Friday, December 20, 2019

KL SUMMIT 2019 - Benarkah hanya 3 pimpinan dunia sahaja yang hadir..?


Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019:

Ada orang kata hanya "3 negara hadir".

Jadi saya setepek sat antara para hadirin #KLSummit2019.

(Ini bukan list penuh. Ini setakat yang saya jumpa. Saya tak jumpa senarai penuh. Tapi senarai para hadirin yang disenaraikan di bawah ini cukup untuk menyangkal fitnah kononnya "hanya 3 negara hadir")

1. Reccep Tayyip Erdogan (Presiden Turki)
2. Dr. Hassan Rouhani (Presiden Iran)
3. Tamim Hamad al Thani (Emir Qatar)
4. Fayez Mustafa al-Sarraj (Perdana Menteri Libya)
5. Elyor Ganiev (Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan)

6. Hulusi Akar (Menteri Pertahanan Turki)
7. Ahmed Jassim al Thani (Menteri Ekonomi Qatar)
8. Imran Abdallah (Menteri Dalam Negeri Maldives)
9. Javad Zarif (Menteri Luar Iran)
10. Malam Adamu Adamu (Menteri Pendidikan Nigeria)
11. Mohamad Maliki Osman (Menteri Kanan Negara dan Pertahanan Singapura)
12. Sheikh Abdullah Mohammed Abdullah Al Salmi (Menteri Hal Ehwal Agama Oman)
13. Mohammad-Javad Azari Jahromi (Menteri Informasi dan Teknologi Maklumat Iran)
14. Ali bin Ahmed Al Kuwari (Menteri Perdagangan dan Industri Qatar)
15. Aminuddin Ihsan (Menteri Belia dan Sukan Brunei)
16. Rustam Kasimov (Penasihat Presiden Uzbekistan)
17. Farit Mukhametshin (Wakil Khas Kerajaan Rusia)
18. Dr. Hamad Mohammad Hassan Burhamah (Duta Besar Kuwait ke Malaysia)
19. Dr. Merve Safa Kavakci (Duta Besar Turki ke Malaysia)
20. Mohammed Reda Benkhaldoun (Duta Besar Maghribi ke Malaysia)
21. Al-abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Duta Besar Oman ke Malaysia)
22. Dr. Mohib Rahman Spingar (Duta Besar Afghanistan ke Malaysia)
23. Nasreddine Rimouche (Duta Besar Algeria ke Malaysia)
24. Fahad Mohammed Yousef Kafoud (Duta Besar Qatar ke Malaysia)
25. Ravshan Usmanov (Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia)
26. Dr. Adel Mohammad Ali (Duta Besar Yemen ke Malaysia)
27. Amna Baloch (Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia)
28. Awang Alaihuddin (Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia)
29. Dr. Yousef Abu Alreesh (Timbalan Menteri Kesihatan Palestin)
30. Dr. H. Arsul Sani (Timbalan Speaker MPR Indonesia)
31. Dr. Muhammad Hidayat Nur Wahid (Timbalan Speaker MPR Indonesia)
32. Dr Ali Muhyealdin A Al- Qaurahaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)
33. Dr. Rachid al-Ghannouchi (Presiden Ennahda Tunisia)
34. Dr. Mousa Abu Marzook (Pemimpin kanan Hamas)
35. Hamid Al-Ahmar (Presiden Parliamentarians for Al Quds Leagues)
36. Sheikh Abu Bakr Al Malibari (Mufti Besar India)
37. Abderrahim Cheikhi (Presiden Gerakan Tawheed dan Islah Maghribi)
38. Ahmedin Salih Ahmed Mohamed (Presiden Eritrea Homeland Democratic Party)
39. Dr. Mousa Abu Marzook (Pemimpin kanan Hamas Palestin)
40. Abdelrazak Ashouri (Timbalan Presiden HIMS Algeria)
41. Syed Qasim Rasool Ilyas (Presiden Parti Kebajikan India)
42. Ali Laarayedh (Bekas Presiden Tunisia)
43. Dr. Mohamed Awad (Bekas Timbalan Perdana Menteri Palestin)
44. Mohamed Alnatheef (Bekas Menteri Chad)
45. Salahaddin Abdulmaksud (Bekas Menteri Mesir)
46. Dr. Ghazi Hamad (Bekas Timbalan Luar Negeri Palestin)
47. Fahri Hamzah (Bekas Timbalan Speaker DPR Indonesia)
48. Khalid Meshal (Bekas Ketua HAMAS)
49. Douibi Mohamad (Bekas Pemimpin Ennahda Algeria)

Secara keseluruhannya, Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 menampilkan lebih 450 orang pemimpin negara, pemimpin masyarakat, wakil organisasi, pensyarah, cendekiawan dan intelek dari 56 buah negara.

Nota: Kalau saya yang bukan Muslim pun boleh luangkan sedikit masa cari fakta sebelum sebar benda tak betul, apa alasan Muslim yang mengaku diri "pembela Islam" tapi sibuk tabur fitnah sesama Muslim?

Baik dorang mengaku je lah mereka busuk hati, mereka dengki dan mereka semakin hari semakin meroyan.

Ipoh Mali

4 comments:

  1. Orang tak kata 3 negara hadir. Orang kata 3 ketua negara ja hadir. Kena semak makna ayat sebelum dok mengulas. Beza makna ayat tu...

    ReplyDelete
  2. Tapi yg nyatanya bukan 3 ketua negara ja yg hadir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, bukan 3 tp 4. Dpd 50 jemputan, dpt 4 ketua negara yg hadirpun ok dh. Dpd tiada langsung yg hadir. Tak gitu?

      Delete
  3. Perdana menteri Libya tak boleh dikata ketua negara macam Malaysia, ketua negara Libya adalah presidennya tapi kerana yg bukan Islam pun berminat menulis yg entah apa tersirat, maka usin betulkanlah 4 lebih banyak dari 3. Utk makluman bukan Islam ni, negara2 Islam dah ada blok OIC kenapa tak diguna saluran ini? Dibelakang pemberontak houthi di Yaman, ada negara pengkhianat Islam yg membantu dgn kereta kebal dan peluru berpandu malah Arab Saudi pernah memintas beberapa peluru berpandu yg diarahkan ke Mekah. Tapi kera jaan ph secara tiba2 sebaik menang pru, telah menarik balik tentera Malaysia yg membantu dalam pakatan negara2 Islam mempertahankan tanah suci Islam. Dan spt yg jelas diketahui umum, syiah Iran tak pernah melepaskan sebiji peluru pistol pun kearah yahudi israel sebab syiah adalah dibaja oleh israel utk memecahbelahkan negara2 Islam. Jadi adakah kera jaan ph ingin menjuarai sebagai pemecah belah negara2 Islam dgn mengadakan blok yg lain kerana kita tahu juga, satu parti dlm ph yg mendapat bantuan kewangan dari yahudi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...