendidikan,Sekolah dan Pondok dibawah YIK dikerah untuk hadir ke Program mereka semalam.. Bagi aku asalnya program Agama itu baik tetapi diambil kesempatan untuk program Politik..dah jadi mcm Program dan gerak saraf Politik..Duna duit Kerajaan tapi buat kerja Politik.. Malah ahli panel yg dijemput semalam ada diatas nama, dan posisi sebagai Ketua Pemuda UMNO..


Bukan kali pertama Kerajaan Kelantan membelanjakan peruntukan besar hanya semata mata untuk tujuan Politik..Ia berlaku hatta sebelum PRU 14 pun.. Program agama dan Usahawan akhirnya Jadi program untuk kempen Politik PAS Kelantan.. Sedangkan Duit UMNO lagi depa ambil untuk berkempen..

Bagi aku dar sudut Politik PAS memperkukuhkan kedudukan dia dengan dana dan Peruntukan Kerajaan, adalah perkara biasa bagi orang Politik..Mana mana parti politik pun akan buat perkara yg sama.. cuma kurang moral dan amanahnya bagi orang Agama bila program rakyat dan agama dijadikan Program Politik.. tidak ada bezannya dengan UMNO..dan memang hari ini dah takda beza..

Bagi aku itu hak PAS biarpun tidak salah disudut Undang2.. Sebelum ini pun prpgram Mujahid Siber di terengganu menggunakan dana dan peruntukan Kerajaan..walaupun menghimpunkan Facebooker dan Bloger2 PAS.. Itu yang kita nampak belum lagi peruntukan dan dana lain yg digunakan,

hatta TV Kelantan sebagai saluran rasmi Kerajaan Kelantan digunakan sebagai saluran kempen untuk Parti tanpa rasa malu.. bagi aku itu hak PAS berpolitik dan menggunakan kedudukan Politik dia..

Cumanya yang aku heran Kerajaan PH hari ini, Berprinsip tak kena tempat.. Media Kerajaan seperti RTM dah lah tak dimanfaatkan untuk sampaikan polisi dan dasar Kerajaan..malah dibiarkan Fitnah berleluasa kepada Kerajaan..

Bukan takat tu..Baru baru ni aku tonton Berita.. Dr Mujahid sebagai Menteri Agama dengan bangganya merasmikan " Karnival Rahmah ", Kata Dr Mujahid kita mengadakan program ini tanpa menggunakan dana Kerajaan.. mereka mendapat bantuan rakan strategik sebagai Penaja.. Bagi aku Slogan Rahmatan lil A'lamin itu cukup baik..cuma dari sudut strategi mempromosikan dasar itu agak ketinggalan..

Bagi aku disinilah Bodoh nya Kerajaan PH, Tidak ada salahnya sebarang dasar Kerajaan, dipromosi dan diperkenalkan..Digerak kan..Menggunakan peruntukan khas Kerajaan...Kalau ada Jentera Kerajaan yang khianat, boleh saja lantik perunding luar, Syarikat pengiklanan.. Tapi malangnya Kerajaan PH ni lurus Bendul..dan berprinsip tak kena Tempat..

Last last ada ketua cawangan yang masih pekat DNA UMNO..terpaksa Jual Lembu korban sebab bagi alasan nak beli Komputer.. dari gadai Lembu Korban, Baik agih Projek Kerajaan seperti zaman UMNO.. sebab apa ni berlaku ? Sebab nya Kerajaan PH hari ini berperinsip tak kena tempat..Jadi kerajaan lurus Bendul.. :)

Ipohmali

1 comment:

  1. https://www.youtube.com/watch?v=zvD14Xczo4U (LIVE) Pidato Perdana Perpaduan Ummah Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019- 9 Ogos https://www.sinarharian.com.my/article/42446/EDISI/Kelantan/Lebih-70000-ikuti-ceramah-Zakir-Naik-di-Kelantan Lebih 70,000 pengunjung membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV untuk mengikut secara dekat perkongsian ilmu oleh pendakwah antarabangsa tersohor, Dr Zakir Naik, di sini malam ini. Ceramah Dr Zakir Naik dalam bahasa Inggeris.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...