Friday, December 20, 2019

Bila kerajaan PH hendak hentikan bayaran pencen untuk bekas² YB?

Assalamu'alaikum... bila YAB PM menyentuh beban kewangan yg semakin besar perlu ditanggung kerajaan utk emolumen dan bayaran pencen... ramai netizen memberi ulasan.... di antara ulasan yg tepat dan terbaik yg saya baca ialah....

Benar Tun!

Pencen paling membebankan sebenarnya kepada politikus bergaji besar (malah elaun lebih tinggi dari gaji!) seperti jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli DUN.

Mohon mereka dinyahsenaraikan sebagai penjawat awam dan dinyahkelayakan daripada menerima skim pencen kerana dgn hanya memegang jawatan 60 bulan... dah layak terima pencen penuh... berbanding KTA yg perlu bekerja 240 bulan utk layak pencen...


Cuba Tun lihat contoh emolumen untuk Menteri kabinet sahaja seramai 25 orang:

1) Gaji Pokok = RM18,000
2) Elaun Kerainan = RM10,500
3) Elaun Perumahan = RM10,800
4) Elaun Wakil Rakyat = RM10,650
5) Elaun Parkir = RM5,700(Merika bukan bayar pun pakir kenderaan tu, sbb dah free pun klau dtg dgn kenderraan rasmi,kelentong ajee)

JUMLAH KESELURUHAN = RM55,650

Kerajaan juga membayar emolumen RM16,000 sebulan kepada 222 Ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 Ahli Dewan Negara.

Bayangkan setiap penggal (5 tahun sekali) wakil rakyat bertukar dan mereka semua panjang umur seperti Tun maka berapa kos pencen untuk bekas-bekas wakil rakyat ini?

Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang bergaji rendah seperti pembantu am gred 11 dengan gaji RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun gajinya mati setakat RM2,983. Maka pencennya hanya setakat RM1,491.50 sebulan untuk 15 tahun (selepas berumur 60 tahun) jika mengambil kita jangka hayat rakyat Malaysia setakat 75 tahun.

Nota 1: Elaun Parkir kenderaan menteri lebih tinggi dari gaji Gred 44!

Nota 2: Jika gaji gred kakitangan kerajaan terendah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan 37 orang pembantu am gred 11.

Politikus yg memegang jwtn atas lantikan pengundi... bukan membela nasib rakyat ttp membela nasib merrka sendiri... ini harus di betulkan... belum lagi di ambil kira mereka mengambil kesempatan ke atas lain2 peluang utk mengaut keuntungan....

Mohon viralkan supaya terbuka akal merika yg jumud tu...💨💨📣

5 comments:

  1. Salam buat PM.
    Maaf bicara tun. Sebelum tun berfikir untuk katakan pencen tu membebankan sebaiknya tun renunglah sejenak. Wakil rakyat yg sebenarnya tak bekerja pon berlambak mebghabiskan wang negara. Kebanyakan nya bukan ada jasa pon untuk negara dan rakyattetapi pencen byk. Lepas tu andai jadi menteri atau pengarah sykt pencen menteri lagi. Elaun pengarah lagi. Bisnis sendiri lagi. Boleh kata lepas jadi wakil rakyat yg di angkat oleh rakyat jadi kaya raya walaupon jasa tak seberapa.
    Tun sendiri pon cuba renung sat. Berapa juta dah ada simpan. Tak pernah usik rasanya gaji tun. Elaun pon tak habis. Alih2 duit rakyat yg tun nampak. Renung ok ah. Apa yg telak aku lakukan. Adakah berbaloi dengan apa yg dibayar oleh rakyat pada tun dan semua wakil rakyat.
    Kalau yg sering buat side income haeam lagilah kaya.

    ReplyDelete
  2. Semua ahli politik sama jer.. Cuba kalu mp ke adun ke gaji ikut sijil dn pengalaman mxm rakyat biasa, tol byr sndri mampus dorang x be rebut jd calon p/raya.
    Rakyat cam nk mampus keja utk hidup.. Dorang buat APA?

    ReplyDelete
  3. Rakyat memang menuntut supaya semua pencen menteri,ahli parlimen dan Adun dihapuskan dengan segera kerana membazirkan duit rakyat dan negara.Baru 5 tahun jadi menteri dah ada pencen.Adil ke ini ?.penjawat awam memang layak dapat pencen sebab berkhidmat lebih dari 25 tahun.Itu pon dapat pencen sedikit.

    ReplyDelete
  4. Apabila ahli parlimen dan Adun tidak ada pencen dan kemudahan mereka sama seperti rayat biasa,baru lah tiada orang berebut rebut nak jadi YAB atau YB.Hanya orang benar benar ikhlas saja yang akan bertanding untuk mentadbir negara.

    ReplyDelete
  5. Sebab itu lah rakyat yg gaji ciput pun dikenakan cukai. Kalau tk cekik rakyat kt mana kerajaan ke bekas kerajaan ke nk cekau duit nk isi tembolok ahli politik ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...