Wednesday, August 21, 2019

Kesian Tuan Ibrahim Tuan Man.. Nyamuk diseberang nampak, gajah depan mata tak nampak

TUITUMAN DAN POKOK JEJAWI

Sedap dengar Tuituman menasihat polis agar jangan sekat Zakir Naik daripada berdakwah kerana perbuatan itu melanggar nas syarak. Cara Timbalan Presiden parti agama itu menasihat polis semacam polis Malaysia jahil sangat dalam hal ehwal agama.

Beliau minta polis beri nasihat agar Zakir tidak menyentuh hal sensitif semasa berceramah. Sepatutnya yang kena beri peringatan kepada Zakir ialah beliau sendiri kerana isu sensitif yang disebut Zakir semasa berceramah dalam kawasannya, Kota Bharu dan Kubang Kerian. Di mana peranan dan kepekaan Tuituman ketika itu.

Beginilah sikap ahli parti agama nampak peranan orang lain yang tidak berfungsi tetapi lupa peranan sendiri untuk dilaksanakan. Ini orang panggil selek kain lupa pakai seluar dalam. Malulah..

Sekiranya Zakir tidak bercakap isu politik dimana isu itu digemari oleh Tuituman, nescaya Zakir tidak dimarahi orang ramai dan dia sampai kena menghadap Bukit Aman. Sebelum ini selepas ketiadaan Tokguruku Nik Aziz, Tuituman lah yang kita harapkan menjadi penasihat, pengendur suasana dan memimpin Pam dengan penuh hikmah.

Namun sayang harapan itu tidak menjadi kerana Tuituman terlampau takut dengan pokok besar padahal kalau dia memberanikan diri sedikit pokok besar itu tak ada apa pun ia hanya Pokok Jejawi sahaja, dimana akarnya panjang berjuntai, daun merimbun sednagkan manfaatnya nihil sahaja. Pokok Jejawi bukan tempat hantu berganyut.

Dan Tuituman kena kenal hantu jangan lari begitu sahaja kerana ia boleh jatuh syirik. Trims.

mso @ mohd sayuti omar

1 comment:

  1. Ahli agama Bukan pentaksub pas ahli neraka, mane bleh masuk tempat Dia org. Nanti bawak virus Kat dia org... Panas Kate walaun. Tapi panas Bukan Badan mereka. Tapi hati dgn telinga tu berasap skit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...