Sunday, December 15, 2019

Antata UMNO, MIC, MCA, PAS, DAP, PKR, BERSATU, AMANAH... Mana yang komunis celaka..?


IKHLAS KPD ORG MELAYU.. MEMBACALAH.. SELAGI MALAS MEMBACA.. ANDA AKAN TERUS DITIPU UMNO

ABU, KARTEL, TUN & ANWAR (Bhgn 1)

Bersama seorang rakan kartel tetapi agak profesional. Saya telah memaklumkan kpdnya perbualan bersamanya saya akan cuba tuliskan mengenai pandangan tersebut dlm artikel saya. Dia kata ' no problerm'... 'your wall'.

Ia sekadar pandangan peribadi. Tidak bersetuju tidak mengapa. Utk permulaan saya menulis mengenai mengenai isu Abu.

Pandangan tentang isu Ching Peng?

NL: Yang pasti aku tak kata aku sokong Komunis. Cuma isunya aku melihat ia provokasi jahat ahli2 politik memainkan sentimen perkauman utk rakyat membenci kerajaan yg ada.

Aku beri beberapa sebab. Aku tak mahu sembang kedai kopi tapi aku ajak kita bicara dari sudut intelektual. Politik Malaysia seperti selalu aku tulis, org Melayu mudah ditipu... politik Malaysia bukan dihujah dgn fakta tetapi cukup hanya dgn persepsi. Dlm politik di negara kita lojik tidak berada di hati manusia tetapi sentimen.

Dlm kes Ching Peng kita bicara dari sudut undang2. Bekas IGP, Tan Sri Rahim Nor telah maklumkan perjanjian kita dgn Komunis selepas 1989 mereka bebas ( bekas Komunis ) keluar masuk Malaysia. Dulu ketika zaman BN, Syamsiah Fakih pulang ke tanahair selepas perjanjian tersebut tiada sebarang isu. Mengapa mereka tidak bising ?


Dulu sebuah Tugu Peringatan Komunis dibina di Nilai sebagai peringatan kpd Parti Komunis Malaya di Nilai, juga mengapa tidak dijadikan isu? Mengapa hanya abu dibisingkan tetapi tidak tugu tersebut.

Aku bersetuju dgn kata Tan Sri Anuar Musa jika mengikut undang2 apa salahnya abu ini dibawa. Malah Pemuda PAS sendiri maklumkan buat apa isu abu dibising kerana perjanjian kerajaan dgn komunis... mereka boleh keluar masuk negara seperti rakyat Malaysia yg lain.

Yang aku sendiri tidak bersetuju dgn pihak yg membawa abu ini kenapa tidak dimaklumkan kpd kerajaan Malaysia. Kemudian mereka hebahkan kpd rakyat Malaysia di media sosial. Bukan mereka tak tahu isu ini sgt sensitif. Macam ada agenda tersembunyi utk tujuan politik.

Aku nak tanya kenapa org Melayu tidak marah kpd MCA yg dikatakan ahlinya terlibat dan pernah MCA memohon kerajaan Malaysia utk membawa abu tersebut tidak menjadi sasaran? Mengapa DAP yg dipersalahkan.... Nampak permainan ini.

Dari sudut akademiknya mengapa org Melayu sekarang ini hanya memusuhi Komunis tetapi boleh lupakan sejarah org Jepun sembelih kepala datuk nenek moyang kita dulu?

Arwah nenek dulu dah 100 kali aku dgr cerita yg sama bagaimana deritanya mereka makan ubi kayu zaman Jepun. Begitu juga ibu mertua yg sudah berpuluh kali aku mendengar dia bercerita tentang Jepun yg membuatkan keluarganya sengsara. Kebetulan bapanya polis dahulu.

Ada yg marah aku kata tok dia kena bunuh.. apa kau tahu perasaan mereka. Ya aku pun marah dgn komunis tapi aku pun marah dgn Jepun. Tapi marah sekadar begitu saja. Tidaklah aku menuduh hingga aku benci kpd org Jepun hingga skg. Kita boleh move on dgn Jepun mengapa tidak dgn Komunis. Dua dua sama jahat. So kita kena adil dan jgn mudah dibodohkn dgn sentimen.

Tentu kau nak tahu kenapa org Melayu tak anggap Inggeris sebagai penjajah Malaysia yg zalim beratus tahun lamanya. Bagaimana mereka mencuri khazanah negara berbillion.Bagaimana mereka membunuh tokoh2 hebat Melayu. Malah Inggeris jugalah punca begitu ramai org Cina dan India dibawa ke negara ini. Adakah org Melayu marah? Aku kata ia sebab org Melayu malas membaca dan berfikir. Org kata Komunis dia pun jerit benda yg sama tanpa ingin mengetahui sejarahnya.

Kita dulu berjuang utk merdeka bukan melawan komunis saja tetapi lebih dari itu melawan Inggeris. Ini fakta kita menuntut kemerdekaan dari Inggeris bukan dari Komunis tapi semuanya telah dipolimikkan.

Mengapa orang Melayu tak boleh maafkan Komunis?

NL: Lebih kpd sentimen bangsa apatah skg ini apabila parti lawan tidak putus2 memainkan isu bangsa bagi menaikkan kebencian antara org Melayu dan Cina DAP.

Aku selalu minum dgn geng2 masjid atau org tempatan di sini. Mereka tak berapa sgt dgn cerita Komunis tetapi lebih kpd cerita Jepun. Mungkin komunis tak berapa ganas di Sabah. Selain itu di Sabah sentimen bencikan kaum Cina tidak seperti di Malaya. Sebab perpaduan kaum di sini sgt baik.

Mereka bertanya aku benarkah Cina DAP ini komunis? Aku kata kalau Komunis dah lama dah parti ini diharamkan. Jika Komunis dah lama PP itu dikomuniskan. Soalan yg aku rasa pelik? Sebab MCA pun 100% org Cina mengapa tiada syak wasangka kpd parti tersebut. Sedangkan byk isu yg dibawa MCA sebenarnya sgt sensitif utk org Melayu.

Aku bagi lagi satu fakta... kenapa UMNO menghadiri Kongres Parti Komunis di China ada siapa org Nelayu yg marah? Ada nampak org Melayu melalak? Datuk Zahid Hamidi sendiri sudah memohon kpd ahli2 pembangkang jgn lagi mainkan isu perkauman di dewan atau di luar Parlimen.

Isu perkauman ini jika tidak diambil perhatian serius boleh terjadi peristiwa 13 Mei. Sdgkan selepas 13 Mei kerajaan sedaya upaya mewujudkan perpaduan kaum. Kita diajar dari sekolah rendah tentang Ali, Ah Chong, Ramasami, Salmah yg pergi sekolah bersama sama dan bermain bersama sama.

Malah dahulu dlm rancangan Hiburan Minggu Ini di RTM, diwajidkan ada penyanyi Cina dan India sebagai penyanyi jemputan. Itu semua dilakukan utk perpaduan kaum.

Nazri Aziz sendiri mengakui dia tidak boleh terfikir politik atau parti perkauman boleh hidup di negara ini. Adakah cukup hanya kita berkempen dgn melahirkan persepsi atau sentimen bahawa Cina DAP itu Komunis? Jika rakyat memilih jalan itu ia akn membuka peluang kpd kerajaan yg baru berterusan merosakkan sistem negara termasuk amalan korupsi kembali subur kerana org Melayu khasnya rela dipimpin oleh perompak asalkan Melayu.

Pendapat bagaimana UMNO yg dikatakan akan mati kembali segar?

NL: Ada beberapa sebab. Bagi aku UMNO berjaya menanamkan persepsi kpd org Melayu bahawa DAP itu komunis. Kena kaji kenapa mereka dkt di hati org Melayu? Modes operandi mereka mudah...takutkan org Melayu jika tanpa UMNO negara ini akan dipimpin org Cina. Selesai...

Tak perlu kertas putih , tak perlu cerita pasal rasuah , tak perlu cerita pasal teknikal sgt dgn org Melayu. Org Melayu dia nak yg mudah saja. Sebab UMNO tahu zaman Inggeris lagi Melayu mudah ditipu.

Kita kena belajar dgn Inggeris bagaimana dia jajah 100 tahun pun org Melayu tetap sayang. Org putih dia cari kelemahan org Melayu bukan berperang dgn org Melayu seperti Jepun.

Inggeris tahu org Melayu suka berlibur... 'kasta Melayu' bawahan Inggeris tayangkan wayang pacak. Yg bijak atau dibandar dibinanya panggung wayang dan kelab malam.

Golongan bangsawan diajaknya ke kelab malam dan bermain golf. Yg menentangnya dikatakan musuh sehingga askar Melayu pun turut memburu pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya.

Macam2 lagi proganda Inggeris buat sehingga Melayu tertipu sehingga waktu itu yakin Tok Janggut itu pengganas. Jadi modus operandi itu dilakukan sama kpd salah satu parti gabungan PH. Mereka tak serang langsung Bersatu, Amanah tetapi lebih kpd DAP.

Diwiridkan DAP Komunis hingga org Melayu benar2 percaya. Aku bukan nak pertahankan DAP tetapi aku lihat teruk sungguh parti itu difitnah. Azan tak boleh berkumandanglah dan bermacam macam lagi.

Kau tengok antara kes bodoh PAS lakukan kpd DAP. Sebagai org Islam aku malu. Pemimpin PAS kata banjir yg melanda PP adalah bala dari Tuhan. Tapi bila Tuhan berikan banjir besar kpd Kelantan...

DAP dtg berjuta ringgit membantu rakyat Kelantan. Sedikit pun DAP tak ungkit fitnah PAS menggunakan nama agama utk memburukkan org bukan Islam. Kalau kau sendiri nampak siapa yg akhlaknya lebih baik.

Aku tak kata DAP ini sempurna... pemimpin mereka juga banyak buat kesalahan. Jika org Melayu dikenali Melayu kampung, di dlm DAP ada Cina Bukit. Maksud aku bercakap tak menggunakan otak.

Dalam politik kau kena bijak. Kau mahu jadi pahlawan seperti Morsi atau Erdogan. Niat Morsi bagus tetapi selepas kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan beliau cuba melakukan perubahan terlalu drastik. Hingga dia belum cukup mengambil hati rakyat Mesir secara keseluruhannya. Malah dia belum kenal musuh2 dari peninggalan Hosni Mubarak.

Sentimen perkauman dan agama dimainkan oleh pembangkang yg memfitnah beliau hanya melantik Pegawai Tertinggi dari kalangan Ikhwan sahaja. Sedangkan beliau ada melantik dua wanita dan pegawai Kristian ke beberapa jawatan tertinggi kerajaan. Nampakkan sentimen bangsa berjaya dimainkan di Mesir.

Berbeza dgn Erdogan yg sgt licik berpolitik. Dia tidak menubuhkan parti Islam utk menambat hati rakyat Turki. Dia kata partinya berkonsepkan sosialis. Akhirnya bila dia menang rakyat terkejut kenapa isterinya masuk Parlimen bertudung. Erdogan beritahu itulah sosialis... hak kebebasan isterinya. Akhirnya Erdogan berjaya memulihkan Turki sedikit demi sedikit ke arah lebih Islamik dan juga dia dikenali sebagai pembela negara2 Islam.

Kerajaan yg ada skg pula gagal menjernihkan keadaan kerana unit medianya yg sangat lemah. Itu saja bezanya... antara PH dan BN mana yg strategi persepsinya hebat maka ia akan menang di hati rakyat.

Adakah hanya dgn strategi persepsi PH akn pulih?

NL: Ia bukan segala galanya tapi ia sgt penting. Ia juga cara mudah utk kerajaan yg aku anggap jauh lebih baik dari kerajaan dulu.

Aku tak kata kerajaan ini sempurna tetapi aku lihat ia lebih telus. Pemimpin2nya boleh dikatakan hampir keseluruhan bersih korupsi walaupun tetap wujud.

Kedua DAP yg menjadi sasaran pembangkang mesti berubah terutama pemimpin2 mereka yg berfikiran kolot. Adalah perkara paling bodoh bila ada pemimpin Cina DAP mengungkit atau mempersoalkan hak2 org Melayu. Atau berlebihan meminta hak2 utk bangsa Cina sendiri.

Sepatutnya utk 5 tahun ini tumpuan semua parti2 dlm PH adalah kpd soal ekonomi. Ahli MP berbangsa Cina dan India beri peluang kpd pemimpin2 PH membela nasib org Melayu tanpa dipersoalkan.

Jika mereka gagal mengambil pendekatan baru dlm memenangi hati org Melayu bukan setakat gagal membela kaumnya tetapi gagal reform negara utk menjadikan Malaysia bersih dari rasuah dan ekonomi yg baik utk rakyat.

Wajarkah Komunis dimaafkan atau dilupakan begitu saja?

NL: Orang Jepun ratusan ribu penduduknya mati akibat bom atom oleh Amerika... selepas kejadian itu mereka tak tunggu lama, mereka move on. Amerika dan Jepun menjalinkan hubungan ekonomi. Walaupun kesan kesedihan dan marah itu masih ada tetapi mereka tak fikir ke belakang.

Rasulullah dahulu bagaimana baginda dihina, dimusuhi, dipukul, difitnah dan pelbagai lagi sehingga terpaksa berpindah ke Madinah, apabila baginda kembali menawan Mekah baginda tidak berdendam. Walaupun musuhnya itu bukan sahaja memusuhinya serta sahabat2 yg teruk didera dan ada dibunuh.

Sebab baginda mengajak umat Islam ketika itu utk memaafkan. Mengajak umat Islam move on ke arah kebaikan agama dan Mekah sendiri.

Lihat sejarah Panglima Perang Salahuddin Ayubbi yg disebut hadis. Beliau berjaya adalah individu yg akhirnya berjaya menawan Jerusalem. Pelbagai buku ditulis malah oleh org Kristian tentang keadilan dan sifat pemaaf beliau.

Antara cerita menarik jika kita ingat kisah Raja Richard yg menyerangnya. Beberapa bulan utk menyerang tentera Islam, akhirnya Raja Richard jatuh sakit. Bila Salahuddin Ayubi tahu kesihatan Raja Richard beliau menghantar ubat ubatan terbaik utk musuhnya itu.

Itu akhlak Islam. Ini tidak selagi boleh menghasut org Melayu yg terkenal mudah dimomokkan, kita cuba membuat antara kaum bergaduh. Aku ucapkan ribuan terima kasih kpd DS Zahid Hamidi yg meminta pembangkang hentikan provokasi kebencian kaum dimainkan.

Mana tidaknya apabila Tajuddin boleh menghina pemakaian 'vibuthi' simbol lambang suci agama Hindu. Ia sangat2 melampau. Ini kerana pemimpin2 pembangkang begini seronok memainkan isu perkauman hingga melangkaui peradaban manusia.

Jerman barat Jerman timur boleh disatukan, jadi mengapa kita ingin memanaskan keadaan. Sebab itu aku kata pemimpin yg memainkan isu perkauman mereka sgt tidak bertanggungjawab kpd negara. Org Melayu jika tidak mahu dijajah ( minda ) rajinlah berfikir dan membaca.

Rakyat melihat kerajaan yg sedia ada gagal melaksanakan manifesto?

NK: Kalau pemikiran sudah dijajah oleh provokasi dan sentimen... apa saja dilakukan semua dipandang dari sudut negatif. BN dulu berapa banyak manifesto tidak tunaikan.

Manifesto kerajaan skg jika rajin membaca ia berjaya dilaksanakan 40% dlm masa setahun lebih. Belum berakhir 5 tahun pun. Jika berjaya dilaksanakan 80% pun boleh dianggap berjaya. Tak ada negara yg sesebuah kerajaan mampu melaksanakan 100% manifesto.

Bab kelembapan kerajaan melaksanakan manifesto jika kita ada akal dan berfikir secara intelsktual... kita boleh terima mengapa agak sedikit perlahan kerajaan melaksanakannya.

Faktanya tentu kerana hutang hingga trillion yg dibuat kerajaan dahulu. Malah kes 1MDB telah membuat setiap tahun hampir RM 3 billion wang yg rakyat digunakan utk membayar hutang dibuat Najib. Patut rakyat marah Najib seperti mereka marah Komunis. Tapi ia tidak berlaku kerana sentimen Melayu Cina.

Tapi bila berlaku di Terengganu kita dgr apa kata ADUN Kuala Berang, Dr Mamad mengenai hutang kerajaan BN Terengganu yg ditinggalkan buat kerajaan PAS. Dia berkata, “Kita rasa dengan hutang yang besar ni memanglah menjadi satu beban yang besar kepada kerajaan negeri kerana kita jangka tahun hadapan pendapatan kita dalam RM1.6 bilion sahaja.

“Hutang sahaja RM400 juta bermakna 25 % daripada pendapatan kita kena bayar hutang yang wajib kita bayar. Inilah yang menjadi permasalahan kepada kita dan keseluruhan rakyat negeri Terengganu,” jelasnya.

Jadi kita kena adil. Rakyat kena faham punca dan masalah bukan sambut aje apa yg dihidangkan. Jadilah manusia yg berfikir.... bersambung.

•Dari FB WAAJ

®😉

6 comments:

  1. Ko jangan jadi kebal,chin peng tu warganegara malaysia Kerr,mahkamah dah putuskan x boley sbb dia bukan org malaysia. Ni fakta,titik.

    ReplyDelete
  2. Masa debat rafizi dgn lokman Adam, rafizi ade Kata yg lokman Adam jawab salah fakta. Rafizi cakap Yg najib jual aset eletrik negara pada negara komunis sebanyak 18%. Undang2 tU umno yg buat Dan mereka juga Yg langgar. Undang2 tU Kata yg aset strategy negara taK bleh jual Kat negara asing. Lepas tu najib turunkan beberapa peratus... TaK Ingat detail Dan Yg paling penting. Takde org umno bn yg bising.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg umno bn bising Sampai masuk parlimen pasal Nurul Izah ambik gambar dgn anak Kiram rasanya... Tapi debat tU betul2 nampak Yg gelaran KJ pada lobakmam tu Memang tepat...

      Delete
  3. Pengarang nak bercerita..biarlah habis mentelaah dahulu..C P tak nak balik ke malaysia..tak nak mohon maaf pada malaysia dahulu..mereka yg blk tu doh mohon maaf..Jepun bkn mengaku tuntut kemerdekaan Malaysia...MCM komunis ni dan mahu di anggap wira..baca sejarah ..kaji dahulu..

    ReplyDelete
  4. Sipenulis ni tidak merasa bagaimana susahnya kami membuat gerakan dibelantara untuk mengamankan negara ramai rakan kami gugur dan menjadi cacat akibat perbuatan PKM dengan cara menanam jerangkap samar,buta mata putus kaki, tangan, juga kehilangan keduax kaki,sipenulis tau apa cuma tau tidur dengan nyenyak di rumah termasuklah mereka yang pro kepada PKM ni...kurang ajar kamu

    ReplyDelete
  5. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang maklumat: ____ hendidi01@gmail.com

    Selamat datang kepadamu,
    Halo saudara-saudaraku, anda mesti berhati-hati tentang blog ini mengenai mendapatkan pinjaman, jika anda berada di sini untuk mencari pinjaman yang anda perlu berhati-hati dengan serius kerana begitu banyak orang di sini adalah palsu, penipu, penipu. Mereka akan menipu anda dengan meminta anda membayar yuran pemprosesan dan yuran guaman sebelum mendapatkan pinjaman anda, dan jika anda membayar mereka, anda tidak akan mendapat pinjaman, itulah cara mereka akan terus menipu anda untuk membayar lebih dan lebih. 2 minggu yang lalu saya ditipu oleh Rm73,400 untuk mendapatkan pinjaman, yang diminta saya bayar ke Turki yang saya lakukan dan mereka bertanya lagi dan lagi tetapi pada akhirnya mereka melarikan diri tanpa memberikan pinjaman. Tetapi hari ini saya mendapat pinjaman daripada seorang ibu yang baik dari Arab Saudi, dan mempunyai pejabat di United Kingdom, saya membaca tentang ibu yang baik dari jurnal perniagaan dan saya melihat laman web mereka di Google Map. Saya memohon Rm1.3 juta yang saya buat permohonan kepada jabatan pinjaman, kejutan saya yang paling besar pinjaman saya telah diluluskan dan akaun bank dalam talian saya dikreditkan. Saya sangat gembira untuk mendapatkan pinjaman selepas saya telah ditipu oleh peminjam palsu yang tidak mempunyai laman web dan tidak mempunyai sijil perniagaan. Saya memutuskan untuk menyiarkannya kepada semua orang di sini supaya anda tidak akan menjadi mangsa semua testimonial palsu di blog ini. Sekiranya anda ingin pinjaman yang besar, anda boleh memohon di AASIMAH ADILA AHMED LOAN FIRM yang menawarkan pinjaman dengan cepat pada kadar pinjaman 1% tanpa jaminan kurang dari 1 jam. Mereka adalah ibu negara Muslim yang membantu banyak orang besar, orang ramai bercakap tentang mereka di bandar saya. Semoga Allah memberkati anda.
                              Pusat Aplikasi / Kenalan
    https: //www.aasimahaadilaahmed.loanfirm.site
    E-mel: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516
    https://www.aasimahaadilaahmed.loanfirm.site/about-us/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...