Friday, November 29, 2019

Peringatan kepada kerajaan PH bahawasanya ramai musuh dalam selimut sedang berkeliaran dalam kerajaan


PERINGATAN YG PERNAH DIBERIKAN...

1) Sesungguhnya saya sudah tidak punya byk ruang masa utk menulis, mengkritik atau mengulas isu melibatkan politik mahu pun pentadbiran kerajaan PH. Malah sudah bosan dgnnya dan sekadar mahu melihat PH melaksanakan apa yg perlu mereka lakukan.

2) Namun 2 hari lalu, ada shbt yg whatsapp berita di bawah pd saya. Mulanya saya berdiam diri. Tapi bila dibaca semula, ia bukanlah perkara baharu bg saya kerana saya sudah berkali2 dan telah lama beri amaran, peringatan tentang "Deep State" serta sabotaj oleh pegawai2 kerajaan ini.

3) Amaran dan Peringatan paling awal pernah saya berikan kpd shbt2 dr sebuah parti yg mengadu tentang situasi kelamkabut sewaktu perlantikan pegawai2 di pejabat Menteri dan Timbalan Menteri, sebelum kabinet berfungsi sepenuhnya. Bygkan bilakah waktu yg saya maksudkan itu? Sgt lama.


4) Antara peringatan yg pernah saya berikan kpd mereka ialah tentang masalah sabotaj dan "Deep State" YG AKAN MELARAT ke semua Kementerian dan agensi kerajaan jika SPA dan JPA dibiarkan dikuasai oleh pegawai2 yg masih setia dgn kerajaan lama. Dan ia ternyata benar malah pelbagai kritikan menyusul selepas itu angkara perkara2 yg luarbiasa berlaku termasuklah desas desus penguasaan kumpulan2 lama menyusun atur projek2 kerajaan meskipun sebelum ia dimulakan pd 2020.

5) Peringatan saya itu ada keterbatasannya, meskipun punya maklumat bhwa sesuatu telah belaku sebelum KSN yg lama ditukarkan, kita tidak punya bukti kukuh, namun hasil dr perkara itu harus dilihat skrg, selepas 18 bulan PH menguasai kerajaan Persekutuan.

6) Antara cdgan saya ketika itu ialah pegawai2 ini harus diperhatikan, perlu ada satu mekanisma pemantauan atau "Centralised Monitoring System", "build the case", tindakan "Cold Storage" dan pecat secara diam2 mengikut procudure dlm tempoh 12 bulan sambil mengenalpasti pegawai2 yg pro PH.

7) Ada shbt yg pernah Screenshot peringatan saya yg itu dan diposkan dlm grp whatsapp Parti mereka dimana sebhgian Menteri berada dlm grp berkenaan. Tapi saya sgt pasti mereka lsg tidak peduli bab ini sbb rentetan peristiwa yg berlaku adalah jelas sehinggalah mereka baru tersedar selepas 18 bulan.

8) Bertolak dr peringatan awal itu, telah beberapa kali saya kritik termasuklah terhadap beberapa kementerian yg pegawai2nya dipercayai mengatur dan memastikan projek bagi pihak yg sama dr parti kerajaan lama. Bagi org2 mcm kami yg telah lama berurusan dgn agensu kerajaan, memahami apa yg pegawai2 ini lakukan, kami memerhatikan dgn rasa kecewa.

9) Lebih mengecewakan bila melihat ada Menteri yg terlalu naif, membiarkan diri ditipu oleh pegawai2 tertentu, tidak pernah cuba meneliti komplen dr penyokong PH, tidak pun memberi peluang kpd penyokong PH atas alasan INTEGRITI kononnya. Malah pegawai2 di sekeliling Menteri tidak memahami apa yg sdg berlaku, korupsi yg berterusan tapi tidak disedari atau diteliti kerana tiada pemantauan. Monopoli yg tidak dipecahkan sejak di era kerajaan lalu.

10) Dgn sikap Menteri2 dan mereka yg berjawatan meminggirkan penyokong2 PH sendiri serta membela mereka yg setia dgn kerajaan lalu..."Deep State" dan sabotaj bukan suatu perkara remeh atau mustahil. Ia adalah sesuatu yg REAL. Sbb itu bila LGE bersuara mengenainya, tetiba ada pemimpin UMNO melompat dan menuduh LGE berkonfrantasi serta tidak percaya dgn pegawai2 kerajaan.

11) Jgn pula kata peringatan tidak pernah diberikan sdgkan ia adalah PERINGATAN YG PERNAH DIBERIKAN. Malah byk amaran diberikan oleh penyokong2 PH selain dr ini. Namun kebykan mereka yg dekat atau hampir dgn "Corridor of Power" kurg mengambil peduli. Samada mereka mabuk kuasa atau memg tidak layak, "incompetent", tidak punya kemampuan utk mengenalpasti masalah2 yg disebutkan.

Wallahualam.

- Zus Din
29 November 2019
..........................................................
Lebih ramai pegawai kanan akan dipindahkan untuk atasi daulah terpendam

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/200778

PEMINDAHAN besar-besaran beberapa orang ketua setiausaha kementerian (KSU) akan berlaku, dalam usaha pentadbiran Pakatan Harapan menangani masalah didakwa berpunca daripada daulah terpendam perkhidmatan awam, kata sumber.

Beberapa sumber berkata terdapat sekurang-kurangnya lapan pemindahan akan dibuat menjelang Disember apabila kerajaan bertindak ke atas dakwaan wujud sabotaj dalam pelbagai kementerian.

Ia adalah rombakan besar-besaran yang akan dibuat sejak 18 bulan PH menjadi kerajaan persekutuan, dan ia berlaku apabila banyak skandal tercetus berkaitan kelulusan projek atau tender yang dibuat tanpa pengetahuan menteri terbabit.

Antara yang terkait adalah tender padi bernilai RM1.4 bilion dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Tender itu yang kini sudah dibatalkan didakwa diberikan kepada sebuah syarikat melalui proses terbuka. Pembatalan dipercayai dilakukan selepas Menteri Salahuddin Ayub menulis surat sokongan kepada perdana menteri mengesyorkan ia diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Salahuddin bagaimanapun berkata beliau tidak membuat sebarang kesalahan kerana tender belum dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.

Kata sumber daripada parti Salahuddin, Amanah, menteri itu disabotaj oleh seorang pegawai tinggi kerajaan.

Sumber kerajaan juga berkata, isu pegawai tinggi mensabotaj seperti tindakan membocorkan komunikasi rasmi kementerian juga sudah dibangkitkan beberapa orang menteri lain dalam mesyuarat Kabinet.

Disebabkan itu, beberapa orang menteri sudah meminta KSU atau pegawai kanan terbabit dipindahkan atau ditukar.

Menurut sumber lagi, lapan kementerian terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

“Mungkin akan ada lagi, kerana ada lagi desakan untuk penukaran pegawai tertentu,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

2 comments:

  1. Kalau tak mau dengar dan tak prihatin dengan teguran dan peringatan penyokong.... maka Ph akan mendapat padahnya.... bukan mudah nk jatuhkan BN yang kurapsi tu... ada yang mati dan menderita dalam penjara... dah berkuasa... tak indah peringatan rakyat....

    ReplyDelete
  2. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi. Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di no Wa 085-254-384-488 rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
    Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB NYATA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...