Wednesday, December 18, 2019

Iklan MAKSIAT SUGARBOOK sudah diturunkan serta merta malam tadi..



Kenyataan Media
KENYATAAN MEDIA OLEH YWP

ADUAN IKLAN SUGARBOOK DI BANGSAR DAN
BUKIT KIARA

Pada 17 Disember 2019, jam 8.15 malam, pihak YWP telah menerima aduan berkaitan pemasangan visual Sugarbook pada 2 unit struktur iklan luar di bawah pengurusan YWP di Mont Kiara dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Pihak YWP telah mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat operator yang berkenaan dan mengarahkan agar pemaparan visual tersebut dihentikan dan diturunkan dengan segera.



Pada jam 9.45 malam, berdasarkan pemeriksaan oleh YWP di lokasi-lokasi yang berkenaan, mendapati paparan visual tersebut telah dihentikan dan diturunkan sebagaimana arahan yang dikeluarkan.

YWP juga telah mengambil tindakan memanggil syarikat operator tersebut dan memberikan notis amaran serta surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat pada 18 Disember 2019.

Sekian,

Dikeluarkan oleh:
Pejabat
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...