Wednesday, September 25, 2019

Kg Baru : BN - Kouta untuk bukan Melayu, PH - Melayu sahaja..!

Mat Alishah.


Nampaknya tawaran yang PH berikan untuk penduduk Kg Baru merupakan tawaran yang terbaik daripada apa yang BN tawarkan dahulu.

Jika dilihat meroyan NAJIB ia menggambarkan seolah PH sedang menipu rakyat. Namun hakikatnya zaman beliau harga sudahlah rendah sekitar RM300 sekaki persegi manakala kouta pulak nak dibuka kepada bukan Melayu 40%..tak khianat kah namanya itu.

Tapi kenapa rakyat masih sayangkan NAJIB walaupun membuat perkara yang paling celaka dilihatnya.


Bilamana PH datang dengan tawaran RM800 sekaki persegi serta kouta pulak untuk Melayu semua masih ada lagi suara sumbang mempertikaikannya

Terutama NAJIB yang mengatakan tawaran itu rendah dan sepatutnya RM3000 sekaki persegi seperti KLCC. Itu harga selepas tanah dibangunkan takan itu pon NAJIB tak reti beza atau pun sekadar nak menimbulkan persepsi buruk pada PH.


Kampung Baru Mungkin Dibuka Untuk Bukan Melayu Tingkat Potensi Pembangunan
Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

KUALA LUMPUR: Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.

"Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut. Apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.

"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.

Ditanya sama ada nilai RM4,000 sekaki persegi yang dituntut pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu adalah realistik, Raja Nong Chik berkata ia agak tinggi, tetapi tidak mustahil nilai hartanah di kawasan berkenaan akan mencapai tahap itu dalam jangka masa panjang.

Selain itu Raja Nong Chik berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan Kampung Baru.

Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad, katanya.

"Tiga GLC ini kita pilih sebab ia berpegang kepada kepentingan bumiputera. Memang ada GLC lain yang lebih besar tetapi kebanyakannya tidak berasas kepada kepentingan bumiputera.

"Kerajaan pula tidak akan menjadi pemaju, kita tidak ada keupayaan itu sebab itu kerajaan hanya akan menjadi pengawal dan penyelaras bagi projek ini," katanya.

Manakala GLC yang lain digalakkan untuk menjadi pemilik atau penyewa utama hartanah di Kampung Baru.

Kampung Baru mempunyai keluasan sejumlah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Majlis perjumpaan itu menyaksikan kira-kira 1,000 pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru hadir, bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan mengenai transformasi yang akan dilaksanakan tetapi turut mengutarakan pelbagai soalan dan pandangan berhubung projek berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha (KSU)kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.

Rata-rata para hadirin bersetuju supaya Kampung Baru segera dibangunkan, namun isu nilai tanah serta cadangan untuk membuka kampung Melayu itu kepada orang luar merupakan antara persoalan utama yang paling banyak dibahaskan.

Suasana musyawarah dalam majlis itu beberapa kali tergugat apabila ada beberapa pihak yang sedikit emosi ketika menyatakan pandangan mereka.

Bahkan cubaan Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang turut hadir di majlis itu untuk menyuarakan pandangan telah dinafikan beberapa pemilik tanah dan pewaris yang hadir kerana menyifatkan beliau tidak ada kena mengena dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru. - BERNAMA


Baca lebih lanjut di

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/05/29/kampung-baru-mungkin-dibuka-untuk-bukan-melayu-tingkat-potensi-pembangunan/#061PVZtL2KbFoA6S.99

4 comments:

  1. Belom buat cakap.untuk.melayu....dah siap ada alasan nak u tun...dah terkenal kaki kencing...tak ada yg tak boleh berubah...

    Kerajsan yg akan bina ato.pemaju cina?....pon blm ditetapkan lagi...

    ReplyDelete
  2. Bagi aku serahkan perancangan dan pembinaan kg Baru kpd UDA dan Pernas construction...Uda sebagai developer...

    Buat perjanjian dgn pemilik tanah Bayaran harga tanah membolehkan pemilik tanah dapat beli semula rumah....bukan hanye jaminan air lior..yg dapat banyak harga tanah boleh beli banyak rumah dan kedai.......

    Mudah sangat nak selesaikannye..yg jadi payah kerana ada tujuan tersembunyi...

    ReplyDelete
  3. Rupanya dah ada rancangan dahulu untuk beli tanah Kg Baru dan dimajukan untuk komersial. Dan ada juga perancangan nak buka pegangan asing 40% oleh bukan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah ada...rancangan tu semasa madey masih dlm umno...seblm madey letak jawatan pon madey sudah cakap pembanganun kg baru...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...